Daniel laju memandu keretanya pulang ke rumah. Dato' Yusuf di sebelah juga mengikutinya. Mereka risau akan keadaan Aara di rumah.
Perjalanan yang selalunya memakan masa 2 jam menjadi sejam 30 minit apabila Daniel memandu laju keretanya. Nasib baik juga menyebelahinya apabila jalan raya lengang sahaja.
Tiba sahaja dia di rumahnya, enjin keretanya dimatikan lalu dia berlari laju masuk ke dalam rumahnya.
"Aara.." Aara yang terbaring lemah di atas lantai itu dipandangnya sayu. Berair matanya setelah melihatkan darah yang datangnya daripada isterinya itu.
"Ya Allah sayang.. Daniel lambat. Daniel minta maaf." Kepala Aara dipeluk erat ke dadanya. Air matanya mengalir laju keluar daripada tubir matanya.
"Danish?" Daniel menoleh memandang Dato' Yusuf apabila bapa mertuanya itu memanggil adiknya. Perlahan-lahan dia meletakkan kepala Aara ke lantai lalu dia mendekati Dato' Yusuf yang berjalan menuju ke bilik Daniel.
Lemah lututnya melihat keadaan Danish yang terbaring dengan berlumuran darah di hadapan pintu biliknya.
"Ya Allah!!" Jeritnya kuat. Tubuh Danish didekatinya.
"Nish bangun Nish! Danish!!" Pipi Danish ditepuknya perlahan. Air matanya laju mengalir membasahi wajahnya.
"Mari Daniel kita pergi hospital sekarang!" Tubuh kecil Danish diangkat oleh Dato' Yusuf. Manakala Aara pula diangkat oleh Daniel.
Setelah meletakkan Aara dan Danish di tempat penumpang belakang, Daniel laju masuk ke tempat pemandu dan begitu juga dengan Dato' Yusuf di tempat penumpang hadapan.
Fikiran Daniel mula bercelaru. Dia tidak sanggup kehilangan kedua-duanya. Aara mahupun Danish, merekalah hartanya yang paling berharga. Tak mampu dia bayangkan jika dia kehilangan mereka.
"Daniel hati-hati bawa kereta tu." Pesan Dato' Yusuf apabila Daniel menbah kelajuan keretanya. Daniel menurut sahaja. Kelajuannya dikurangkan sedikit.
10 minit perjalanan akhirnya mereka tiba di hadapan bangunan hospital. Daniel dan Dato' Yusuf laju mengangkat Aara dan Danish masuk ke dalam hospital bahagian kecemasan.
"Doktor. Tolong anak-anak saya doktor." Pinta Dato' Yusuf pada seorang doktor wanita yang kebetulan lalu di hadapannya.
"Mira! Bawakan katil cepat! Sedikan operation room sekarang!" Arah doktor wanita itu.
Datang sahaja dua katil, Aara dan Danish diletakkan di setiap satu katil. Daniel dan Dato' Yusuf turut sama mengikut menolak katil itu menuju ke bilik pembedahan.
Namun tepat di hadapan pintu, mereka dihalang oleh seorang jururawat lelaki. Dato' Yusuf dan Daniel menurut sahaja.
Daniel merenung lama pintu di hadapannya itu. Di dalam hatinya, dia tidak berhenti berdoa agar kedua-duanya selamat.
"Daniel. Duduk sini." Daniel menurut sahaja. Dia mengambil tempat di sisi Dato' Yusuf. Kepalanya disandarkan ke dinding lalu matanya dipejam rapat dan serentak itu setitis air mata keluar daripada mata kanannya.
"Daniel mesti kuat." Tubuh Daniel dipeluk erat oleh Dato' Yusuf. Belakangnya ditepuk-teluk oleh Dato' Yusuf. Tangisannya semakin kuat kedengaran. Bahunya terhinggut-hinggut menahan esakannya.
"Abi.. Isteri dan adik Daniel tu abi. Apa salah Danish dan Aara abi? Kenapa perlu sampai macam ni sekali abi?" Adunya di dalam tangisannya. Dato' Yusuf sedaya upaya menahan tangisannya. Memikirkan anak perempuannya yang berada di dalam cukup membuatkan dia risau.
"Daniel tak nak kehilangan sesiapa lagi abi.. Daniel tak kuat.." Katanya lagi. Tangannya menggenggam erat hujung baju kemejanya.
Dia takut yang teramat ketika itu.
YOU ARE READING
[OG] Antara Kita
FanfictionAara Insyirah. Si gadis yang lemah-lembut, sopan santun dan pendiam. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang serba lengkap dan mewah. Namun, kasih sayang yang dia dapat tidaklah sepenuhnya. Di sebalik gadis yang halus itu, banyak luka yang disimpan...