Bab 6

66 10 1
                                    

"Aara!"

Aara yang sedang termenung itu tersentak. Matanya memandang Datin Wafa yang sedang memandang ke arahnya.

"Ya, umi?" Balasnya. Kedua-dua tangannya digenggam erat.

"Balik ni kau kemas rumah. Bersihkan semua bilik jangan ada yang tinggal. Faham?!"

"Faham.." Datin Wafa kembali memandang ke hadapan. Aara di belakang kembali diam. Matanya memandang ke luar tingkap.

Alangkah indahnya kalau dia boleh berlari-lari dengan bebas di luar sana.

Alangkah indahnya kalau dia dapat melakukan semua perkara yang dilakukan oleh gadis seusianya.

Shopping , spa , mungkin juga menyambung pelajaran di luar negara. Namun semua itu cukup mustahil dengan keadaannya yang sekarang ini.

Ke halaman rumah sahaja diperhatikan oleh adik-beradiknya. Apatah lagi mahu berlari-lari di luar sana. Mustahil.

Dia benar-benar tekanan dengan semua yang dihadapinya. Ada kalanya dia rasakan seperti mahu sahaja dibalas setiap pukulan umi dan kakaknya. Namun dia tidak mampu. Dia juga penat.

+++

Seminggu kemudian

"Aara! Kenapa baju aku kau tak gosok lagi ni?!" Jerit Afya. Kakinya laju melangkah menuju ke bilik Aara.

Tanpa salam mahupun ketukan pada pintu, dia teru masuk ke dalam. Kelihatan Aara yang masih bertelekung setelah solat.

"Akak.. Sekejap. Aara baru habis solat." Lembut sahaja bicaranya walaupun baru sahaja si kakak itu menjerit-jerit memanggilnya.

Afya menjeling Aara.

"Kau ingat kau macam ni, kau tu baik sangat ke? Syaitan pun boleh tertipu dengan kau ni." Aara hanya senyap. Walaupun dia cukup tergamam dengan apa yang dikatakan oleh kakaknya itu. Baru sahaja Aara hendak membuka mulut, Afya laju melontar bajunya dan terkena tepat pada wajah Aara. Aara dijelingnya tajam sebelum dia berlalu pergi dari situ.

Aara terus sahaja menanggalkan telekungnya lalu disimpan ke dalam almarinya dan menuju ke bilik Afya. Haih pemalas..

+++

"Kau buat apa?" Aara menoleh ke belakang. Aara yang sedang mengemas dapur itu menoleh ke belakang apabila tiba-tiba ditegur oleh uminya.

"Aara kemas dapur. Lepas ni nak masak." Kata Aara.

"Masak untuk kau makan je.. Aku nak keluar dengan adik kau." Walaupun Aara terasa hati, Aara mengangguk sahaja. Dipujuk hatinya supaya tidak memarahi atau apa sekalipun.

"Umi jom.." Ajak Ammar. Ketika dia melalui dapur, sempat lagi dia menoleh memandang Aara lalu tersenyum sinis. Aara hanya mampu membiarkan sahaja.

Klak!

Pintu rumah dikunci lagi. Aara mengeluh perlahan. Rumah yang sunyi itu benar-benar membuatkan dia merasakan dia benar-benar ingin lari dari situ. Namun, tiada laluan untuk dia keluar. Semua pintu serta tingkap ditutup dan dikunci. Tidak cukup dengan itu, telefonnya juga tiada dengannya kerana sudah dirampas oleh Datin Wafa kerana dia cuba-cuba untuk mengadu pada abinya dahulu.

Tanpa memikirkan soal perasaannya lagi, dia terus sahaja menyambung menyelesaikan kerjanya lalu mula memasak.

+++

"Abang.. Panas!" Jerit Danish. Daniel yang sedang sibuk membersihkan sinki itu terus bergegas mendekati Danish yang sedang duduk di meja makan. Segelas air diberikan pada Danish dan laju si kecil itu meneguk menghabiskan air itu.

[OG] Antara KitaWhere stories live. Discover now