MMM 30

347 13 3
                                    

Playlist:
Half of My Heart - Josh Makazo



A dream.

Mimpi yang tiada siapa pernah tahu bagaimana ia bermula. Kerana sebaik sahaja jiwa seseorang mendarat di sana, tiba-tiba sudah berada di pertengahan cerita.

Seperti sekarang.

Daisy sedang berdiri di celah ribuan tumbuhan bunga Marigold, betul-betul di titik tengah ladang bunga. Langit ketika itu begitu cerah dan tenang. Matahari bersinar tegak di atas kepala, namun Daisy tidak merasakan bahangnya. Sebaliknya, sinaran yang mengena setiap inci kulit terasa begitu menyuamkan. Lengan berlanggar dengan bunga Marigold. Tapak kaki yang tidak berkasut. Daisy menunduk ke tanah dan menyedari..

Daisy di dalam mimpi itu berumur 10 tahun.

Kaki yang lebih kecil mula menguis tanah.

Daisy hanya tenang berdiri. Suasana bayu dan digenapkan dengan haruman wangi. Rambut panjangnya beralun mengekori arah angin di situ. Bagaikan dia berada di dunia yang lain. Bagaikan hanya Daisy seorang sahaja yang wujud ketika itu.

Daisy mengangkat mata, menjauhkan pandangan mata ke hadapan. Hanya hamparan kanvas bunga Marigold yang tidak berpenghujung.

Seketika..

Dia menoleh ke sisi.

Pada pantulan mata amber Daisy, terdapat satu figura yang muncul dari sebalik landasan bunga. Dari bercangkung kepada tegak di atas kaki. Ketika itu, figura tinggi itu sedang membelakanginya. Rambut hitam lebat yang dibiarkan dikucar-kacirkan angin lembut. Tubuh yang bersarungkan kemeja putih besar dari saiz, dan seluar hitam yang diselitkan dengan kemeja itu. Figura yang kelihatan seperti seorang remaja lelaki.

Umpama Daisy yang menyerupai patung cendana, dia merupakan patung cendana yang halimunan. Biarpun susuk itu jelas dan nyata di mata, Daisy tidak disedarinya.

Remaja lelaki itu hanya diam. Sesekali tangannya bermain dengan kelopak bunga, bersama kepala yang menunduk.

Seperti itu, mimpi Daisy dimainkan.

Hanya dua manusia yang berada dekat di sebuah tempat terasing, tetapi tiada pertembungan di antara keduanya.

Sekonyong-konyong..

Mendengar suatu bisikan di telinga, kaki Daisy perlahan-lahan bergerak ke hadapan. Tidak lagi terpaku di posisi yang sama. Langkah kaki mara, meninggalkan remaja lelaki itu di belakang. Dari melangkah perlahan, Daisy mula berlari.

Dan, dari ladang bunga Marigold, tapak kaki Daisy berhenti di atas pasir pantai. Seperti di awalnya, Daisy menunduk melihat lantai bumi di bawah.

Daisy berumur 21 tahun.

Kali ini, terdapat persisiran ombak yang cuma beberapa langkah dari dirinya. Jika tadi, lengan mengena kelopak bunga. Sekarang...

Daisy perlahan-lahan berpaling ke bahu kanan.

Terasa nafas terhembus dari celah bibir yang sedari tadi terkatup rapat.

Mommy..

Puan Jasmine sedang rancak berbicara sesuatu, namun tiada satu pun patah kata yang singgah di telinganya. Bagaikan pekak kepada satu-satunya suara yang Daisy tidak akan pernah penat mendengarnya. Daisy hanya mampu terbatu pada kedudukan itu lagi, berdiri tanpa berbuat apa-apa. Hanya tatapan sunyi dari sepasang mata amber itu. Puan Jasmine tetap menghadap ke air laut tanpa membalas pandangannya.

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now