MMM 13

289 12 0
                                    

Leandro memasuki sebuah bilik sebelum daun pintu langsung ditutup rapat seperti asalnya. Mukanya penuh berkerut seribu. Serius dan tajam, menghadap seseorang yang fokusnya tertumpu di sebalik latihan 'meditasi'.

Satu tubuh tegap dan kekar yang berdiri di atas kedua-dua tapak tangannya. Mata terpejam memisahkan dirinya dari dunia luar. Rambut gelap mengurai mengikut graviti ke arah lantai kayu. Badan yang tidak berbaju dan hanya berseluar hitam. Sepasang lengan yang gagah menahan beban dari tubuh sendiri, membengkok dan melurus membawa kaki yang stabil berada di udara.

Masih formal, mulut Leandro dibuka untuk mengumumkan 'tujuan'nya berada di sini.

"L'asta del mercato nero degli uomini di Moustache sta ancora cercando un modo per vendicarsi."
(The men of Moustache black market auction are still looking for a way to take revenge.)

Suaranya hanya disambut oleh satu hembusan nafas yang cukup tenang. Sepasang mata itu masih terpejam seolah-olah apa yang didengari bukan sesuatu yang mampu merosakkan konsentrasinya.

Leandro tetap menyambung serius.

"Saranno selvaggi ora che il loro orgoglio è schiacciato."
(They will be wild now that their pride is crushed.)

"Leandro."

Akhirnya, kehadirannya diberikan perhatian.

"... I know that's not the reason you are here."

Ayat itu memecahkan keseriusan yang dipalsukan oleh lelaki di hadapannya. Leandro terus membuat muka menyoal. Mata menipis, mahu menyiasat. Kenakalan terpapar pada wajahnya, perbezaannya bagaikan langit dan bumi dengan manusia yang tenang itu.

"Ha! I'm just wondering who is our guest.." Leandro mula bercangkung. Lengan di atas peha.

".. You, are the guest."

Leandro yang membawa dirinya sendiri ke sini, ke sebuah rumah hutan yang bersembunyi di celah gunung yang dimiliki oleh lelaki itu. Leandro terduduk di atas lantai apabila balasan lelaki itu cuma menambahkan rasa ingin tahunya.

"I, am the guest? Not that person?"

Lelaki itu hanya bisu tidak menjawab. Membuatkan Leandro hampir mengamuk di situ kerana baru sedar dia cuba menyoal manusia yang terang-terangan tidak akan membuka mulut untuk berbual.

Sekonyong-konyong, pintu diketuk oleh seseorang sebelum ditolak buka. "Sir, she has arrived."

Leandro terbuntang mata dan menoleh ke arah pintu. "SHE?!"

Kali ini, baru lengan Leonardo berhenti dan kelopak mata mula menunjukkan iris hitam yang tersembunyi di sebaliknya. Perlahan, kaki dibawa ke atas lantai semula.

Leandro terdongak naik. Pandangan Leonardo jatuh merenung lelaki itu.

"Don't act so friendly."

"Porca vacca.." Dan, Leandro hanya mampu menyumpah dalam bisikan.
(Holy cow..)



Kepala Daisy terteleng sedikit, memerhati suasana di luar sana. Barisan pokok pine yang tinggi terhias bagaikan dinding yang mengelilingi rumah besar ini. Rekaan dalaman yang dipenuhi dengan warna hitam, membuatkan Daisy terasa bagaikan berdiri di muka pintu lohong hitam. Disebabkan keluasan berganda dan dinding yang digantikan dengan tingkap gergasi, membuatkan rumah ini lebih bernafas dan tidak menyesakkan penghuninya.

Daisy sukakannya. Setiap daripada tona hitam ini memberikan rasa keselamatan. Rasa tidak terdedah, dan rasa dilindungi.

"Two months were more than enough to test my patience." Satu suara bergema dari belakang.

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now