"Shhh.. Dah jangan nangis.." Belakang Danish ditepuk-tepuk oleh Daniel. Qhalif pula hanya memerhati sahaja Daniel yang sedang berdiri sambil mendukung Danish yang sudah tersedu-sedu itu.
"Tak nak nangis dik.. Shh.. Dah tak ada apa dah.." Kata Daniel sambil tangannya tidak berhenti menepuk-nepuk belakang Danish. Sesekali tepi kepala Danish diciumnya.
"Hiks! Abang dah sakit!" Dan sekali lagi Danish meraung. Mukanya yang putih itu bertukar menjadi kemerahan.
"Lah takde apalah.. Abang okay je ni.." Pujuk Daniel. Tiba-tiba Qhalif mendekati Daniel. Danish diambilnya daripada dukungan Daniel walaupun pada mulanya si kecil itu memberontak. Qhalif menoleh memandang Daniel yang berada di belakangnya.
"Pergi bersihkan dulu luka kau tu. Aku jaga Danish." Arah Qhalif. Daniel menurut sahaja lalu berlalu pergi dari situ.
"Dah.. Danish tak boleh nangis-nangis.. Kesian kat abang tu.. Nanti abang Qhal tolong abang Daniel ye?" Danish mengangkat kepalanya memandang Qhalif.
"Abang tinggallah sini.. Jaga abang Daniel boleh? Danish kecil lagilah abang Qhal.." Pinta Danish. Air matanya diseka. Qhalif ketawa kecil mendengarkan permintaan Danish namun dia tetap mengangguk setuju.
"Yelah.. Abang tidur sini malam ni ye.. Abang Qhal teman Danish dengan Abang Daniel." Kata Qhalif
"Tapikan abang Qhal.. Kenapa pak cik pukul abang?" Soal Danish tiba-tiba. Qhalif pula hanya mampu tersenyum pada Danish. Bingung memikirkan bagaimana hendak menjawab pertanyaan si kecil itu.
"Danish dah makan?" Qhalif mula menukar topik.
"Eh abang."
"Ye? Kenapa tu Nish?" Soal Qhalif kehairanan.
"Tadi Danish tengah makan tau. Jom abang.. Danish tak sempat habiskan ayam goreng Danish.." Kata Danish. Qhalif pula terus melangkah menuju ke meja makan membawa Danish di dalam dukungannya.
Tiba di ruang makan, Danish didudukkan di kerusi dan begitu juga dengan Qhalif yang mengambil tempat di sebelah kiri Danish.
"Abang Qhalif pun makanlah sekali.." Arah Danish. Qhalif mengangguk sahaja dan menurut.
Beberapa minit berlalu, Daniel keluar daripada kamar mandi. Qhalif dan Danis yang sedang duduk di meja makin itu didekatinya lalu mengambil tempat di hadapan Danish.
"Eh abang Daniel!" Tegur Danish dengan nada terujanya. Daniel tersenyum pada Danish. Rasa bersalahnya pada Danish masih lagi berbaki.
"Abang! Jangan termenung! Abang makanlah.." Tersentak Daniel apabila Danish tiba-tiba menjerit kecil memanggilnya.
"Ya.. Abang nak makanlah ni.. Laparlah.." Danish tersenyum lebar apabila melihat Daniel mula mengaut nasi dan lauk ke dalam pinggannya.
"Abang.. Malam ni abang Qhalif tidur sini boleh?" Daniel yang tadinya menunduk laju mengangkat kepalanya memandang Danish dan Qhalif bersilih-ganti.
"Tak perlulah.. Tak elok susahkan orang, Danish." Danish terus mencebik mendengarkan jawapan dari Daniel. Raut wajah sedih jelas kelihatan di wajahnya ketika itu.
"Bolehlah abang.. Malam ni je.. Esok Abang Qhalif baliklah.." Rayu Danish. Daniel menggelengkan kepalanya.
"Habiskan makanan cepat Danish." Arah Daniel. Tegas sahaja suaranya mengarahkan Danish dan si kecil itu hanya menurut.
Daniel memandang Qhalif yang berada di sebelah Danish itu.
"Aku dah bagitahu ibu dah tadi.. Aku tidur sini malam ni je." Kata Qhalif tiba-tiba. Danish di sebelahnya laju mengangkat kepala memandangnya.
YOU ARE READING
[OG] Antara Kita
FanfictionAara Insyirah. Si gadis yang lemah-lembut, sopan santun dan pendiam. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang serba lengkap dan mewah. Namun, kasih sayang yang dia dapat tidaklah sepenuhnya. Di sebalik gadis yang halus itu, banyak luka yang disimpan...