MMM 17

248 19 0
                                    

Playlist:
Feeling Good - Michael Bublé


Pintu besi itu ditarik seluas-luasnya, dentingan semerta bergema nyaring di ruangan bawah tanah.

Sepasang kaki berkasut mulai melangkah masuk, mengisi ketakutan ke dalam dua manusia terakhir yang hidup dari sebuah kegilaan. Segenap inci kemaskulinan pada tubuh itu terdapat kisah yang tersembunyi di sebaliknya. Perlahan-lahan, mata-mata yang melihat naik ke wajah itu.

Kosong. Mati. Gelap.

Nico menolak tubuh dari bersandar pada dinding dan berpusing teruja, menerima kedatangan Tuannya.

"Signore~"

Sebuah kerusi sudah diletakkan di hadapan dua tahanan yang dirantai pada pergelangan tangan dan kaki. Seorang masih segar dan sedar, seorang lagi sudah layu dan pucat dengan jumlah besar darah yang hilang dari kecedaraan parah pada kedua-dua kaki.

Duduk dilabuhkan.

Nico menolak dulang troli yang dipenuhi dengan alat permainan kegemarannya. Beberapa pengawal... atau ahli terbawah kumpulan besar mereka yang berada di situ, dilarang keluar meninggalkan bilik bawah tanah. Learn from your Master, pandangan mata Nico memberi arahan dengan bibir yang menyenget seram.

Dari lubang tingkap berpagar di sudut atas dinding, cahaya bulan masuk memancar pada tubuh tegap di atas kerusi itu.

Tangan kasar itu menyarungkan sarung tangan hitam kulit yang cukup ketat. Iris hitam siren yang sentiasa memberi sama ada getaran godaan atau kekecutan.. pandangan yang cukup mahal itu.. seratus-peratus untuk kedua-dua serigala yang sungguh berani baru sahaja beberapa momen yang lepas.

"They are twins."

Ada sebab mengapa Nico memilih mereka dari awal untuk dibawa ke sini. Sebab untuk mereka masih kekal hidup di saat ini. Kembar. That's.. make it even better.

"Twins.."

Ketika itu, pasangan kembar itu hanya semakin bergetar. Muka tetap dikawal daripada menunjukkan ketakutan yang menggunung. Bunyi rantai besi terhasil dengan pergerakan yang cuba menjauh.

Selalunya, tahanan akan dikurung dan diseksa secara mental dan fizikal buat beberapa hari sebelum disoal. Kerana itu akan membawa kepada kesan psikologikal yang diinginkan ke atas mangsa seksaan.. dan itu akan membantu proses menjadi lebih sempurna.

Kembar. Satu fakta yang menarik. Mereka tidak perlukan beberapa hari itu apabila hubungan sedarah dan sekantung itu akan menjadi perangsang utama kepada hasil daripada seksaan psikologi. Malam ini sudah cukup.

Leonardo tidak perlukan kehadiran mereka lebih lama di mana Daisy sedang berada.

".. Treat the legs."

Nico bersandar pada troli, melihat seorang doktor yang mendiamkan diri di luar bilik terus masuk dan melakukan tugasnya seperti yang diarahkan Leonardo.

Tahanan yang sihat hanya merenung tajam ke arah mereka, sambil hujung mata masih memerhatikan keadaan kembarnya. Desahan menahan sakit perit apabila buku lalinya sebenarnya sudah hancur. Itu bezanya dihiris pisau dengan ditembak. Melihat ubat bius yang berada di dalam kotak itu, doktor itu ditolak kasar dan jarum diambil. Bawah betisnya dicucuk dengan tangan yang menggeletar hebat. Renik peluh memenuhi kulit. Doktor itu mula kelihatan sedikit panik di sebalik topeng profesionalnya. Tugasnya hanya untuk mengurangkan kehilangan darah.

Ketawa Nico terhambur.

"What a relief. Ah.." Dia melihat mesej arahan dari Leonardo yang jari telunjuk sedang terarah kepada collarbone.

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now