MMM 29

242 8 2
                                    

Playlist:
Lana Del Rey - West Coast

"You are Daisy Marigold."

Langkah kaki Daisy terhenti di pintu keluar tandas restoran, mata teralih kepada suara itu. Seorang lelaki bersandar dengan tenang pada dinding bersebelahan pintu. Sepertinya sedang menunggu Daisy sedari tadi.

Di bawah cahaya lampu yang sedikit malap, lelaki yang hanya berkemeja putih itu menolak dirinya dari bersandar dan memasukkan kedua-dua tangan ke dalam poket. Daisy hanya memandang lelaki itu dengan reaksi hairan. Who?

Lelaki itu mendekati Daisy, dan berhenti pada jarak empat tapak kaki. Tidak terlalu dekat, tidak terlalu jauh. Daisy mendongak sedikit bersama mulut seperti kayu tidak bergerak. Lelaki itu kemudian tersenyum kecil.

"Daisy, Daisy. You are really stunning in real life. I'm not suprised you are here with the infamous Mr. de Gambino."

Apabila lelaki itu mahu merendahkan badan, Daisy berundur menjauhi.

"Who are you?"

Lelaki itu cuma tergelak halus, menyerlahkan ketampanannya. Lagaknya seperti tidak mempunyai beban di atas dunia ini. Daisy hanya merenung tanpa perasaan.

"I'm a fan of you, Miss Daisy Marigold. For a long.. time." Senyuman dilebarkan tanpa menampakkan gigi. Matanya redup dan lembut. Mungkin kelihatan sopan di mata orang tetapi di mata Daisy.. Dia nampak seperti seseorang yang tidak terjangka tindakan seterusnya. Bulu roma langsung menegak.

"Well.. thank you.."

Daisy sudah berura-ura untuk berpaling dengan menamatkan pertemuan mereka di situ, tetapi terhenti tatkala keluhan berat terbit dari bibir lelaki yang tidak dikenali itu. Lagi-lagi, soalan yang mengikuti seterusnya membuatkan Daisy terpempan.

"Do you love Mr. de Gambino?"

Huh..

Dalam rasa itu, Daisy sempat mengeluarkan pandangan sangsi.

"Are you paparazzi?"

Gelak halus lagi.

"Nope. My genuine question." Lelaki itu membalas dengan muka polos.

Polos yang tidak dapat membolos kepercayaan Daisy.

"My feelings are out of your concerns."

Daisy terus berpaling dan membuka langkah, tidak sebelum lelaki itu dengan laju berhenti di hadapannya. Pergerakan Daisy terbantut lagi.

"I don't want you to love him, Daisy. Mr. de Gambino is not compatible with you. Being with him will only hurt you." Tenang dia memberi nasihat itu.

Daisy mengepal... penumbuk.

Entah kenapa, ayat-ayatnya membuatkan Daisy dingin. Dia tidak suka orang bercakap tentang dia dan Leonardo. Dia tidak suka orang lain cuba meletakkan benteng di antara mereka berdua. Daisy tidak perlukan pandangan orang asing tentang Leonardo untuknya.

"Hm." Lelaki itu hanya diam merenung perubahan pada tingkah-laku Daisy. Setiap kerutan pada wajah cantik itu, dan bagaimana tangan halusnya tergenggam erat. Daisy marah dengannya.

What a nice sight for a good night.

Daisy cuba menenangkan dirinya sebelum membuka mulut. Dia tidak mahu mencipta masalah di sini. Mungkin lelaki ini hanya mahu mengumpan Daisy sahaja. Sudahlah muncul tiba-tiba. Daisy tak se-

Mata Daisy terbuntang. Nafas hangat lelaki itu tiba-tiba berubah seinci dari kulitnya. Mujur Daisy sempat mengelak sebelum bibir lelaki itu mendarat pada bibir sendiri. Dengan jantung yang tersentak kuat, tangan Daisy laju naik mendarat pada pipi lelaki itu.

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now