MMM 10

330 21 0
                                    

Daisy mengikat rambut panjangnya dengan scrunchie berwarna biru muda. Hari ini, dia mengenakan gaya sedikit lain daripada kebiasaan. Daisy sedar bahawa keterujaan sedang menggunung di dalam diri, jadi mungkin dia perlu bergerak sedikit ganas dari kelembutan selalunya.

Sweatshirt beige dan jumpsuit denim longgar dilengkapkan dengan kasut putih. Jarang sekali Daisy berpakaian cara ini. Walk-in closetnya terisi dengan gaun yang tergantung penuh dan segala jenis mommy grandma yang berada lebih kurang jenisnya. Daisy bukan pant-person. Mungkin sebab itu dia lebih menonjol di mata manusia sebagai seorang yang cukup elegan dan lembut. Lagi-lagi trademark gadis itu, warna biru. Warna kegemarannya.

Dia nampak renungan aneh keluarganya tadi.

Yang penting sekarang..

"Bu!!"

Ji Hun terkedek-kedek keluar daripada bilik tidurnya. Matanya membundar gembira melihat manusia yang paling dirinduinya itu berada di hadapan mata. Tidak perlu orang mendukung dia seperti selalu, kaki pendek itu sudah laju bergerak.

"Baby!" Daisy merendahkan tubuh dan bercangkung untuk menerima tubuh si kecil itu ke dalam pelukan.

Rindu. Rindu sangat.

Demam Ji Hun terus kebah apabila dia diberitahu semalam, bahawa Bunya akan datang membawanya keluar. Untuk pertama kali.

Daisy senyap-senyap menyelinap dan keluar kerana Daisy tidak mahu perasaan cemburu timbul di kalangan anak-anak yatim yang lain. Daisy memandang mereka sebagai adik, tetapi untuk Ji Hun..

Sayang itu tumpah seperti kasih seorang ibu kepada seorang anak. Mungkin kerana mereka bertemu ketika Ji Hun berumur tidak sampai sehari. Hari yang sama Ji Hun dilahirkan. Mungkin.. tidak sampai beberapa jam pun si kecil itu keluar dari perut ibu sebenarnya. Hanya ada beberapa benda yang ditinggalkan. Bakul, kain dan secebis kertas yang mencatat nama si bayi.

Ji Hun Armand.

Dengan tulisan italic, berdakwat hitam basah seakan-akan dari sebatang pen yang mahal.

"Bu.. bu." Ji Hun mengekek comel sebaik sahaja kasut putihnya muat terpakai di kaki.

Ji Hun berpakaian serupa, tidak ubah walau sehelai, seperti Daisy. Mother-son outfit. Luca mencuri pandang melalui cermin pandang belakang, melihat Ji Hun sedang mengangkat tangan pendeknya supaya diangkat oleh Daisy ke atas riba.

Hari pertama, tentulah akan dibawa berjalan-jalan ke mana sahaja si kecil itu mahu. Taman tema. Kafe yang bertemakan kanak-kanak. Kedai permainan. Ke mana sahaja mereka berada, tentu mereka menjadi perhatian.

Daisy yang memiliki kecantikan surreal.
Ji Hun yang terlampau comel dengan kulit putih susu, bulat dan gebu.
Luca di dalam sut formal, wajah lebih serius dan tajam di khalayak.

Sebuah dinamik 'keluarga' yang luar biasa dan sempurna.

Ada juga yang berbisik, Ji Hun lebih ada iras seperti 'ibu' dari 'ayah' kerana mata berkongsi tona warna yang hampir sama dan rambut yang sama-sama perang. Walaupun sebenarnya anak mata Daisy lebih kepada amber tona keemasan, mereka tidak tahu jadi pemandangan itu membuatkan setiap mata mula berfikir jauh dari realiti. Luca yang hanya tercegak tidak berbuat apa-apa pun dikatakan seorang 'ayah' yang serius dan tegas. Sebab itu, Ji Hun hanya memeluk 'ibu'nya seorang.

Setelah seharian di luar memuaskan hati Ji Hun yang sudah lama berendam sedih dan rindu, mereka tiba di rumah yang akhirnya kosong dari kebanyakkan pemiliknya. Ji Hun yang fikir dia akan dibawa pula semula ke rumah anak yatim, terus menjadi tenang.

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now