Bab 39

62 3 1
                                    

Tiba sahaja di rumah, Aara laju turun daripada kereta. Kunci rumah dimasukkan ke dalam lubang kunci dan laju dia melangkah masuk ke dalam rumah itu tanpa menunggu Daniel. Masuk sahaja dia, langkahnya terus dibawa menuju ke bilik tidur di tingkat atas.

Daniel yang baru masuk ke dalam rumah terus menutup dan mengunci pintu rumah. Kunci rumah disangkut pada penyangkut kunci. Dia juga turut sama berjalan menuju ke tingkat atas.

Dengan kepalanya yang sarat memikirkan cara untuk memujuk Aara, kakinya melangkah menuju ke bilik tidur mereka. Tombol pintu diputar dan kelihatan Aara yang sedang berselubung di dalam selimut. Bibirnya serta-merta menarik senyuman nipis.

Beg tangan Aara dan beg kerjanya diletakkan di atas meja panjang yang ada di dalam bilik itu. Kemudian dia melangkah pula ke arah meja solek. Jam tangan di pergelangan tangan kirinya ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja solek. Butang pergelangan tangan kemejanya dibuka lalu lengan bajunya ditarik sehingga ke siku. Stokinnya juga ditanggalakn lalu dimasukkan ke dalam bakul pakaian kotor.

Setelah selesai semuanya, dia menuju pula ke katil. Tubuhnya direbahkan di sebelah Aara.

"Sayang.." Panggilnya. Tangannya naik mengusap bahu Aara.

"Let's talk, dear." Lembut suaranya berkata-kata. Selimut yang menutupi kepala Aara ditarik sedikit, namun laju Aara menutup semula kepalanya.

"Jangan berselubung macam ni, Aara." Sekali sahaja Daniel merentap selimut itu. Aara laju menutup wajahnya dengan lengannya.

"Sayang let's talk. Jangan macam ni.." Lengan Aara ditarik, namun Aara mengeraskan lengannya.

"Aara Insyirah!" Tanpa sengaja, Daniel menaikkan seoktaf suaranya. Terhinjut bahu Aara mendengar suara Daniel itu. Aara menurunkan lengannya dan dengan pandangan tidak percaya, dia memandang Daniel.

"A—Abang tengking sayang?" Bergetar suaranya menyoal pada Daniel.

Daniel yang sepertinya baru tersedar terus meraup wajahnya. Rambut hitam lebatnya diraup ke belakang.

"No, sayang.. Sorry abang tak sengaja." Kalut Daniel jadinya. Dahinya disatukan dengan dahi Aara. Pipi kiri Aara diusap-usapnya.

"Sorry sayang.. Abang serius tak sengaja." Aara hanya diam. Masih terkejut.

"Abang faham awak emosi, sayang. Abang faham sangat, sayang. Tapi jangan macam ni, sayang. Don't give too much pressure on yourself, dear." Tangan Daniel turun mengusap perut Aara.

"Sumpah, sayang! Abang tak pernah ada apa-apa dengan Nayla. Gambar-gambar tu, abang berani bersumpah, sayang. Bukan abang. Abang tak pernah buat semua tu, sayang.. Abang tak pernah back up Nayla. Abang tak pernah sekalipun peduli tentang dia. Dia seorang sahaja yang terhegeh-hegeh pada abang, tapi abang tak pernah layan dia." Terang Daniel. Dia benar-benar takut ketika itu. Takut jika Aara tiba-tiba berfikiran hendak meninggalkannya.

"Please sayang.. Say something.." Rayu Daniel. Tubuhnya dirapatkan lagi dengan Aara. Tangannya masih tidak berhenti mengusap perut Aara.

"I love you so much sayang." Luahnya. Puncak hidung Aara diciumnya.

"Abang.." Panggil Aara.

Daniel laju menjarakkan sedikit tubuhnya. Wajah Aara dipandangnya dengan riak risau.

"Kenapa sayang?" Pipi kiri Aara diusapnya.

"Sayang.. Sayang teringin nak makan kek coklat."

Daniel terkebil-kebil kehairanan. Matanya memandang Aara dengan riak tidak percaya. Lepas panjang-panjang dia terangkan pada Aara tadi..

[OG] Antara KitaWhere stories live. Discover now