MMM 25

301 8 2
                                        

A/N: Hoho, i'm late again.


Hujung jari diletakkan pada buku lima, sebagai tanda henti atau 'bookmark' pada halaman buku yang sedang dibaca.

Atau sebetulnya direnung.

Wajah Daisy lantas terdongak kepada pemilik tangan berurat itu.

Pandangan Leonardo melekat pada Daisy. Mungkin lelaki itu cuba membacanya walaupun segalanya sebenarnya sudah terpempang jelas pada wajah manis itu.

Hampir 3 bulan berlalu, Daisy bukannya masih tidak mampu bergerak ke hadapan. Cuma apabila diingatkan kembali pada masa lalu membuatkan Daisy tidak dapat menahan dirinya dari mengimbas kenangan yang tersimpan rapi. Memori bersama arwah ibunya, rasa rindu yang semakin kuat dirasakan. Rindukan ketawa Puan Jasmine, senyuman bersinarnya.. dan bagaimana dia bernafas dalam tidur selama tahun-tahun yang berlalu.

Membaca Jane Eyre acap kali membawa Daisy menerjah memori silam itu. Membaca karya-karya untuk Puan Jasmine buat hampir 3 tahun sudah menjadi sebati dalam dirinya dan dalam banyak-banyak, buku ini.. yang tidak tiba di penghujungnya. Tergantung.

Buku yang terselit dalam tempoh tersedih dalam hidupnya, mustahil tiada kesan yang tertinggal pada sudut hati. Mungkin pada saat Daisy mampu menghabiskannya.. itu akan menjadi penutupnya. Closure.

Bersama usapan lembut pada tangan kanan yang masih memegang buku, Daisy menghabiskan muka surat itu dan akhirnya menutupnya. Kalau bukan disebabkan buku klasik ini menggunakan lenggok bahasa sastera lama, tentu terasa seperti sedang membaca bedtime story untuk Ji Hun. Berbeza dengan ketika Daisy bersama arwah ibunya. Pada kali pertama sesi pagi mereka ini bermula, mata Daisy asyik-asyik menyinggah pada Leonardo, mahu memastikan lelaki itu tidak memaksa dirinya untuk menjadi pendengar kepada bacaannya. Atau jika lelaki itu tiba-tiba tertidur kerana perlu menadah telinga untuk Daisy.

Namun, tidak. Leonardo kelihatan begitu asyik mendengar bersama secawan kopi pahitnya. Katanya, dia cuma mahu mendengar suara Daisy. Lama-kelamaan, lelaki itu turut melekat dengan kisah hidup Jane. Jadi, bagaikan menyelam sambil minum air. Seperti audiobook yang pernah dipasang oleh Leonardo dahulu setiap pagi dia berada di dalam kereta. Tiada beza, kecuali pemilik suara kali ini terasa lebih dekat dengan jiwanya.

Daisy hanya mampu menadah kemerahan pada pipi mendengarkan itu.

Jari-jemari panjang Leonardo bermain di celah-celah jari halus Daisy sendiri. Menyilang sipi-sipi. Ibu jari mengusap buku lima. Mata Daisy jatuh pada tangan mereka yang bertaut, tanpa sedar membalas elusan lembut lelaki di sebelahnya. Caranya itu serba-sedikit menaikkan senyuman lucu di bibir Daisy.

"Jane has so many struggles... I hope she has her own happy ending, Leo," ujar Daisy, masih leka dengan 'perlawanan' jari-jemari yang berlaku di atas peha kanannya.

"Not so sure, darling. Some people might don't even associate themselves with 'happy ending'." Leonardo membalasnya tanpa apa-apa hesitasi. Perkara remeh adalah apabila menaruh harapan pada penghujung gembira yang akhirnya dirombak dengan realiti. Untuk seseorang yang sudah melalui banyak kesengsaraan, mungkin mati adalah definisi happy ending mereka.

Realiti yang tidak pernah berada di puncak roda.

Hm.

"But we are still humans." Daisy menepuk tangan kekar yang menindih, lembut. Mata naik melihat Leonardo bersama senyuman yang menguntum cantik di bibir. Cahaya matahari pagi membuatkan dia kelihatan bersinar. Iris yang berkelipan. Ditemani suhu pagi yang memasuki musim luruh, tidak begitu panas dan dingin.

Just enough.

"... I know."

Untuk jantung berdegub lebih pantas dan untuk seseorang jatuh lebih dalam.

Marigold Mr. Mafia [OG]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang