Bab 43

89 3 0
                                    

12.00 malam

Malam ini Daniel terpaksa pulang ke rumah lewat daripada kebiasaannya. Akibat daripada kerja yang bertimbun dan beberapa masalah yang mereka hadapi, mereka terpaksa bekerja lebih masa hari ini.

"Assalammualaikum.." Pintu rumah ditutup rapat lalu dikunci oleh Daniel. Gelap sahaja rumahnya itu dan hanya berbekalkam lampu koridor atas yang samar-samar, dia melangkah menuju ke tingkat atas.

Badannya terasa terlalu penat pada hari ini. Lenguh sana sini!

Tiba di tingkat atas, pintu bilik Danish dibukanya terlebih dahulu. Apa yang dia lihat adalah, Ammar turut terlena di atas katil Danish. Bibirnya menarik senyuman manis. Selimut ditarik menutupi tubuh Ammar dan Danish. Tubuhnya ditundukkan sedikit lalu dahi Danish dikucup perlahan; risau akan mengganggu lena Danish.

Selesai hal di dalam bilik Danish, dia menuju ke biliknya pula. Pintu dibuka dan hanya lampu tidur sahaja yang membekalkan cahaya untuk ruang gelap-gelita itu. Daripada sanar-samar cahaya itu, dapat dia nampak wajah lena Aara.

Dengan langkah yang perlahan, beg kerjanya diletakkan di atas meja. Kemudian jam tangan dan cincin kahein diletakkam di atas meja solek. Telefonnya juga dicas lalu diletakkan di atas meja solek juga. Tuala mandinya diambil sebelum dia melangkah masuk ke dalam kamar mandi.

Hampir 20 minit berlalu, Daniel akhirnya selesai membersihkan diri. Tangannya lincah mengelap rambutnya yang basah. Selesai mengelap rambutnya, dengan menggunakan tuala kecil yang sama, dia lap pula air yang mengalir di abdomennya.

Almari pakaian didekati lalu sehelai seluar pendek diambil sebelum disarungkan ke kakinya. Tuala mandi serta tuala kecilnya diletakkan pada penyidai. Selesai semuanya, barulah dia melangkah ke arah katil. Tubuhnya direbahkan di atas katil menghadap Aara. Wajah tenang isterinya ditilik lama.

"Cantik isteri Daniel ni.." Ucapnya dalam nada berbisik. Dahi Aara dikucup lama.

"Abang?" Mendengarkan suara itu, Daniel laju menjarakkan wajahnya. Aara yang sudah terjaga itu dilihatnya lama.

"Abang buat sayang terjaga ke?" Soalannya dibalas dengan gelengam daripada Aara.

"Sayang tak dapat lena sangat sebab tak ada abang." Dada bidang Daniel yang terdedah dikucup sekilas oleh Aara. Kepalanya didongakkan lagi memandang wajah Daniel.

"How's your day today, abang?" Tangan Aara naik memeluk pinggang Daniel. Wajahnya didekatkan lagi sehingga melekap pada dada bogel Daniel.

"A little bit bad, darling." Adu Daniel. Ubun-ubun Aara diciumnya berkali-kali. Nyamannya..

"Mind to share you problem, dear?" Kali ini, Aara pula yang bernada romantik. Kenapa? Ingat Daniel sahajakah yang boleh? Aara pun bolehlah!

"Ada banyak masalah jadi kat company tadi. One of our sites roboh petang semalam so banyak pekerja yang cedera, tak kira lagi yang meninggal dunia. Jadi, banyak benda yang pihak syarikat mesti uruskan secepat mungkin." Terang Daniel. Matanya sudah terpejam rapat kerana terbuai dengan bauan Aara. Satu-satunya bau yang boleh dia terima tanpa sebarang masalah.

"Kesiannya.." Aara bersuara perlahan. Tangannya naik pula mengusap kepala suaminya.

"Tadi abang muntah-muntah kenapa?" Seperti baru teringat akan hal itu, terus dia bertanya kepada Daniel.

"Bau Nayla.. Abang rasa dia mandi minyak wangi. Loya abang jadinya tadi. Kepala ni dah mencucuk-cucuk dah sakit." Adu Daniel. Tangan Aara yang mengusap kepalanya dibawa pula ke arah pelipisnya. Terlepas ketawa kecil Aara namun tangannya tetap bergerak mengurut kepala suaminya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] Antara KitaWhere stories live. Discover now