Bab 34

71 4 0
                                    

"Ha? Sekarang?" Daniel laju memandang Aara. Terhenti tangannya daripada terus menepuk-nepuk belakang Aara.

"Tapi sayangkan baru habis makan tadi kat bawah. Sayang makan kek, sayang makan biskut, kat rumah abi pun sayang makan banyak tadi." Tegur Daniel. Dia bukan apa.. Dia terkejut sebenarnya.

Namun lain pula yang Aara rasakan. Air mata yang hampir tumpah ditahan.

"Tak apalah, abang.." Jelas dari nada suaranya bahawa dia sudah terasa hati dengan kata-kata Daniel.

Daniel yang seakan-akan baru tersedar itu mula gelabah. Aara ditarik ke dalam pelukannya.

"Sayang nak nasi juga? Nasi putih atau nasi briyani? Abang pergi kedai mamak sekarang." Soalnya. Seketika dia terlupa bahawa isterinya itu sedang hamil. Tidak hairanlah jika nafsu makannya lebih daripada kebiasaan.

"Hurm sayang? Awak nak yang mana satu?" Sekali lagi Daniel menyoal apabila tiada sebarang balasan daripada Aara.

Wajah Aara yang disembamkan pada dadanya diintai sedikit. Kelihatan isterinya itu sepertinya sudah terlena dan ia membuatkan Daniel bertambah rasa bersalah. Pelukan dieratkan lagi.

"Sorry sayang.. Sorry anak baba.." Selimut ditarik menutup sehingga ke bahu Aara. Ubun-ubun Aara dicium lama oleh Daniel.

"Esok kita pergi makan kari kambing ya sayang.."

+++

"Abang nak ke mana ni? Pagi-pagi lagi dah bawa makan luar. Tak pernah pernah pun." Tegur Aara. Namun tangannya tetap sibuk memakaikan tudung bawal di atas kepalanya. Daripada pantulan cermim, kelihatan suaminya yang sedang duduk bersantai di atas tilam sambil memandang ke arahnya.

"Semalamkan sayang kata nak makan kari kambing. Abang nak bawalah ni." Balas Daniel. Lalu dia berjalan mendekati Aara. Daripada belakang, tangannya dilingkarkan pada pinggang Aara.

"Abang minta maaf pasal semalam. Abang tak sengaja. Abang terkejut je sebenarnya sampaikan abang terlupa yang kat dalam ni.." Tapak tangan kanannya dilekapkan pada perut Aara.

"Ada anak kita." Tuturnya dalam nada romantik. Bahu kiri Aara dicium lama. Tak tertahan-tahan, akhirnya bibir Aara menarik senyuman lebar. Terkesan dengan kata-kata manis Daniel. Boleh potong kaki kalau macam ni hari-hari.

"Sayang bersiaplah. Abang nak pergi tengok Danish." Sempat lagi dia mengucup pipi kiri Aara sebelum dia melangkah pergi meninggalkan isterinya.

Keluar daripada bilik, dia menuju ke bilik Danish pula. Tombol pintu diputar lalu pintu dibuka luas. Kelihatan Danish yang sedang sibuk menyarungkan baju tshirt berkolar polonya. Baju tshirt yang sama corak dengan kepunyaan Daniel.

"Handsomenya adik abang ni!" Danish tersengih bangga.

"Abang tolong." Danish mendekati Daniel yang berdiri di tengah-tengah bilik itu. Daniel melutut di hadapan Danish lalu baju Danish diselak ke atas sedikit.

"Pegang baju ni Danish." Danish menurut.

Butang seluar jeansnya dipasang oleh Daniel lalu zip seluar ditarik ke atas.

"Dah siap dah. Sidai tuala mandi tu Danish." Arah Daniel. Danish menurut sahaja. Tuala mandi yang berada di atas lantai diambil lalu disidaikan pada penyidai kain di dalam bilik itu.

"Sini abang nak betulkan rambut." Daniel mengambil tempat di atas tilam Danish. Danish laju berdiri di hadapan Daniel. Tanpa berkata apa, jarinya laju mengemaskan lagi rambut Danish.

[OG] Antara KitaWhere stories live. Discover now