MMM 16

281 19 3
                                    

Playlist:
Passacaglia (1894) [Violin-Viola duo]
- Handel/Halvorsen


Daisy berdiri di hadapan dinding tingkap.

Sebaik sahaja matahari terbenam, lampu-lampu yang selalunya menyala untuk menyerahkan sekitar mereka tidak hidup seperti sedia kala. Sebuah persoalan naik di minda setelah beberapa ketika mata cuba melihat ke dalam kegelapan di luar sana. Satu rumah ini juga kalis bunyi, jadi suara alam tidak sampai ke telinga melainkan tingkap dibuka.

Dalam itu..

Sepasang tangan terlebih dahulu melekap, memerangkap tubuh langsing itu pada permukaan sejuk tingkap. Memandangkan hanya dalam rumah yang cerah, pantulan pemilik tangan itu terpampang jelas. Kehangatan tubuh mereka mula bertembung. Fokus Daisy terus berterabur dari luar sana.

Mata dinaikkan kepada wajah Leonardo yang perhatiannya langsung tidak terarah kepada Daisy. Dagu lelaki itu betul-betul terletak di atas rambutnya. Perlahan-lahan, sepasang tangan tadi jatuh ke lengan.. menggesel ke bawah, sehingga ke tangan halus Daisy sendiri. Umpama cuba memahami makna ini, Daisy membiarkan tatkala tubuhnya ditarik beberapa langkah dari situ, sebelum dibawa berpusing 180 darjah dari kedudukan asal. Tambahan dengan hujung kain yang berkembang sipi-sipi, membuatkan terasa Leonardo sedang menari bersamanya.

Mata Daisy membundar keliru.

Kemudian.. Daisy hanya ditolak berjalan semakin jauh ke dalam rumah. Belakang Daisy hanya dua inci daripada tubuh lelaki itu.

"What are you doing.. Leo?"

Leo, satu nama panggilan yang disuruh oleh lelaki itu sendiri dari hari Ji Hun memanggilnya Dada. Bukan Leon, bukan Mr. de Gambino.

Leonardo hanya diam.

Pada saat Daisy mendongak ke kanan untuk mencari wajah itu, Leonardo terus menjatuhkan mukanya. Seperti belakangnya yang hampir bersentuhan, wajah mereka juga menjadi cukup rapat. Mata ke mata, pucuk hidung hampir bergesel. Langkah kaki mereka berhenti.

"From now on.. Tell me before you go outside, bunny."

Bibir Daisy terbuka, keliru. Tangan ditarik dari genggaman lembut Leonardo, badan dijauhkan.

"Why?"

"We are in the wild."

Oh..

Melihat Daisy yang seperti memahami, tangan itu diambil semula seraya mereka kembali menuju ke ruang meja makan. Malam itu, seperti biasa. Makan malam pada waktu yang sama. Leandro si babysitter berjaya, sedang mengajar Ji Hun membuat origami dengan kain sapu muka. Berbentuk pistol pula itu. Di sebelahnya, tersandar case biola.

"Bu..bu!"

Sambil Daisy ditolak duduk dengan mata kepada Ji Hun, Leonardo berpapasan mata dengan anak saudaranya. Leandro hanya mengangguk kecil, pergerakannya cukup minimal untuk disedari.

Selalunya, Leonardo akan mengambil kerusi bersebelahan Daisy. Malam ini, mereka duduk berhadapan. Daisy menghadap dinding, Leonardo meghadap ruang luas di belakang. Gadis itu tidak mengerti apa yang sedang berlaku, namun sepanjang makan malam.. Tumpuan Leonardo hanya untuknya. Mereka kurang berbual ketika makan, jadi Daisy hanya membiarkan. Sesekali, suara Ji Hun yang memecahkan keheningan itu.

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now