MMM 9

315 20 0
                                    

Seminggu kemudian.

Magnus Summer/Fall 2022 Show

Berseorangan, Daisy melangkah ke barisan kedua di mana tempat duduknya sudah ditanda. Barisan pertama sudah dipenuhi dengan kelompok figura yang cukup terkenal, wakil dari media, pakar industri dan beberapa orang penting. Ms. Choo juga termasuk di barisan kerusi itu.

Jam dipandang. Tinggal beberapa minit sebelum event bermula.

Ini kali ketujuh kolaborasi terjadi antara satu jenama global dan universiti di Eurasia. Maka, Daisy dapat melihat penuntut perempuan Venwbeille dan audiens dari luar institusi yang berjaya mendapat tempat ekslusif mereka, berpusu-pusu memenuhi.

Erik tidak ikut bersama. Tiba-tiba pula, lelaki itu ada masalah. Daisy memandang tempat kosong di sebelah, yang sepatutnya diisi olehnya.

Daisy bersandar selesa bersama iPhone di tangan, bersedia untuk menangkap gambar rekaan yang akan menarik hatinya nanti. Sebagai pereka fesyen, inspirasi boleh menjadi sesuatu yang dicari atau datang sendiri.

Beberapa saat setelah lampu dimalapkan untuk menyerlahkan pentas catwalk, ekor mata kanan menangkap seorang lelaki yang baru tiba. Dia duduk di sebelah Daisy. Perhatian yang teralih itu cuma seketika sebelum diberikan semula kepada pentas.

30 minit berlalu..

Daisy mula mengerling ke arah lelaki di sebelahnya ini. Sejak dari awal sehingga sekarang, tubuhnya kaku tanpa sebarang pergerakan. Sebelah kiri Daisy, asyik-asyik bergerak dan mendongak. Jadi, situasi yang tidak seimbang itu bagaikan Daisy terlekat di celahan.

Sepasang mata lelaki itu cuma redup memandang ke hadapan. Tegak, lurus seperti patung cendana. Satu arah, tidak seperti mereka yang lain. Langsung tiada motif yang terpapar tentang apa yang sedang dia lakukan di fashion show ini. Umpama diri itu dipaksa untuk berada di sini, di dalam detik ini.

Daisy tidak terganggu, cuma dua kali juga dia menoleh untuk memastikan lelaki di sebelahnya ini masih bernyawa.

45 minit berlalu..

Tolehan kali ketiga.

Kali ini, lelaki ini membalas pandangannya tanpa amaran. Jantung Daisy hampir direntap keluar. Aish, hidup lagi.

Daisy cuma memberi senyuman sekilas sebagai tanda teguran.

Dan siapa sangka, lelaki itu masih lagi menatapnya. Perubahan mendadak itu membuatkan seorang Daisy menjadi termangu sendiri. Sebetulnya, dia sudah biasa direnung. Hanya pada kali ini, biasan tatapan itu yang memberikan keanehan.

Lembut, redup dan.. Sedih?

Daisy hanya melarikan pandangan. Gusar dengan keadaan itu.

Seketika, deria telinganya menangkap keluhan kecil daripada lelaki asing itu. Cukup perlahan, seperti tidak mahu Daisy mendengar.

Daisy tidak mahu membuat telahan apa-apa, jadi gadis itu cuma fokus pada apa yang berada di hadapan. Dia fikir mereka tidak akan mempunyai sebarang interaksi sehinggalah di hujungnya...

Lelaki itu membisikkan sesuatu sebelum berlalu.
Bersama ruas dahi yang sedikit berkerut, belakang tegap milik lelaki misteri itu cuma dipandang.

"I don't deserve a forgiveness."

Bisikan itu.. jelas ditujukan untuk Daisy.



Ketukan berirama pada pintu menyentakkan Daisy. Airpod terus dicabut dari telinga. Di dalam rumah itu, hanya ada beberapa orang sahaja yang akan mengetuk pintu bilik tidurnya.

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now