MMM 15

303 17 0
                                    

A/N: lets give them chance to bertenang2

Air sungai jernih dan tenang, menampakkan batu kerikil dan butir pasir yang kasar. Jari kaki dibawa masuk ke celah sambil mata menatap pantulan imej sendiri pada permukaan. Setiap lekuk pada wajah dilihat. Kening, mata dan hidung Daisy tidak ubah seperti Puan Jasmine. Bibirnya pula campur aduk antara kedua-dua ibubapanya. Daisy mengucar pantulan itu apabila perasaannya terasa berat.

Getah dilepaskan untuk membiarkan hujung rambut terendam. Air yang mengalir lembut, dibawa ke dalam tapak tangan sebelum Daisy menggunakannya untuk menyejukkan muka. Angin sepoi-sepoi bahasa kawasan pergunungan terus menampar kulit.

"Daisy.."

Daisy mengusap dadanya. Terperanjat dengan suara bisikan yang menegur tanpa salam. Gadis itu menoleh dan melihat Leandro berdiri tegak bersama tuala putih. Dia mahu mandi ke? Persoalan itu dijawab apabila lelaki itu hanya datang dan melabuhkan duduk, dua depa daripadanya.

"Ini, untuk Daisy."

Jika tadi, dia terperanjat. Sekarang, Daisy hampir diserang penyakit jantung. Tangan tetap menerima tuala yang dihulur. Leandro tersenyum lucu menyedari reaksi itu. Dia sendiri pun jarang menggunakan bahasa ini, kecuali jika Leandro bertemu dengan mereka yang menggunakannya di teater antarabangsa. Pelat di lidah juga agak pekat.

"I know your mothertounge. I learnt it almost.. a decade ago?"

Daisy melihat lelaki itu.

"That's a surprise.. Then.." Leonardo..?

Leandro menggigit bibir bersama sebelah kening yang terjongket.

"What do you think? Hint, dia lagi tua daripada saya."

Hotel franchise lelaki itu sampai ke Eurasia. Tak mustahil dia juga mengerti. Kenapa dia tidak pernah menggunakannya dengan Daisy? Seakan dapat membaca fikiran itu, Leandro menyambung.

"English is his main language. So, walaupun kita cakap bahasa apapun dengan dia, he will still reply in English. Kecuali.. in certain circumstances."

Menarik.

"Like?"

"Daisy akan tahu nanti." Leandro berkelip sebelah mata. Gadis itu cuma mengangguk, akan dia tunggu dan lihat untuk waktu itu.

Leandro secara diam memerhati emosi pada wajah itu. Walaupun tidak sekosong lelaki di atas sana, Daisy tetap kelihatan.. numb? Leandro pasti dia masih tidak melihat walau sedikit senyuman pada bibir itu, apatah lagi mendengar suara ketawanya bergema. Daisy tidak kelihatan sedih, cuma seakan.. penat untuk ceria dengan segalanya. It's a waste to see such a pretty face looks so emotionless. Seperti patung.

"You see.. Leon is my uncle."

Tubuh Daisy semakin tegak. What a reveal.

"I've never once see him smiling as long as i remember. His life is kinda.. dull, full of seriousness and.. he is kinda alone. I don't think he used to have a partner before." Dahi berkerut cuba mengingati masa lalu lelaki itu.

You are my first.

Leonardo pernah memberitahunya.

"I have no idea how he attracted you.."

Leandro menggeleng, seperti tidak percaya ada perempuan yang boleh bertahan dengan kedinginan lelaki itu. Mungkin, sebenarnya Leonardo sejenis yang akan menolak mereka yang cuba mendekatinya. Leandro juga pernah menyoal seksualiti lelaki itu, namun itu memang personaliti bapa saudaranya. Anti-romantic. Dia tidak berminat untuk sebuah percintaan dengan manusia lain. Jika ingin dibandingkan layanan untuk Daisy dengan mereka, Leonardo kelihatan lebih.. 'lembut'.

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now