MMM 18

242 12 2
                                    

Playlist:
Fly Up - Hwang Chang Young ft. Door


Seperti pagi-pagi yang berlalu.

Daisy menolak tingkap untuk membiarkan biliknya dimasuki udara pagi yang segar. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Hari baharu, hari yang membawa Daisy semakin jauh dari memori semalam.

Makin samar-samarkah memori itu?

Daisy membawa wajahnya sedikit keluar dari tingkap, membuatkan rambutnya semakin beralun lembut. Mata terpejam rapat. Ada satu perasaan asing jika seseorang yang selalu bersama keluarganya, tiba-tiba hidup tanpa perlu bergantung kepada mereka. Berpisah untuk menyambung belajar atau bekerja jauh.. berbeza dari meninggalkan dengan sebab masalah keluarga itu sendiri.

Bagaikan.. Di hujung hari, itu bukan sebuah tempat yang akan membuat Daisy bahagia jika dia perlu pulang suatu hari nanti. Rumah yang mungkin tidak menyambut kepulangannya. Rumah besar yang cukup megah, namun membuatkan jiwanya terkongkong dan tersepit.

"Good morning.."

Seketika, hidung Daisy terbau sesuatu yang agak asing. Bukan ini apa yang selalu ada setiap pagi Daisy membuka tingkap biliknya. Metallic.. Sipi-sipi memasuki rongga pernafasan.

Mata tercelik semula dan diperhatikan apa yang berbeza di luar sana. Tiada apa. Hanya hutan dan anak sungai gunung. Jika mahu dilihat dari sini, tentu tidak terlihat memandang pokok-pokok menutupi lantainya. Mungkin bukan hal yang besar. Leonardo lebih tahu apa yang berada di sini. Jika ada sesuatu, tentu akan diberitahu kepada Daisy.

Dengan fikiran itu, gadis itu memulakan rutin paginya ke bilik air. Beberapa belas minit di bawah air suam. Rambut. Pakaian. Losyen badan perfume. Skin-care pada wajah. Berpaling dari meja solek, Daisy melihat Ji Hun sudah hilang ke bawah comforter. Mungkin angin sejuk membuatkan si kecil itu semakin menyorok.

Dan, seperti biasa. Sebelum Daisy turun, dia perlu menciumnya. Comforter diselak, menampakkan hanya belakang tubuh dan kepala kerana Ji Hun sedang memeluk tubuh ke katil. Di celah bantal busuk, terlihat kesan air liur. Rambut dan belakang lehernya diberikan ciuman ringan.

Tingkap ditutup semula.

Sebelum Daisy melepasi katil, dia terpandang buku Jane Eyre yang terdampar di atas bedstand. Buat beberapa ketika, gadis itu berdiri tegak dengan mata tertumpu pada buku itu, karya yang tidak terbaca sebaik sahaja tersedar pagi tadi. Hari ini, bangunnya tidak seawal sekala. Mungkin kerana Daisy tidak dibangunkan oleh Ji Hun di tengah malam tadi.

Terasa lain apabila tidak sedikit pun bacaan dibuat. Tanpa berfikir dalam, buku itu diambil. Cuma kali ini, bukan di dalam bilik. Dengan buku di dalam pegangan tangan, Daisy keluar untuk memulakan paginya.

Pemandangan yang sama setiap kali.

Tanpa berkalih, Leonardo mengucapkan selamat paginya.

"Good morning, darling."

".. Good morning, Leo."

Lelaki itu sentiasa menjadi orang terakhir yang dilihat sebelum memasuki bilik dan orang pertama yang menegurnya selamat pagi. Umpama storyboard yang tidak bersambung, sentiasa berulang-ulang. Membuatkan Daisy ingin terus bergerak ke waktu hadapan buat kembali merasai momen-momen itu.

Daisy melabuhkan duduk beberapa jarak dari sebelah lelaki itu. Melihat Leonardo dengan komputer riba, secawan kopi dan kaca mata. Mood kerjanya seperti biasa. Di seawal ini, dia sudah berenang di tengah-tengah lautan kertas kerja.

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now