MMM 7

318 15 0
                                    

A/N: they live in the city where GLH is considered the most expensive and known there.

and crime rate; variable :)

Pintu belakang Escalade dibuka daripada luar setelah Luca menghentikan kereta betul-betul di hadapan pintu utama Grand Leovinci Hotel. Mereka menghantar Elias ke tempat penginapannya setelah Ms. Choo dan Erik dihantar ke studio.

Elias memandang Daisy buat kali terakhir bersama ukiran bibir yang gembira.

"I really appreciate the times i spent at the little paradise today, Daisy. Really, a big thank you."

Daisy mengangguk sekali. Dia mula selesa dengan kehadiran lelaki itu melihatkan layanannya sepanjang hari ini.

"My pleasure, Elias."

"Well.. I wish i can see them again sometimes in the future. But i'm only on my short vacay. Will you be there again?"

Daisy berkelip sekali. Hujung bibir membawa pipi naik sedikit.

"Let's see how the future goes."

Selepas itu, Elias cuma melangkah keluar.

"See you again, Daisy!"

Daisy mengangkat tangan dan melambai.

Pintu ditutup. Kerusi disandar semula. Keluhan dilepaskan.

Dia mahu pulang segera dan menghidu bau haruman tubuh Puan Jasmine. Fikiran Daisy juga sedang melayang ke arah seseorang, lagi-lagi setelah melihatkan bangunan bulat Ezekuchen.

Walaupun baru semalam dia bertemu dengan Sir Bunny, Daisy sering mengharapkan pertemuan ketiga.

Bagaikan 'amaran-amaran' itu tidak wujud.

... Daisy mimpikan sesuatu malam semalam. Sesuatu yang membuatkan apabila Daisy tersedar tatkala alarm meletus, gadis itu cuma merenung ke dalam kegelapan dengan perasaan yang bercampur-baur. Biarpun mimpi itu sudah menjadi memori yang samar-samar sekarang.

Jam tangan dikerling.

Waktu ini, Ji Hun mesti sedang bersiap-siap untuk tidur. Ah, rindunya. Berbagai janji diucapkan kepada si kecil itu supaya Daisy dilepaskan pergi.

Sebenarnya.. Daisy kecewa dengan diri sendiri. Dia tahu dia sedang menyeksa perasaan Ji Hun. Mereka hanya bertemu beberapa kali dalam tempoh sebulan. Daisy sedar, Ji Hun tentu menangis lebih dari yang sepatutnya dari kanak-kanak yang lain. Rindu yang sepatutnya tidak perlu wujud. Ji Hun tidak perlu menahan sakitnya perasaan itu. Si kecil itu hanya berumur 2 tahun dan dia sudah mengalami betapa beratnya sebuah perasaan rindu itu.

"Just wait for me a little bit more, baby. We will live together, leave together," janjinya dalam bisikan.

Kereta bergerak keluar daripada kediaman hotel.

Kepala dijatuhkan pada kepala kerusi. Mata Daisy mula berubah kuyu. Bangunan-bangunan tinggi melintasi kornea. Air rintik hujan yang tidak lebat sipi-sipi menghentak tingkap. Musim seperti inilah, musim kegemarannya. Hujan sentiasa.

Lucas merendahkan suhu penghawa dingin kereta. Daisy menyentuh muka tingkap dengan pipi kanannya.

Sejuk dan membuaikan.

Lagi, bayangan wajah Sir Bunny menjelma. Daisy menghela nafas panjang. Sempat tangan menyentuh dada kirinya. Betul dia cuma mengharapkan lelaki itu sebagai seorang kawan? Kadang-kadang, Daisy merasakan mereka mempunyai ikatan lebih daripada itu. Anehnya, perasaan asing ini.

Perkara terakhir yang terjadi sebelum mereka berpisah, akhirnya membuatkan Daisy berfikir dua kali untuk pertemuan ketiga. Malu! Lelaki itu.. sangat berbahaya. Dengan perasaannya.

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now