Bab 9

59 8 0
                                    

Sedar tidak sedar sudah dua hari Daniel menjaga wanita yang diselamatkannya beberapa hari yang lalu. Dia tetap setia menunggu wanita itu bangun, barulah dia akan berasa lega. Selama beberapa hari itu jugalah dia bermalam di hotel yang berdekatan dengan hospital itu.

"Isteri ke?" Soal seorang wanita lingkungan usia 40-an. Daniel mendongak memandang wanita itu lalu tersengih.

"Kawan saya." Balas Daniel.

"Oh.. Mak cik ingat isteri kamu. Mak cik nampak kamu jaga dia dari pagi sampai malam." Daniel hanya tersengih. Pergi sahaja wanita itu, dia kembali memandang wanita yang terbaring di hadapannya itu. Wajah wanita itu ditatapnya lama.

"Cantik.." Katanya perlahan. Namun, tiba-tiba sahaja kelopak mata yang selama ini tertutup rapat perlahan-lahan terbuka. Daniel bangun dari duduknya lalu mendekati wanita itu.

"Awak dah sedar?" Lalu segera Daniel ke luar untuk mencari doktor yang merawat wanita itu.

+++

"Boleh saya tahu nama cik?" Soal doktor itu.

"Aara. Aara Insyirah." Aara memandang ke arah doktor itu sekilas lalu kembali memandang jari-jemarinya.

"Boleh saya tahu. Apa sebenarnya yang jadi kat cik?" Aara hanya diam. Soalan itu dibiarkan sepi tanpa jawapan.

"Baiklah kalau cik tak nak cakap apa-apa. Saya tak paksa. Kalau macam tu, saya pergi dahulu." Lalu doktor dan beberapa orang jururawat berlalu pergi meninggalkannya. Aara mengangkat kepalanya memandang ke arah pintu wad. Seketika kemudian, Daniel pula yang masuk lalu melangkah mendekatinya.

"Saya duduk sini ye?" Aara hanya mengangguk.

"Saya Daniel." Tiba-tiba Daniel memperkenalkan dirinya.

"Saya Aara." Balas Aara pula. Kepalanya hanya menunduk memandang jarinya.

"Awak okay tak ni Aara?" Soal Daniel tiba-tiba. Dan tidak disangka-sangka, air mata Aara tiba-tiba sahaja mengalir. Mujur sahaja tiada sesiapa di dalam wad ketika itu kecuali mereka.

"Hei.. Kenapa menangis ni?" Soal Daniel dengan gelabah. Dia mula menjadi tidak keruan. Tangannya naik seakan-akan hendak mengusap kepala Aara namun langsung dihalangnya.

"Aara.. Kenapa ni?" Lembut sahaja suaranya bertanya.

"A-Ara rasa sebak je.."

"Tak ada yang pernah tanya keadaan Aara selama ni."

"Aara pendam semuanya sendiri. Aara sakit. Aara dah tak tahan." Luah Aara. Air matanya yang semakin laju mengalir itu dibiarkan sahaja.

"Saya hantar awak balik ye?" Daniel memandang sisi wajah Aara lama.

Aara pula sudah terdiam. Pulang ke rumah sekarang ni pasti akan mengeruhkan keadaan. Risau sahaja esok pagi dia sudah tidak bernyawa di dalam rumah itu. Tapi, kalau tak pulang je rumah, aku nak lari ke mana?

Aara mengangkat kepalanya memandang Daniel.

Tinggal dengan dia ni? Takkan nak tinggal dengan lelaki asing sebumbung?

Tapi aku tak ada jalan lain.

"Aara tak nak balik. Aara tak boleh balik rumah.."

"Dah tu? Ada rumah lain tak? Yang saya boleh hantar." Aara memandang Daniel lama.

"Kahwini Aara. Tolong lindung Aara." Kata Aara tiba-tiba.

"Ka-Kawin? Aara.. Benda macam ni tak boleh nak buat mainlah. Saya tak kenal awak, awak tak kenal saya. Tak bolehlah.." Aara mengetap bibirnya rapat. Tiba-tiba sahaja dirinya ditampar dengan realiti. Wajahnya ditekup dengan telapak tangannya kerana malu.

[OG] Antara KitaWhere stories live. Discover now