Bab 17

63 8 0
                                    

Seusai menunaikan solat zohor dan berbual bersama beberapa orang awam yang turut menunaikan solat bersamanya tadi, Daniel melangkah keluar daripada surau itu. Matanya tertacap kepada satu figura yang amat dia kenali. Berdiri sendirian di luar kawasan surau itu. Sandalnya disarung dengan kadar segera lalu dia berjalan ke luar kawasan surau.

"Aara. Kenapa ada kat sini? Cepatnya turun." Tegur Daniel. Tangannya naik mengusap kepala Aara lalu dahi isterinya itu dicium. Sudah menjadi kebiasaannya sejak gadis itu menjadi isterinya.

"Jom balik." Ajak Aara. Senyuman nipis diukir pada bibirnya. Daniel menurut sahaja tanpa bertanyakan apa-apa. Bakul di tangan Aara diambil. Sebelah tangannya menggenggam tangan Aara.

Perjalanan menuju ke tempat meletakkan kenderaan terasa begitu jauh apabila tiada yang bersuara antara mereka. Banyak persoalan yang bermain di fikiran Daniel, namun dia diamkan sahaja.

"Daniel." Panggil Aara tiba-tiba.

"Hmm?" Daniel hanya menggumam sebagai balasan. Kepalanya ditundukkan sedikit memandang Aara yang jauh lebih rendah berbanding dia.

"Daniel janji tak akan tinggalkan Aara, kan?" Tanpa memandang ke arah Daniel, Aara meluahkan persoalannya itu.

"Ya Daniel janji." Tangan Aara diciumnya sekilas.

Tiba di hadapan keretanya, punat nyahkunci ditekan. Pintu penumpang hadapan dibukakan untuk Aara. Lalu Daniel membuka pula pintu penumpang belakang untuk meletakkan bakul tadi di tempat duduk. Setelah selesai, Daniel masuk ke bahagian pemandu pula. Enjin kereta dihidupkan.

"Aara tak nak beritahu Daniel apa yang berlaku?" Tangan Aara diambil lalu diusap-usapnya.

Aara memandang wajah Daniel lama.

"Mungkin betullah. Mereka semua dah tak perlukan Aara lagi." Sayu sahaja suaranya. Senyuman cuba untuk dia ukirkan walaupun sedikit payah.

"Umi bencikan Aara, kakak dan Ammar pun bencikan Aara dan sekarang ni, abi pun bencikan Aara." Habis sahaja ayatnya, setitis air matanya mengalir. Bibirnya melorek senyuman untuk si suami.

Daniel tidak berkata apa. Tubuh Aara dipeluknya erat. Begitu rapuhnya keadaan si isteri saat itu pada matanya.

"Saya ada.. Mak Jah dan Danish pun ada untuk Aara." Aara hanya senyap. Air matanya tidak berhenti mengalir namun bunyi esakan langsung tidak kedengaran.

"Aara nak mulakan hidup baru dengan Daniel. Aara nak mulakan semuanya daripada awal." Daniel menganggukkan sahaja kepalanya.

"Ya, kita mulakan daripada awal sama-sama. Hanya kita." Dahi Aara dicium lama. Lalu dahinya disatukan dengan dahi Aara.

"Dah.. Jangan menangis. Buruklah." Aara mencebik. Mukanya yang basah dilap dengan tapak tangannya.

"Senyum sikit." Aara mengukir senyuman manis.

"Kan cantik tu kalau senyum." Aara tersengih sahaja. Lalu Daniel memulakan pemanduannya pulang ke kampung.

+++

"Aara datang ke tadi?" Soal Dato' Yusuf pada isterinya.

Datin Wafa hanya mengangguk.

Baru sahaja Dato' Yusuf hendak duduk di kerusi, perbuatannya dihentikan. Kerusi itu basah dengan air yang dia tidak ketahui air apa. Dia menoleh pula memandang Datin Wafa yang sedang menonton televisyen itu.

"Air apa ni?" Soal Dato' Yusuf. Beberapa keping tisu yang berada di meja tepi katil pesakit diambilnya lalu dia gunakan untuk lap air tadi.

[OG] Antara KitaWhere stories live. Discover now