Malam itu, mereka sekeluarga berkumpul kecuali Afya. Mereka sekeluarga termasuk Daniel dan Danish berkumpul di ruang tamu bersama-sama. Daripada riak wajah Datin Wafa, jelas dia tidak berpuas hati akan kehadiran Daniel, Danish dan Aara pada malam itu.
Ikutkannya, mahu sahaja dia masuk ke dalam bilik ketika itu, namun ditegah oleh suaminya. Jadi, mahu ataupun tidak dia tetap bertahan duduk di ruang tamu itu..
"Daniel dan Aara nak beritahu apa ni? Tiba-tiba sahaja." Dato' Yusuf memulakan bicara.
Wajah anak dan menantunya dipandang dengan riak penuh tanda tanya pada wajahnya. Dia memerhati sahaja pasangan suami isteri itu, menunggu salah seorang daripada mereka bersuara.
"Macam ni abi.. Aara dan Daniel ada benda nak beritahu." Kata Aara. Sesekali matanya menjeling memandang Datin Wafa yang masih senyap dan jelas menunjukkan rasa tidak berminat pada topik Aara.
Aara mahupun Daniel senyap sehinggalah Aara bangun daripada duduknya dan berjalan mendekati Dato' Yusuf dan Datin Wafa. Sebuah kotak kecil diletakkan di atas tapak tangan abinya.
"Apa ni?" Soal Dato' Yusuf. Wajah Aara dipandang dengan penuh hairan.
"Bukalah." Reben yang mengikat kotak itu ditarik. Kemudian penutup kotak dibuka.
Dato' Yusuf kelihatan tergamam. Isi kotak itu dipandang lama sebelum dikeluarkan satu persatu.
Sekeping gambar ultrasound dan pregnancy test yang menunjukkan 2 garis.
"Cucu abi?" Perlahan sahaja suaranya menyoal. Aara hanya menganggukkan kelalanya sebagai jawapan. Kemudian dia menoleh memandang Datin Wafa yang sesekalinya menjelingnya dan abinya.
"Umi.. Aara dah nak jadi ibu." Bibir Aara mengukir senyuman manis. Tangan Datin Wafa disentuh takut-takut. Namun, tiada sebarang respon daripada wanita itu.
"Umi tak gembira ke?" Soal Aara. Jelas getaran pada suaranya menahan tangisan.
"Kenapa nak gembira?" Dingin nadanya membalas. Tangannya ditarik lalu langkahnya laju dibawa menuju ke bilik tidur. Pergi sahaja Datin Wafa, suasana menjadi bertambah tegang dan senyap sahaja.
Daniel mendekati Aara lalu duduk melutut di sisi isterinya. Tubuh Aara ditarik masuk ke dalam pelukan dan serentak itu bunyi tangisannya mula kedengaran.
"Abang ada dengan awak sayang.. Jangan sedih. Nanti baby ikut sedih." Pujuknya. Kepala Aara diusap-usapnya perlahan.
"Meh sini anak abi." Pelukan dileraikan oleh Daniel lalu Aara duduk di sisi abinya pula. Tubuhnya dipeluk erat oleh Dato' Yusuf.
"Yang penting sekarang ni, Aara mesti jaga kesihatan supaya cucu abi lahir dengan sihat. Abi gembira anak abi ni nak jadi ibu dah.." Tangisan Aara semakin perlahan. Wajahnya semakin disembamkan pada dada abinya.
"Abi tak sangkalah.. Anak abi yang manja ni nak jadi ibu dah. Ammar dan Danish pun nak jadi paksu dah." Lalu Dato' Yusuf tersenyum lebar.
"Cucu abi ni dah berapa bulan Daniel?" Dato' Yusuf menoleh memandang Daniel pula.
"Dah masuk 4 minggu abi." Dato' Yusuf mengangguk faham.
"Dia ada alahan apa-apa tak?" Daniel menggeleng.
"Bukan Aara abi. Daniel yang ada alahan." Lalu Daniel tersengih lebar.
"Pengalaman tu.. Dulu waktu umi kamu mengandungkan Aara, abi yang kena alahan tau. Sekarang ni dia bagi kat suami dia pula yang kena alahan." Lalu mereka sama-sama tergelak. Aara meleraikan pelukannya. Wajah Dato' Yusuf dipandang lama.
"Abi kak Afya mana?" Soal Aara tiba-tiba. Dato' Yusuf mengukir senyuman nipis.
"Afya tak apa-apa. Jangan risau. Yang penting sekarang ni, Aara mesti jaga diri baik-baik." Kata Dato' Yusuf. Kepala Aara diusapnya.
YOU ARE READING
[OG] Antara Kita
FanfictionAara Insyirah. Si gadis yang lemah-lembut, sopan santun dan pendiam. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang serba lengkap dan mewah. Namun, kasih sayang yang dia dapat tidaklah sepenuhnya. Di sebalik gadis yang halus itu, banyak luka yang disimpan...