"Adik saya hilang dan lokasi terakhir dia kami dapati berhampiran kawasan kampung ni.."
Lelaki bertubuh tegap itu menggeluarkan telefonnya. Gambar seorang gadis bertudung ditunjukkan pada pemuda di hadapannya.
"Pernah nampak dia ni tak? Kat dalam kawasan kampung ni."
Daniel yang kebetulan baru sahaja keluar daripada kawasan rumah Mak Jah itu terpandang ke arah gambar pada telefon lelaki itu. Setelah lama dia merenung gambar itu, barulah dia tersedar bahawa gadis itu adalah Aara.
Dia meneruskan langkahnya menuju ke rumahnya semula. Pintu rumahnya dibuka lalu dia melangkah masuk ke dalam dan mendekati tingkap berhampiran pintu. Figura lelaki bertubuh tegap tadi diperhatikannya. Masih berada di hadapan kawasan rumahnya.
"Pergilah cepat.." Gumamnya sendiri.
Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya lelaki itu masuk ke dalam keretanya yang diletakkan di tepi jalan. Pergi sahaja kereta itu, Daniel terus melangkah keluar daripada rumahnya. Pintu kembali dikunci. Seliparnya disarungkan ke kaki lalu dengan pantasnya dia berlari kembali ke rumah Mak Jah.
Namun entah di mana silapnya, tubuhnya hampir jatuh terhempas ke jalan apabila dia hampir-hampir sahaha tersadung.
"Perlahan sikit Daniel.. Tak lari ke mana pun rumah Mak Jah tu.." Gumamnya sendiri.
"Tapi ni berkaitan Aara. Dia mesti tahu cepat!" Tiba-tiba sahaja dia berlawan mulut dengan dirinya sendiri. Kakinya kembali melangkah mendekati tangga rumah Mak Jah.
Kepalanya berpusing memandang sekeliling. Tajut-takut jika ada seseorang yang sedang memerhatinya.
Setelah memastikan keadaan selamat , bibirnya melaung nama Aara.
"Aara!" Panggilnya.
Tidak lama kemudian, wajah gadis itu muncul.
"Eh.. Daniel. Ada barang tertinggal ke?" Soal Aara. Daniel memandang lama wajah Aara sebelum dia membuka mulut.
"Seseorang cari awak." Aara terdiam. Tangannya tiba-tiba sahaja menggigil. Wajahnya juga berubah pucat. Kakinya pula sudah lemah. Hampir-hampir sahaja dia terjatuh nun tangannya laju memegang pintu.
"Aara.." Daniel laju mendapatkan Aara. Tangannya seperti hilang arah.
Takkan nak pegang!
"Awak kita masuk jom.. Slow , slow.." Tangannya diletakkan pada sisi bahu Aara tanpa menyentuh bahunya. Hanya sebagai langkah berjaga-jaga jika gadis itu bakal terjatuh lagi. Tiba di ruang tamu, Aara terus melabuhkam punggungnya.
Tiba-tiba sahaja wajah kakak dan uminya memenuhi ruang mindanya. Matanya dipejam erat. Dia takut..
"Ya allah.." Ucap Aara perlahan. Tangannya menekup wajahnya.
"Aara.." Aara hanya senyap.
"Aara.." Panggil Daniel lagi.
"Saya takut.." Rintih Aara. Tangannya semakin kuat menggigil.
"Saya ada kan.. Jangan takut." Aara menurunkan tangannya. Wajah Daniel dipandangnya lama
Bagaimana lelaki ini mahu melindunginya?
Dia bukan siapa-siapa.
Hanya stranger yang terjumpa akan dirinya.
Lalu menghantarnya ke hospital.
Dia yang menyelamatkan ku.
Tapi susah..
Kerana kami bukan mahram.
YOU ARE READING
[OG] Antara Kita
FanfictionAara Insyirah. Si gadis yang lemah-lembut, sopan santun dan pendiam. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang serba lengkap dan mewah. Namun, kasih sayang yang dia dapat tidaklah sepenuhnya. Di sebalik gadis yang halus itu, banyak luka yang disimpan...