MMM 21

242 15 5
                                    

sorry i'm so late.
and again, this is a mature story.

Pernafasan Elios berubah berat, setelah seluruh tubuhnya tersentak-sentak bersama peluh renik menyinari kulit. Mata terpejam dan mulut terbuka kecil. Gelora yang memenuhi segenap sarafnya, perlahan-lahan dibasuh pergi. Meninggalkan sedikit sisa dari rasa gairah melihat belakang tubuh ramping yang terdampar di atas katilnya. Di bawahnya.

Bibir mendekati kulit mulus itu. Menggesel dan merasai kelembutannya. Rambut perang yang panjang disisir dengan jari, cukup lembut.. sebelum diselak ke tepi bahu. Desahan halus mula terbit dari sebalik kepala itu, membuatkan Elios tersenyum kecil. Mata terpejam lagi.

"Made me feel so good, my dear. My baby.."

Pujian yang terselit nama panggilan intim, membuatkan manusia yang masih lelah dari permainan Elios tadi, menghasilkan gelakan manja. Tangan Elios yang berada di depan kepala, dibawa ke perut leper.

"You released into me, Elios.."

Mata Elios tercelik, menampakkan sepasang iris hijau yang sentiasa berkilau seperti berlian. Jari yang menyentuh kawasan berpusat itu, membelainya dengan cukup lembut. Perlahan-lahan, tubuh dibawa menegak. Tangan ditarik naik ke pinggang.. ke tulang belakang.. dan berhenti di tulang sulbi yang terdedah. Tubuh itu semerta menggigil.

"Would you bear me a child.. my dear?"

Soalan itu... adalah salah satu soalan yang paling ditunggu buat mereka yang selama ini berusaha untuk menjatuhkannya. Siapa tidak mahu menjadi wanita yang menjadi ibu kepada anak lelaki ini? Oh, bayangkan kehidupan akan berubah 180 darjah di masa depan yang menantinya. Layanan Elios tentu akan menjadi hebat untuknya. Lebih daripada sekarang.. Lebih daripada ini..

"Yes.. Elios.."

Memikirkan itu, wanita itu cuba untuk memandang lelaki yang berjaya mencuri kewarasannya. Lelaki yang membuat dirinya sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai tahap ini.. Tahap di mana mereka melakar 'cinta' di atas katil miliknya.

Namun, baru sahaja sedikit sisi wajahnya terlihat, Elios terlebih dahulu menarik rambut yang bertebar ke kanan tadi ke dua-dua sisi. Wajah itu langsung terlindung. Tetap.. senyuman di bibir tidak pernah lekang. Hatinya terasa cukup penuh dan gembira. Lagi-lagi, tangan itu masih membelai belakangnya.

Telefon yang berdering di atas meja katil, menghentikan pergerakan Elios. Belakang bahu itu dicium sebelum tubuh mereka yang bersatu dipisahkan. Gaun mandi yang terdampar di atas lantai dicapai, membuatkan wanita itu mampu melihat setiap inci struktur yang terdedah untuknya. Elios memakai gaun mandi itu seraya telefon yang masih berdering itu diambil.

"Go and take a bath, my dear."

"Will you be in there too..?"

"Sure."

Perbualan itu berlangsung tanpa Elios memandang susuk di atas katilnya, namun wanita itu cukup gembira untuk kisah akan tentang hal sekecil itu. Comforter putih diangkat bersama sehingga ke muka pintu kamar mandi. Meninggalkan Elios untuk menjawab panggilan itu.

"Mr. Baumann.."

Elios melabuhkan duduk di atas sofa. Wain dituang sendiri ke dalam gelasnya.

"We have done everything we could. No traces, no evidences left. I.. have left the country."

Bibir menyisip wain merah itu sebelum akhirnya memberikan balasan.

".. Too bad."

Bukan sahaja menggagalkan apa yang dia minta, malah sekarang mereka pula yang sedang dicari dan diburu. Sungguh, sungguh terbalik. Manusia yang berada di hujung corong sedang berfikir bahawa keheningan yang menyusuli menandakan rasa amarah lelaki itu.. namun, langsung tidak sedar akan senyuman Elios yang sebaliknya muncul.

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now