Bab 19

74 8 0
                                    

"Afya. Kenapa baru balik?" Afya yang baru sahaja melintasi ruang makan itu terus terhenti langkahnya apabila ditegur Dato' Yusuf.

"Afya pergi ke mana semalam? Abi call , mesej semua tak berbalas." Afya memandang Dato' Yusuf.

"Afya pergi tidur rumah kawan semalam." Jawabnya. Tanpa sempat Dato' Yusuf berkata lagi, Afya laju meninggalkan tempat itu. Kakinya laju menaiki tangga menuju ke tingakt atas.

Sewaktu dia berjalan ke biliknya, dia terserempak dengan Ammar yang baru sahjaa keluar dari biliknya. Bibirnya tersenyum sinis memandang Afya. Dengan selambanya dia berjalan melintasi Afya.

Afya yang berasa sakit hati itu laju menarik tangan Ammar.

"Eh apa ni main tarik-tarik orang?" Ammar laju merentap tangannya.

"Apa masalah kau hah?!" Soal Afya. Dia sedar perubahan adik lelakinya ini sejak ke belakangan ini. Sudah tidak seperti dahulu.

"Aku ke kau yang ada masalah sekarang ni?" Sinis suara Ammar menyoal. Afya memandang Ammar hairan. Ammar terus berlalu pergi meninggalkan Afya yang masih kebingungan itu.

"Ammar! Turun makan!" Jerit Dato' Yusuf dari tingkat bawah.

"Baiklah abi!" Balas Ammar. Kakinya menuruni satu persatu anak tangga lalu menuju ke ruang makan.

Kerusi berhadapan Datin Wafa didudukinya. Pinggan berisi nasi goreng yang dihulurkan oleh Datin Wafa diambilnya.

"Kak Afya baru balik ke abi?" Soal Ammar.

"Ya.. Katanya tidur rumah kawan." Ammar mengangguk faham sahaja. Matanya menjeling memandang Datin Wafa yang sedang menikmati sarapan di hadapannya.

"Afya masih dengan budak Muaz tu ke?" Soal Dato' Yusuf kepada Datin Wafa.

"Nampaknya macam itulah bang.." Balas Datin Wafa. Dia sebenarnya tidak kisah dengan siapa anaknya itu mahu berkawan , malah dia tidak pernah mengatur hidup anaknya. Lain pula bagi Dato' Yusuf. Dengan siapa anak-anaknya berkawan, dia juga perlu ambil tahu.

Kerana itulah, Dato' Yusuf tidak suka Afya berkawan dengan Muaz. Kerana dia tahu sikap sebenar anak muda itu.

"Saya tak suka budak tu." Kata Dato' Yusuf. Datin Wafa tersenyum kelat.

"Biarlah dia bang nak berkawan dengan siapa pun.." Mendengarkan jawapan daripada Datin Wafa, Dato' Yusuf benar-benar yakin bahawa isterinya itu langsung tidak pernah mengambil tahu dengan siapa anaknya itu berkawan dan sikap sebenar kekasih anaknya itu

"Kalau anak awak tu diapa-apakan nanti, tak apalahkan. Nak buat macam mana.." Perli Dato' Yusuf. Serentak itu, dia bangun dari duduknya membawa pinggannya sekali ke dapur. Ammar yang faham akan maksud ayat abinya itu hanya diam. Berpura-pura seakan tidak tahu apa-apa.

"Memintalah dia benda yang bukan-bukan." Kata Datin Wafa.

"Kita tak tahu umi apa yang jadi nanti.." Kata Ammar. Dia bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke dapur.

"Apa yang tak kena dengan orang lelaki dalam rumah ni?" Rungut Datin Wafa sendiri. Meja makan dibersihkannya sebelum dia bangun menuju ke dapur juga.

Seketika kemudian, Dato' Yusuf menuju ke tingkat atas. Bilik tidur Afya ditujunya.

Tok! Tok!

Pintu diketuk beberapa kali.

"Boleh abi masuk?" soal Dato' Yusuf.

Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi tapak kaki Afya yang berjalan mendekati pintu biliknya. Tombol pintu diputar oleh Afya lalu pintu dibukanya luas membenarkan abinya masuk.

[OG] Antara KitaWhere stories live. Discover now