Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan kemudian, dia baring lurus menghadap siling bilik. Kepalanya menoleh memandang wajah lena Aara.
"Haih.." Satu keluhan berat terlepas dari bibirnya. Hatinya yang gusar menyukarkan dia untuk tidur pada malam itu. Tubuhnya dimiringkan pula menghadap Aara.
"I love you, sayang." Puncak hidung Aara dicium lama. Tangannya mula mengusap-usap perut Aara.
"Malik. Tolong aku boleh?" Daniel berjalan menghampiri meja Malik. Malik yang sedang menulis sesuatu di atas kertas itu terus mengangkat kepala.
"Tolong apa?" Pennya diletakkan di atas meja. Fokusnya diberikan pada si rakan sekerjanya itu.
"Tolong ni—
"Daniel." Daniel dan Malik sama-sama menoleh. Berkerut dahi Daniel setelah melihat figura Datin Wafa yang sedang berdiri di hadapannya.
"Datin.." Panggilnya perlahan. Kepalanya menoleh memandang Malik seketika sebelum kembali memandang Datin Wafa.
"Saya nak bercakap dengan kamu boleh?" Teragak-agak Daniel menganggukkan kepalanya. Setelah Datin Wafa melangkah, dia turut mengikuti langkah ibu mertuanya itu.
Lif dituju dan punat anak panah ke bawah ditekan. Daniel masih setia berdiam diri di belakangnya walaupun banyak soalan yang hendak ditanya.
Masuk sahaja mereka ke dalam lif, Datin Wafa masih senyap. Langsung tiada suara daripada mereka sehinggalah mereka tiba di lobi dan sekali lagi Daniel hanya menbontotinya sehingga ke luar.
Sebuah kereta mewah yang berhenti di hadapan lobi itu didekati mereka. Pintu dibukan untuk Datin Wafa, namun Daniel berdiri kaku di luar memandamg ibu mertuanya.
"Masuk Daniel." Arahnya dan dengan kadar yang segera, Daniel memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Sejurus selepas itu, dapat dia rasakan pergerakan daripada kereta itu.
"Datin nak bercakap tentang apa dengan saya?" Akhirnya Daniel bersuara. Sesekali dia menoleh memandang Datin Wafa.
"Ceraikan anak saya." Tiga perkataan itu cukup membuatkan Daniel tergamam.
"Huh?" Dahinya berkerut kehairanan lagi. Bukan itu sahaja, jantungnya juga sudah berdegup lebih laju.
"Ceraikan anak saya Aara. Saya rasa tak susah mana pun, kan?" Datin Wafa menoleh memandang Daniel.
Daripada riak wajah risau, berubah tegang. Matanya yang tadi tenang kini tajam menikam Datin Hasnah.
"Datin ni dah kenapa? Kalau Datin tak sayangkan dia sekalipun, rasanya tak perlu nak buat semua ni. Kalau Datin nak saya bawa dia lari jauh daripada pandangan Datin sekalipun, saya sanggup buatlah. Tapi bukan dengan cara ceraikan dia." Walaupun rasa marahnya semakin membuak-buak, dia tetap tenang berbicara.
"Kalau saya ceraikan dia, Datin nak buat apa kat dia?" Datin Wafa memandang wajah Daniel lama.
"Dia anak saya—
"Oh.. Mengaku pula anak." Bisiknya perlahan. Namun cukup untuk Datin Wafa dengar.
"Kau jangan nak kurang ajar, ya!" Tengking Datin Wafa tiba-tiba.
Daniel menarik nafasnya dalam, "encik. Tolong berhenti di sini. Saya nak balik ke pejabat." Pintanya. Berhenti sahaja kereta itu, Daniel terus keluar daripada kereta itu.
---
Chup!
Daniel tersedar dari lamunannya. Wajah Aara yang cukup dekat dengannya dipandang seketika.
YOU ARE READING
[OG] Antara Kita
FanfictionAara Insyirah. Si gadis yang lemah-lembut, sopan santun dan pendiam. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang serba lengkap dan mewah. Namun, kasih sayang yang dia dapat tidaklah sepenuhnya. Di sebalik gadis yang halus itu, banyak luka yang disimpan...