Sesekali mata Daniel menjeling ke arah Aara yang hanya diam di sebelah. Gadis itu hanya diam sejak mereka keluar daripada hospital dan baginya, seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiran gadis itu.
"Are you okay, Aara?" Suara Daniel memecahkan kesunyian antara mereka.
Aara menoleh memandang Daniel lalu dia menganggukkan kepalanya. Tetapi tiba-tiba dia menggelengkan pula kepalanya.
"Kenapa ni?" Lembut sahaja suara Daniel bertanya.
"Aara.. Aara terfikirkan abi je. Macam mana kalau abi balik, tapi tak ada Aara?" Jelas kedengaran nada risau pada suara Aara itu membuatkan Daniel tiba-tiba sahaja gelabah.
"Awak nak saya patah balik ke?" Tetapi kali ini, laju sahaja Aara menggelengkan kepalanya.
"Tak.. Tak nak.. Aara takut." Air mata yang mengalir di pipi laju diseka oleh Aara.
"Eh.. Jangan nangis. Tak.. Saya tak patah balik.. Awak ikut saya.." Pujuk Daniel. Sesekali kepalanya menoleh memandang Aara. Cepat sahaja wajah putih gadis di sebelahnya itu bertukar kemerahan. Daniel tersenyum sedikit.
Comel. Cantik.
"Jauh lagi ke?" Soal Aara.
"Tak.. Kita dah.." Daniel berjeda
"Sampai." Dia menoleh memandang Aara di sisinya dan matanya memandang tepat ke arah mata Aara. Satu senyuman diberikan pada gadis itu. Aara laju melarikan pandangannya.
Daniel meletakkan keretanya di dalam kawasan rumahnya lalu enjin keretanya turut dimatikan.
"Jom turun." Aara hanya menurut.
"Ini rumah saya. Maaflah. Takdelah mewah mana.. " Kata Daniel.
"Takpelah.. Tak perlu nak mewah sangat, asal ada tempat berteduh." Balas Aara pula.
"Jom kita ke sebelah." Daniel berjalan keluar dari kawasan rumahnya dan diikuti oleh Aara. Aara hanya mengikut setiap langkah Daniel. Sesekali matanya melilau memandang sekeliling.
"Assalammualaikum! Mak Jah ! Danish !" Pintu rumah diketuk berkali-kali oleh Daniel.
Seketika kemudian, kedengaran bunyi tapak kaki berlari. Sesekali kedengaran suaranya menjerit gembira.
"Abang!!" Jerit Danish sebaik sahaja pintu dibuka. Tubuhnya laju diangkat oleh Daniel. Lalu tangan kecilnya memeluk erat leher Daniel.
"Abang. Nish rindu Abang.." Sayu sahaja nadanya.
"Abang pun rindu. Abang minta maaf, ye.." Danish mengangkat kepalanya. Wajah Aara dipandangnya lama sebelum dia tersengih lebar.
"Abang nak turun." Daniel dengan penuh rasa hairan tetap menurut. Danish diturunkan lalu si kecil itu berlari ke dalam.
"Mak Jah!! Abang Daniel bawa balik girlfriend dia!" Membulat besar mata Daniel mendengarkan apa yang dikatakan oleh Danish.
"Danish!" Daniel berlari masuk ke dalam rumah. Aara juga turut melangkah masuk. Sesekali dia tergelak melihat sikap Daniel dan Danish.
Comel sangat..
"Eih Ya Allah! Daniel! Danish!" Aara menoleh apabila seorang wanita yang kelihatan sebaya uminya mendekati mereka yang berada di ruang tamu. Aara berjalan mendekati wanita itu. Tangan wanita itu disambutnya lalu dicium.
"Kamu ke girlfriend Daniel?" Aara laju menggelengkan kepalanya.
"Mak Jah.. Ini Aaralah.." Mak Jah memandang Aara seketika sebelum dia mengangguk faham.
"Oh Aara.. Aara sihat, nak?" Mak Jah mengusap-usap tangan Aara yang masih menggenggam tangannya.
"Sihat alhamdulillah Mak Jah."
YOU ARE READING
[OG] Antara Kita
FanfictionAara Insyirah. Si gadis yang lemah-lembut, sopan santun dan pendiam. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang serba lengkap dan mewah. Namun, kasih sayang yang dia dapat tidaklah sepenuhnya. Di sebalik gadis yang halus itu, banyak luka yang disimpan...