Bab 4

65 9 0
                                    

"Abi.." Aara menjengukkan kepalanya ke dalam bilik kerja Dato' Yusuf.

"Aara? Masuklah sini.." Aara tersenyum manis. Dia masuk lalu pintu bilik itu ditutupnya. Aara berjalan mendekati Dato' Yusuf yang sedang duduk di meja kerjanya. Kerusi di hadapan abinya diduduki okeh Aara.

"Ada apa anak abi ?" Soal Dato' Yusuf.

"Tak ada apa.. Saja nak tengok abi buat apa." Balas Aara. Dia tersengih lebar.

"Ada-ada sahajalah kamu ni Aara. Aara minat bussiness?" Aara terkebil-kebil sekejap.

"Aara tak pasti abi." Balas Aara acuh tak acuh sahaja.

"Aara minat apa? Cuba bagitahu kat abi." Aara terdiam berfikir sejenak. Apa yang dia minat sebenarnya?

"Aara tak pasti jugalah abi.." Balas Aara setelah lama dia berfikir.

"Kalau dah tahu nanti, jangan lupa bagitahu abi." Laju sahaja Aara mengangguk.

"Abi." Dato' Yusuf mengalihkan pandangannya daripada skrin komputernya.

"Kalau Aara kata Aara nak kahwin? Abi bagi?" Soal Aara tiba-tiba.

"Eh tiba-tiba je. Aara dah ada boyfriend ya? Tak nak kenalkan dengan abi ke?" Aara laju menggelengkan kepalanya.

"Bukan macam tu.. Aara tanya je. Kalau abi kalau." Dato' Yusuf memandang Aara lama sambil berfikir.

"Kalau dia orang yang baik-baik, boleh jaga anak abi ni, mestilah abi benarkan.. Aara dah terfikir nak kahwin ya? Kenapa tiba-tiba ni?" Tiba-tiba sahaja nada suara Dato' Yusuf kedengaran sayu. Aara menggigit bibir bawahnya, cuba menahan rasa sebak.

"Eh taklah abi.. Bukan macam tu. Aara cuma nak tahu je." Laju Aara menerangkan pada Dato' Yusuf.

"Dah besar dah Aara sekarang ni. Anak-anak abi semua dah besar. Abi harap abi sempat nak tengok anak-anak abi kahwin." Tiba-tiba sahaja Dato' Yusuf mengalirkan air matanya. Aara mula menjadi kalut.

"A—Abi jangan macam ni abi.." Tangan kiri Dato' Yusuf digenggam erat oleh Aara.

"Hahahaha! Tak ada apalah.. Abi sebak tiba-tiba." Balas Dato' Yusuf. Tangan Aara ditepuknya berkali-kali.

"Kenapa anak abi ni macam makin kurus? Tak makan ke?" Aara tersengih lagi.

"Aara dietlaa abi.." Bohongnya. Padahal, dia tahu bahawa berat badannya semakin susut kerana tekanan yang sering dia alami. Uminya juga selalu sahaja menghalang dia daripada makan apabila abinya tiada di rumah.

"Dah kurus dah , apa lagi nak dietnya? Nanti sakitlah.." Kata Dato' Yusuf dengan penuh kerisauan.

"Aara okay je lah abi.. Jangan risau.." Dato' Yusuf hanya mengangguk.

+++

"Afya. Kau ni dah kenapa? Murung je aku nampak.." Hana yang sedang duduk berhadapan Afya itu menegur. Murung sahaja rakannya itu sedari tadi.

"Aku rimaslah dengan si Aara tu. Ada je cara dia nak dapatkan perhatian bapa aku." Adu Afya. Berkerut dahinya menahan rasa marah.

"Lah.. Aku ingatkan pasal apalah tadi.." Hanya itu sahaja yang mampu dibalas oleh Hana. Dia malas mau ikut campur dalam masalah keluarga Afya. Dia langsung tiada hak dalam hal itu.

"Tapikan.. Kenapa kau tak suka sangat si Aara tu?" Soal Hana. French fries di hadapannya dimakan satu persatu sambil menunggu Afya membuka mulut.

"Dia menyusahkan hidup umi aku. Beban kau tau tak? Beban." Hana tersenyum nipis. Entah apa sahajalah Aara tu dah buat. Di matanya, Aara itu baik-baik sahaja. Manis orangnya. Dengki barangkali.

[OG] Antara KitaWhere stories live. Discover now