"Aara buka pagar ni!" Pinta Afya. Pegangan tangan Aara pada tombol pintu utama rumahnya semakin kuat. Dia berbelah bahagi sama ada perlu untuk dia membenarkan Afya masuk ataupun tidak.
Dia takut, tapi gadis itu adalah kakak kandungnya.
Aara menoleh memandang ke dalam rumah. Tiada kelibat Ammar mahupun Danish. Masing-masing berada di dalam bilik tidur. Aara kembali memandang ke arah Afya yang masih setia berdiri di luar pagar rumahnya.
Tudung sarung yang bergantung di belakang pintu diambil lalu disarungkan ke kepala. Seliparnya disarungkan ke kaki lalu dia melangkah mendekati pagar rumahnya namun tetap mengekalkan jarak. Dia risau jika Afya akan mengapa-apakan dia.
"Akak buat apa kat sini?" Soal Aara. Jari-jemarinya dimainkan satu sama lain. Takut!
"Abi kurung aku, kau faham tak? Ini pun nasib baik aku berjaya lari! Kalau tak mungkin aku dah mati dah!" Tengking Afya. Matanya mencerlung tajam memandang Aara.
"Buka pagar ni, Aara. Bagi aku masuk. Aku yakin kalau aku balik, abi akan kurung aku semula. Tolonglah Aara.." Kali ini Afya merayu pula. Matanya yang tadi memandang Aara tajam kini berubah menjadi sayu. Kedua-dua matanya berkaca-kaca seperti menunggu masa untuk memecahkan empangan air mata.
Aara semakin buntu dan berbelah bahagi. Dia takut dan trauma namun dia rasa kasihan pada kakaknya itu. Perlukah dia buka sahaja pagar dan membiarkan Afya masuk ke dalam rumah? Ataupun patutkah dia membiarkan sahaja Afya di luar.
"Tapi akak.." Aara menggigit bibir bawahnya sedikit. Tangannya bergerak hendak memegang mangga pada pagarnya.
"Kak!" Terhinjut bahu Aara mendengar suara Ammar. Dia memalingkan kepalanya memandang Ammar yang mendekatinya. Aara ditarik ke belakang Ammar. Kini, Ammar berdiri berhadapan Afya.
"Kenapa datang sini?" Dingin suaranya menyoal kepada Afya. Aara mendongak memandang Ammar kemudian memandang Afya pula.
"Jangan datang sini. Ammar tahu kak Afya nak kerjakan kak Aara lagi, kan? Pergilah jumpa umi dan abi." Usai berkata begitu, Ammar menarik Aara masuk ke dalam rumah. Mujur sahaja dia keluar tadi. Jika tidak, pasti Aara sudah membukakan pagar itu untuk Afya.
"Aara! Ammar! Buka pagar nilah! Bagi aku masuk!" Jerit Afya. Sesekali Aara menoleh ke belakang namun langkahnya tetap mengikuti Ammar. Masuk sahaja mereka ke dalam rumah, pintu ditutup rapat dan dikunci oleh Ammar.
"Kak Aara lepas ni, kalau dia datang lagi. Tolonglah biarkan sahaja. Nasib baik ada Ammar tadi, kalau tak? Bayangkan dia masuk tadi, mungkin dia akan pukul akak, kan?" Bebel Ammar. Kedua-dua bahu Aara dipegangnya. Matanya juga memandang tepat ke dalam mata Aara.
Sudahlah kakaknya itu sedang mengandung. Pasti banyak perkara buruk yang boleh berlaku kepadanya mahupun kandungannya.
"Ammar nak pergi beritahu abi tentang ini." Aara hanya membiarkan sahaja Ammar berlalu pergi meninggalkan dia yang masih berdiri di pintu rumah. Tangan kirinya naik menyentuh dadanya. Jelas dia rasakan degupan jantungnya yang laju berdetak.
Abang.. Aara takut.
+++
"Daniel." Daniel yang sedang menyusun dokumen di atas mejanya laju mengangkat kepala.
Haih.. Nayla lagi..
"Nak apa?" Soalnya dengan riak wajah yang mendatar. Dia kembali menyusun dokumen-dokumen di atas meja lalu diletakkan di hujung mejanya.
"Daniel saya.." Nayla melangkah setapak menghampiri Daniel. Berkerut hebat dahi Daniel kerana kehairanan.
"Tak perlulah dekat-dekat." Daniel melangkah setapak ke belakang menjauhi Nayla namun gadis itu tetap menghampirinya.
YOU ARE READING
[OG] Antara Kita
FanfictionAara Insyirah. Si gadis yang lemah-lembut, sopan santun dan pendiam. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang serba lengkap dan mewah. Namun, kasih sayang yang dia dapat tidaklah sepenuhnya. Di sebalik gadis yang halus itu, banyak luka yang disimpan...