MMM 6

434 24 0
                                    

A/N: i know it's supposed to be a mafia action romance.

but the faster way; would be kidnappin and did i mention i refuse to write stockholm syndrome?

tidak, sedaghe. tidak. oktqbye.

Bumbung dewan utama MOH berbentuk piramid dan berkaca, membenarkan sinaran cahaya matahari di sebalik awan yang agak mendung.

Anak-anak yatim sama ada sedang bersila, bersimpuh dan bertiarap di atas lantai sejuk. Di hadapan mereka, terdapat pelbagai alatan seni seperti buku kanvas, pensil, water colour, secawan air dan yang paling penting, sebatang bunga berwarna ungu. Lilac.

Mata yang digunakan untuk melihat, mendarat pada satu figura yang paling menyerlah di kalangan mereka semua. Jika bukan disebabkan senyuman yang diselangi gelak kecil, tentu disangkakan patung porcelin. Cantik dan sangat memukau. Jari-jemari mulusnya asyik-asyik mencuit hidung penghuni paling muda di rumah ini, Ji Hun. Si kecil itu tidak menyertai 'adik-beradik'nya yang lain, hanya mahu berada di atas riba si gadis sahaja.

Daisy menaikkan wajah apabila dapat dirasakan satu renungan lama jatuh padanya. Senyuman "welcome" diberikan kepada seorang guru wanita yang baru sahaja tiba di situ.

Pada masa yang sama.. Guru yang sama itu kelihatan terpempan sendiri dari tempat berdirinya. Jantungnya berdegub laju tanpa sempat dicerna realiti bahawa gadis itu baru sahaja memberikannya senyuman.

Penjaga di sebelah ketawa. Comel.

Kemudian, mata yang sama pula mendarat pada seorang lelaki berambut light blonde.

Auranya menjerit kemewahan dan keglamoran, seperti Daisy. Namun, dia langsung kelihatan tidak kisah untuk melabuhkan duduk di sebelah beberapa orang anak yatim yang mengerumuninya, tangan ralit dengan hasil kerja masing-masing.

Senyuman tampannya sememangnya sudah menjadi igauan wanita-wanita di situ. Mata biru berkilaunya yang lembut memerhati penghuni-penghuni cilik, menjadi satu tarikan yang tidak mudah untuk diputuskan.

"Uish.. Who is that?"

Penjaga wanita di sebelah menutup bibir, cuba menyembunyikan senyuman tersipu-sipunya.

"Miss Daisy kata cuma kawan keluarga. Datang sebab nak tengok suasana rumah anak yatim Marigold."

Hmm. Hmm.

"He is hot."

Mereka sama-sama tergelak kecil.

"Ehem." Suara lembut Daisy bergema melalui pembesar suara.

Terus perhatian seratus-peratus beralih kepada anak bongsu keluarga Marigold itu.

"Adik-adik kakak rasa dah boleh teka bunga yang awak semua sedang pegang tu?" soalnya mengusik.

"Bunga Lilac!"

"Lilac!"

"Kakak, Lilac kakak!"

Daisy menjauhkan mikrofon dan menghamburkan ketawa lucu. Getaran dari tubuh membuatkan Ji Hun turut sama mengekek comel. Gusi bayi dan lesung pipit dalam menonjol. Rambut di dahi sudah diikat tocang oleh Daisy awal tadi.

Daisy tahu mereka cepat menangkap jenis bunga yang dibawa. Sebenarnya, mereka juga ada subjek mengenali spesies bunga di MOH. Kerana setiap ciptaan Tuhan itu, ada maknanya. Bercampur dengan definisi dan perspektif daripada manusia, setiap bunga mempunyai mesej tersendiri.

Seperti namanya, dan nama ibunya.

"Pandai. Bunga Lilac."

Mereka semua bersorak gembira. Tahu mereka akan memperoleh hadiah yang mereka impikan.

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now