MMM 27

230 11 1
                                    

Playlist:
You, Clouds, Rain - Heize


Dari tegak di atas kepala, matahari kian menurun ke langit Barat.

Di dalam kereta, Daisy memberikan satu alamat kepada pemandu mereka. Bersama sebuah arahan yang terselit untuk membawanya kepada alamat itu dan untuk meneruskan perjalanan bersama yang lain pulang ke mansion. Ji Hun sedang hampir dibuai lena dengan plushie di dalam pegangan, mata kuyu menatap langit biru melalui moonroof. Aria diam seperti biasa di kerusi sebelah pemandu.

Hanya Nico yang menyoal gadis itu. Muka agak tidak menyukainya, memandangkan Daisy akan ditinggalkan berseorangan di alamat itu. Nico perlu berada di sampingnya sepanjang masa!

"Signora, are you not going home yet?"

Jari runcing itu mula menyelak helaian buku nota kecilnya, hujung bibir Daisy terukir naik. Nada suara protektif Nico mengingatkannya kepada sang pengawal dan pemandu peribadi dahulu. Pantang mendengar perkataan keluar, terus tubuh tinggi itu datang melekat seperti anak ikan paus dengan ibunya. Kalau
boleh, setiap minit perlu berada di bawah pengawasannya. Nasib baik Luca tidak pernah melampaui batas, kalau tidak.. Sudah lama kontrak lelaki itu dibatalkan.

"Yes, i'm going somewhere." Ringkas Daisy menjawab soalannya.

"But why are you going alone? Can't i go with you?" Nico sudah membuka tona meminta pada ayatnya. Riak mukanya memberitahu bahawa dia tidak mahu ditinggalkan oleh gadis itu tanpa sebab! Lagipun, Nico sudah berjanji pada Tuannya untuk memastikan keselamatan Daisy dijamin tinggi dalam tangan!

Tangan menutup buku kecil itu. Mata mengerling Nico sebentar sebelum jatuh pada si kecil yang menghadap bertentangan mereka. Apabila bauan wangi dari jari Daisy hinggap mengusap di pipi, Ji Hun langsung memejamkan mata dan lena. Nico sempat melihat situasi kecil itu dengan penuh ketakjuban.

"I don't know what's your deal with Leo, Nico. But i wish to be alone from now."

Nico memeluk tubuh. Privasi. Walaupun Nico tidaklah senormal orang lain, dia tetap tahu untuk menghormati perkara yang satu itu. Lelaki itu tidak mahu orang yang dia suka berubah merasa rimas dengannya. Nico belajar tentang hal itu dari masa lalunya. Tambahan, Daisy baru sahaja mengenalinya. Tidak boleh melebih-lebih. Dalam kehidupan Nico Alcamo, hanya Tuannya yang tidak pernah menolak kehadirannya dengan rasa kerimasan itu. Atau itu mungkin sememangnya hanya kerana sikap tidak pedulinya, Nico tidak begitu kisah.

Lagipula...

Teringat tentang sesuatu, Nico mengangguk kecil dan berpaling ke arah gadis di sebelahnya dengan bersemangat.

"Alright, signora! Have a nice time at that place!"

Daisy tergelak kecil. Nasib baik faham.

"Please make sure Ji Hun is tucked in his bed."

"Sure!"

Nico membalas bersama dengan senyuman selebar-lebarnya, menampakkan barisan gigi putih bak susu. Sepasang taring yang muncul di sebalik keceriaan itu membuatkan Nico kelihatan seperti faerie yang nakal dan licik. Personaliti yang agak menyegarkan buat Daisy. Kemunculan Nico boleh dikatakan umpama hembusan bayu dengan kabus, dingin tapi mampu melindungi minda dari sebuah kekusutan. Aura keceriaan itu pula yang berjangkit kepada orang di sekeliling.

Beberapa puluh minit perjalanan, kereta itu berhenti di hadapan sebuah bangunan kecil yang terletak di celahan bangunan sederhana besar yang lain. Dikelilingi apartment dan pembangunan bakeri, kafe, kedai membaiki dan seumpamanya, membuatkan rumah yang menjadi alamat Daisy sebentar tadi menonjol kepada pendatang di situ. Rumah yang sudah lama tidak berpenghuni, mungkin disangka sudah ditinggalkan tuan. Rumah tradisional yang tidak tersentuh, menyebabkan ia menjadi satu-satunya rumah kecil individual di tengah-tengah teritori itu.

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now