MMM 14

299 13 0
                                    

Playlist:
Remembrance (1914) - Archibald Joyce

"... and, best of all, to open my inward ear to a tale that was never ended.. A tale my imagination created, and narrated continuously.. quickened with all of incident, life, fire, feeling, that I desired and had not in my actual existence."

Daisy menutup buku, tidak menghabiskan muka surat itu.. seperti biasa.

Kenapa Daisy begitu terasa dengan perenggan ini? Ada masa, kesakitan itu datang kembali untuk menyedarkan dirinya tentang realiti. Alangkah senang, jika imaginasi yang tercipta boleh menyelamatkan jiwa yang sengsara. Segala alternatif kepada jalan cerita yang dilaluinya, jika ada akan Daisy cari dan gantikan dengan apa yang telah berlaku.

Harapan itu cahaya, dan juga mampu menghumban seseorang ke dalam kegelapan yang tidak berpenghujung. It's a gamble; a consolation or a cruel endeavor. Itu untuk mereka yang masih ada peluang. Buat mereka yang sudah terlewat dengan segalanya?

Buku Jane Eyre diletakkan di atas bedstand. Entah bila akan Daisy mampu untuk menghabiskannya jika setiap kali bacaan tidak pernah lepas satu muka surat. Kenangan bersama arwah ibunya akan sentiasa menikam hati.

Mungkin.. jika ada orang lain bersamanya untuk menjadi pendengar setia.

Daisy melihat cahaya oren pagi yang sedang menyusup melalui celah langsir. Pagi pertamanya tanpa keluarga. Selalunya, waktu ini Farisha dan Helen sudah selesai mengemas biliknya. Comforter biru muda diangkat sebelum Daisy bangun daripada katil baru. Langsir dituju dan diselak sedikit untuk membiarkan rona oren mencium kulitnya.

Daisy menolak tingkap untuk membiarkan angin pagi masuk. Kesejukannya sungguh menenangkan, bercampur dengan suam dari matahari.

"Good morning, Daisy.." ucapnya kepada diri sendiri.

"Good morning, mommy.."

Tidak mahu berendam perasaan di seawal pagi, Daisy terus menuju ke bilik air untuk menyegarkan dirinya.

Rambut perang yang basah dikeringkan sedikit dengan dryer agar belakang gaunnya tidak termendap basah. Gaun material kapas itu masih berbau baharu dari butik. Hati sudah merindukan pewangi conditioner yang digunakan di rumah.

Nafas terhela panjang. Stop, Daisy.

Ji Hun masih lena tidur di atas katil. Terjaga juga budak itu di tengah malam, seperti biasa. Bila sudah mengantuk, terus dia melelapkan diri semula. Daisy yang menjadi mangsa tersedar sehingga ke pagi. Tangan yang sejuk dibawa untuk menekup pipi tembam Ji Hun membuatkan si kecil itu mengekek dengan penuh mamai.. hanya untuk kembali lena. Tidak lapar ke?

Perut Daisy yang menjawab.

Meninggalkan Ji Hun di bawah comforter tebal, Daisy keluar daripada kamar tidur dan kaki melangkah ke tingkat bawah. Tangganya agak tidak praktikal untuk kanak-kanak, mujur Ji Hun sejenis yang akan menjerit memanggil jika dia melihat sesuatu yang curam.

Kelibat pembantu rumah yang dimaksudkan Leonardo dilihat sedang membawa sedulang tuala bersih. Apabila dia menyedari Daisy di hujung tangga, beberapa saat berlalu dalam rasa terpaku sebelum kepala menunduk hormat kepada gadis itu.

Daisy hanya mengangguk kecil.

Tangga ini terletak di tengah-tengah ruang luas itu. Berpusing ke kanan, Daisy terus menangkap susuk belakang yang tegap di atas sofa dan menghadap dinding tingkap. Tempat yang sama seperti semalam.

Daisy terhenti. Baru hendak berkira-kira ingin menegur, lelaki itu terlebih dahulu bersuara membuatkan dirinya agak terkejut.

"Good morning, darling."

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now