MMM 1

828 41 0
                                    

"Leave, first

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Leave, first."

"Someday.. i will find you again."

"Someday.. you will love me again."

Dan.. Daisy tersedar dari mimpi itu lagi.


0625
Marigold Household

Daisy berdiri di hadapan sebuah kamar tidur.

Pintu ditolak dan memaparkan pemandangan sebuah bilik yang tidak ubah seperti wad di hospital. Dua orang jururawat dan dua orang gaji sedang menguruskan satu tubuh kurus yang terbaring kaku di atas katil. Wayar berselirat. Bunyi daripada mesin monitor menandakan nyawa masih ada.

Keempat-empat mereka menunduk dan berundur daripada sisi katil. Mereka sudah biasa dengan rutin yang Daisy selalu lakukan sebelum turun untuk sarapan dengan keluarga besarnya.

"Good morning."

"Good morning, Miss Daisy."

Perkara pertama yang Daisy lakukan adalah mencium serata wajah milik tubuh itu dan menjatuhkan muka ke ceruk lehernya. Bau semula jadi yang menenangkan jiwa resahnya. Hampir Daisy mahu baringkan diri di sebelah dan memeluk figura itu selamanya.

"Good morning, mommy."



Daisy antara yang terakhir tiba di ruang makan utama yang menempatkan meja oak panjang dengan mini chandelier permata di atasnya.

Pemandangan yang sama setiap pagi.

Enam orang kakak tirinya sudah mengisi tempat duduk. Dua daripada tiga ibu tiri Daisy juga sudah memunculkan diri. Selebihnya, akan datang pabila waktunya.

Daripada dua belas orang wanita Marigold, hanya dua orang sahaja yang melayan Daisy seperti keluarga sebenar. Puan Qalsum dan anak gadis sulungnya, Hannah. Mereka tersenyum manis saat pandangan jatuh pada Daisy yang berjalan sopan di dalam gaun cotton biru mudanya. Habit, Daisy memeluk dan mencium pipi mereka sebelum menjatuhkan duduk di tempat duduk sendiri. Dia tidak boleh duduk dekat dengan mereka kerana kerusi sudah ditanda khas untuk setiap penghuni.

Ada satu kerusi kosong yang sudah lama tiada sentuhan pemiliknya.

"Good morning," sapa Daisy kepada seorang lagi ibu tirinya dan enam kakak tirinya yang lain.

Seperti biasa, ada yang mengangguk sahaja tanpa senyuman. Ada yang langsung tidak menghiraukan. Ada juga yang membuat muka geli. Seperti biasa.

Tepat pukul tujuh pagi, mereka memberikan perhatian kepada seorang manusia yang cukup berkuasa di Eurasia. Kemas di dalam sut formal hitam dan kasut kulit custom-made, Tuan Bruce Marigold melangkah melalui orang gaji yang menunduk hormat.

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now