Bab 24

58 5 1
                                    

"Aara.. How do I look?" Daniel berpusing-pusing di hadapan Aara. Dia kekok sebenarnya memakai pakaian formal seperti itu.

Aara yang sedang duduk di katil itu tergamam. Tak berkelip matanya melihat penampilan Daniel yang baharu itu.

"Aara.. Daniel tanya ni." Daniel mencekakkan pinggangnya.

"Daniel.." Aara bangun dari duduknya dan berjalan mendelati Daniel.

"Kenapa? Tak elok ke?" Soal Daniel setelah lama Aara senyap. Gantung pula ayat dia..

"Daniel.. Handsomenya!" Jerit Aara dalam nada teruja. Tangannya laju menutup mukanya sedikit kerana teruja. Tidak cukup dengan itu, kakinya juga dihentak kecil berkali-kali.

Daniel pula sudah tidak dapat menahan ketawanya melihatkan reaksi Aara.

"Tolong pakaikan tie ni please.." Tali leher berwarna hitam itu dihulurkan pada Aara. Laju Aara mengambil ia lalu mula memakaikannya pada Daniel.

Setelah selesai, Aara berdiri menjauhi Daniel. Penampilan Daniel diteliti atas bawah. Kemeja maroon , tali leher hitam , seluar slack hitam. Sesuai dengan si pemakai yang bertubuh tinggi lampai dan kurus itu.

"Daniel pakai jelah macam ni 24 jam. Aara suka.." Lalu Aara tersengih-sengih kepada Daniel.

"Ada-ada je Aara ni. Jom teman Daniel sarapan." Daniel menghulurkan tangannya pada Aara dan laju Aara menggenggam erat tangan Daniel.

Tiba di dapur, Daniel terlebih dahulu mengambil tempat. Dia melihat sahaja Aara yang sibuk menghidangkan makanannya.

"Nanti kalau bosan duduk kat rumah, pergilah rumah Mak Jah." Satu sudu nasi goreng masuk ke dalam mulutnya.

"Kalau ada apa-apa jadi, cepat-cepat beritahu Daniel." Sesudu nasi goreng disuap lagi.

"Kalau nak ke mana-mana, hati-hati. Ajak adik perempuan Qhalif tu ke." Lalu, dia menyuap lagi sesudu nasi goreng.

Aara yang melihat sikap Daniel itu sudah memandang suaminya geram.

"Daniel makan jelah.. Aara ingatlah semua pesanan Daniel tu. Bukannya Aara tak biasa." Laju Aara bersuara apabila dia melihat Daniel yang sepertinya hendak bersuara lagi. Daniel ketawa kecil sahaja.

Selesai dia makan, Daniel keluar daripada dapur. Aara membiarkan sahaja Daniel pergi dan dia mengemas semula meja makan itu.

Daniel melangkah masuk ke dalam bilik Danish. Danish yang sedang terlena itu dipandangnya.

"Dah tunggang terbalik dah budak ni tidur. Buas sangat." Daniel laju membetulkan kedudukan Danish.

"Danish.." Pipi Danish digomol Daniel.

"Danish bangun.." Perlahan-lahan Danish mencelikkan matanya. Setelah lama mereka diam, barulah si kecil itu bersuara.

"Abang nak pergi mana?" Soal Danish. Hairan dia melihat abangnya berpakaian sedikit lain pada pagi itu.

"Abang nak pergi kerja ni.."

"Oh.." Hanya itu balasan Danish. Matanya kembali memberat.

"Jaga diri baik-baik. Jangan nakal-nakal." Pesan Daniel. Danish hanya menganggukkan kepalanya sebelum dia kembali terlelap.

Daniel merendahkan tubuhnya lalu pipi Danish dicium sekilas. Dia bangun dari duduknya lalu menyelimuti Danish.

Keluar sahaja Daniel daripada bilik Danish, Aara juga keluar daripada dapur. Tersenyum-senyum Aara melihat Daniel.

"Senyum-senyum tu dah kenapa?" Tegur Daniel. Tangannya menarik tubuh Aara merapatinya. Kepala Aara disandarkan tepat pada dadanya.

"Daniel handsome sangatlah.. Nanti orang lain usya Daniel." Aara mencebikkan bibirnya tanda tidak puas hati.

[OG] Antara KitaWhere stories live. Discover now