Sudah empat hari berlalu, namun Aara masih belum menyedarkan diri. Manakala Danish pula sudah sedar sejak semalam.
"Abang nak teman Danish ke?" Soal Ammar pada Daniel.
"Bolehlah juga. Ammar teman Aara di sini. Boleh?" Ammar menganggukkan sahaja kepalanya.
Daniel mendekati Aara lalu dia menunduk mencium dahi Aara. Tangannya naik mengusap pipi Aara pula.
"Daniel keluar dulu. Nak teman Danish. Ammar ada kat sini temankan Aara." Katanya. Daniel kembali menegakkan tubuhnya lalu berdiri menghadap Ammar.
"Abang keluar dulu. Apa-apa hal beritahu nanti." Sempat lagi Daniel berpesan.
"Alright boss!"
Lalu, Daniel melangkah keluar daripada wad Aara kemudian menuju ke wad Danish pula di bahagian kanak-kanak.
Sewaktu berjalan menuju ke wad Danish, kanak-kanak dan bayi yang berada di wad itu benar-benar menarik perhatiannya. Bibirnya melorek senyuman manis apabila melihat beberapa orang kanak-kanak bermain di luar wad.
Setelah tiba di hadapan wad Danish, Daniel perlahan-lahan membuka dan menutup pintu wad. Lalu kakinya melangkah menuju ke katil Danish pula.
"Assalammualaikum adik abang.." Ucapnya. Dahi Danish diciumnya sekali.
"Hari ni abang teman Danish tau. Abang Ammar temankan kak Aara." Katanya.
"Tadi Mak Jah ada datang melawat Danish. Mak Jah kata dia rindu sangat kat Danish. Kalau Danish dah sedar nanti, Mak Jah janji dengan abang yang dia akan masak ayam goreng banyak-banyak untuk Danish." Danish mula ketawa kecil.
"Danish. Abang nak tanya ni." Damiel memandang wajah Danish. Bibirnya tidak berhenti melorekkan senyuman lebar.
"Kalau nanti, abang dah ada anak. Danish dah jadi paksu. Danish suka tak?" Soalnya. Kekura tangan Danish diusap-usapnya.
"Danish.. Jawablah." Desak Daniel apabila tiada sebarang respon daripada Danish.
Lalu, Daniel memasukkan jari telunjuknya di dalam genggaman tangan kecil Danish.
"Kalau Danish suka, gerakkan satu jari Danish please." Daniel merenung Danish dengan pandangan penuh harapan.
"Danish dengar tak? Kalau Danish suka gerakkan-" Tidak sempat Daniel menghabiskan ayatnya, jari telunjukknya yang di dalam genggaman tangan Danish merasakan pergerakan.
Daniel laju memandang tangan Danish. Jari telunjuk si kecil itu lambat-lambat bergerak. Lalu, kepalanya ditolehkan memandang wajah Danish semula. Tidak lama selepas itu, kedua-dua mata Danish terbuka.
"Danish?" Panggil Daniel. Daniel laju berlari ke arah pintu wad. Secara kebetulan, doktor yang merawat Danish lalu di hadapan wad itu.
"Doktor! Adik saya dah sedar!" Ujar Daniel dalam nada terujanya.
Doktor Mawar dan beberapa orang jururawat laju masuk ke dalam wad dan mendekati katil Danish. Kelihatan mata Danish melilau memandang sekelilingnya. Daniel hanya memerhati daripada hadapan katil, tidak mahu mengganggu doktor melakukan kerjanya.
Air matanya yang mengalir laju diseka dengan ibu jarinya. Bibirnya tidak berhenti mengukirkan senyuman manisnya. Rasa gembira dan bersyukur pada waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu.
Setelah selesai Doktor Mawar merawat Danish, dia berjalan mendekati Daniel.
"Alhamdulillah Danish dah sedar sepenuhnya. Cuma, kami masih perlu tahan Danish supaya mudah untuk kami pantau dia dari masa ke semasa." Daniel mengangguk faham sahaja.
YOU ARE READING
[OG] Antara Kita
FanfictionAara Insyirah. Si gadis yang lemah-lembut, sopan santun dan pendiam. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang serba lengkap dan mewah. Namun, kasih sayang yang dia dapat tidaklah sepenuhnya. Di sebalik gadis yang halus itu, banyak luka yang disimpan...