MMM 24

225 13 0
                                    

Dengan airpod yang menyambungkan pendengaran Daisy kepada laptop yang terbuka, gadis itu menjadi sibuk di dalam studio yang dihadiahkan kepadanya. Senyuman tidak lekang di bibir.

Setiap fabrik yang ada, Daisy tilik segulung demi segulung. Datang daripada lelaki itu, tentulah harga dan kualitinya bukan sembarangan. Untuk mengangkut semua bahan dalam kuantiti yang besar ini, Daisy tertanya jika Leonardo memilih satu persatu atau membeli terus semua yang terlihat di mata dan terdengar di telinga. Sempat ketawa kecil keluar dari mulut.

Memandangkan ruang ini baru sahaja tercipta untuknya, semuanya masih tidak tersentuh dan kelihatan bersih dan 'kosong'.

Pada saat Daisy memulakan projek rekaannya, gadis itu akan semakin terhanyut dalam proses membawa setiap lukisannya kepada realiti. Dari lakaran rekaan, pattern making.. sehinggalah menjadi tukang jahit sendiri. Mesin jahit baru itu turut dihidupkan, langsung mengingatkan Daisy kepada mesin pertamanya yang dihadiahkan oleh Puan Jasmine kepadanya 14 tahun yang lepas. Leonardo menjadi orang kedua yang menghadiahkannya item ini.

Nafas ditarik cukup dalam.

Kedua-dua telapak tangan melekap pada muka meja besar itu. Mata Daisy turut terlekat permukaannya. Tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berkeliaran di sudut otaknya tika itu. Pandangan naik kepada dinding tingkap yang menunjukkan estet mansion ini. Menyedari tentang sesuatu..

Itali. Rumahnya sekarang.

Daisy mungkin tenang, tapi dia tidak segembira yang disangka...? Kepala digeleng-geleng, cuba mengosongkan mindanya. Apabila sosok Leonardo hinggap ke dalamnya, gerakan Daisy terhenti. Agak aneh jiwanya menerima kehadiran lelaki itu dengan begitu senang. Sejak daripada awal pertemuan mereka, Daisy merasakan dia lebih senang dengannya dari keluarga tirinya. Lelaki itu tidak terasa begitu asing pada Daisy, tidak seperti keluarga tirinya. Mungkin kerana itu, sebaik sahaja dia memilih untuk membawa diri.. Daisy memilih Leonardo.

Leonardo de Gambino.

Leo.

Mentitip nama itu di bibir sendiri... membuat rekah yang sama menguncup senyuman halus. Perlahan-lahan, tangan naik menyentuh dada. Inikah bagaimana perasaan ibunya bersama Tuan Bruce?

Senyuman itu lurut kembali. Kali ini, wajah dingin yang sudah lama tidak terlihat di mata orang lain itu muncul sedikit. Bukan kerana ibunya, tetapi kerana memori Daisy terlintas kembali ke waktu itu. Waktu di mana dia paling memerlukan bapanya.

Daisy menggeleng kecil sekali lagi, cuba membuangnya jauh-jauh dari kotak memorinya. No more.

Rambutnya yang diikat, dilepaskan terbuka. Daisy akhirnya menyanggul rambut perangnya naik ke atas. Telinga yang mendengar muzik klasik, tiba-tiba dicelah oleh bunyi notifikasi emel dari Macbook di atas meja. Elok-elok di hadapan Daisy, jadi gadis itu terus dapat melihat siapa pengirimnya.

How have you been, dear?

The workshop feels so alive. Our senior tailors thought they are working under Madam Sofia again.

Daisy tersenyum. Dia pun selalu mendengar pujian itu dari ibunya. Daisy seperti neneknya, Sofia Leone. Bersama emel itu, terselit jemputan soft-copy untuk sebuah majlis grand opening.

Walaupun Daisy tidak memerlukan kad jemputan itu.

Jari membalas emel itu.

I will reach out to you first. Promise.

Mungkin wanita itu sedang berehat, maka emel seterusnya terus dibalas.

I wish i can summon your presence like Ji Eun Tak's smoke to Italy.

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now