MMM 19

232 13 0
                                    

Playlist:
Bad Guy - Billie Eilish


Pembalut lolipop Chupa Chups dibuka dan dibawa ke dalam mulut. Plastik itu dibuang ke belakang, menjadi sampah di atas tanah. Batang lolipop itu berpusing-pusing di celah bibir dengan perasanya mencair di atas lidah.

"Humm, strawberry."

Pengawal menarik nafas lega apabila kelihatan seperti lelaki itu berpuas hati dengan pemberiannya. Dua batang lolipop terakhirnya yang berada di dalam tangan, mahu dimasukkan ke dalam kocek sut.

"Hey."

Tangan berhenti di luar poket.

Kening Nico terjongket sebelah. Telapak tangan sudah terbuka, mahu semua gula-gula itu diberikan kepadanya. Mulut bergerak menghisap lolipop yang berada di dalamnya.

Pengawal itu sudah mula membuat muka sedih. Lolipop-lolipop terakhirnya... Dengan perasaan hiba, mereka diletakkan ke atas tangan yang meminta itu. Hati sedang menyesali akan sikap gelojoh mengaku mempunyainya ketika Nico bertanya.

Tidak menghiraukan pengawal itu, Nico menyimpan gula-gula itu ke dalam kocek seluarnya. Kaki menyambung melangkah. Sempat dia menguap besar disebabkan katil masih belum disentuhnya sejak semalam. Lolipop hampir terkeluar daripada mulut kerana kuapan itu.

Atas arahan Tuannya, seluruh kawasan yang termasuk dalam serangan.. atau lebih tepatnya sesi pembunuhan Nico Alcamo, perlu dibersihkan kembali kepada 'asal'.

Tentulah lelaki itu hanya memerhati pengawal-pengawal itu membuat kerja mereka dari atas pokok. 22 body bag yang bertimbun dan perlu diuruskan. Kesan darah perlu dicuci walaupun mustahil sepenuhnya. Lagipun, percikan darah itu sedang mengering juga, dan termasuk sebuah alasan pergaduhan haiwan liar malam semalam. Alat-alat senjata pula yang bertaburan di celah-celah. Setiap maklumat yang datang bersama mayat-mayat itu, disimpan dan dikorek.

... Lagi-lagi, kerana mereka datang untuk Daisy Marigold.

Gula-gula itu laju habis mencair. Batang digigit sekejap sebelum sekali lagi dibuang ke belakang. Sambil membuka yang baharu, mata Nico mendarat pada dua figura halus yang berada di dalam rumah. Ketika itu, Tuannya sedang berbual dengan gadis yang bernama Daisy itu. Nama seanggun tuan empunya badan. Walaupun dari sebuah jarak yang agak besar, jelas Leonardo sedang merenung gadis itu walaupun renungannya tidak terbalas. Dan.. berbual hm?

Nico hanya diam, menatap dua manusia itu dengan cukup lama. Setiap apa yang dilakukan mereka berdua tidak kelihatan seperti apa yang Nico fikirkan salah seorangnya itu merupakan Tuannya sendiri. Leonardo? Lovebird? Perbezaannya bagaikan malam dan siang. Mahu kata lelaki itu berubah, dia masih sama.. sepertinya kecuali hanya dengan gadis yang bernama Daisy itu sahaja? Kedudukan di atas sofa pun sudah memberitahu, untuk seorang lelaki yang sangat membencikan sentuhan.

Hm, hm.

Nico menyedut lolipopnya.

Se il Signore la ama, allora la amerò anch'io.
(If Signore loves her, then i will love her too.)

Nico menguap besar lagi.

"Time for bed.."

Nico baru hendak membuka langkah ke arah rumahnya sendiri (yang dikongsi dengan pengawal-pengawal, tapi sekurang-kurangnya dia boleh mengarah dengan lagaknya), terus otaknya melilau kepada katil yang berada di dalam bilik Leandro. Huh! Kalau tidak kerana tetamu special Tuannya- terlebih special sebenarnya, mungkin Nico boleh duduk bersama di dalam rumah utama itu. Memandangkan Nico telah membuat sesuatu yang cukup bagus semalam, tentu lelaki itu tidak kisah jika kali ini dia menyelinap masuk?

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now