MMM 23

208 10 0
                                    

A/N:
Malay will sub Italian.

miss (english dialogue) and cik (italian) are being used interchangeably and accordingly.

Master; Tuan; Sir
Lady; Cik; Miss
Young Master; Tuan Muda; Sir


Desir kuat seperti daging mentah dimasak di atas pemanggang.

Tapak branding iron pada suhu tersangat tinggi melekap lama pada kulit Gabriele yang terdedah tanpa baju. Asap putih naik bersama suara desir yang mengerikan. Lelaki itu cuma berdiri tegak dengan hanya rahang yang dikertap, membiarkan abdomen kirinya ditambahi corak yang sedang menghangus kekal.

Untuk beberapa ketika, kesakitan meratah ganas sarafnya. Namun, lelaki itu tidak menggelumpur seperti manusia lain yang lemah. Kerana itu, bukan kesakitan yang menjadi subjek hukuman ke atas lelaki itu.

Akhirnya, Sebastian menarik besi panas itu. Diletakkan semula ke dalam tempat pembakar yang dipenuhi dengan arang menyala memercik kemerahan. Sambil mata jatuh pada Gabriele, tapak tangan dilap dengan kain sapu tangan sebelum lengan kemeja yang tersising dibuka semula.

Gabriele menggenggam baju t-shirtnya kemas, urat muncul memanjang sehingga ke buku limanya. Mungkin dia kelihatan tidak berombak dengan jelas, namun hakikatnya hatinya sedang dipenuhi perasaan buruk. Bukan disebabkan kesakitan yang mampu membuatkan manusia atau haiwan menggelumpur dari kepanasan bergelegak ini, tetapi kerana tubuhnya kini dicemari lagi dengan satu tanda. Tanda untuk kesalahan besar yang dilakukannya, hampir sama taraf dengan gelaran pengkhianat. Kekal pada tubuhnya untuk dilihat, seperti badge of infamy.

Dan.. Semua ini hanya kerana Gabriele telah mengancam gadis itu dengan senjata di tangannya. Lagi, apabila hakikatnya ini merupakan sebuah hukuman yang paling ringan diberikan oleh lelaki itu. Sebuah peraturan yang tercipta dengan hukuman sentiasa melibatkan proses kematian yang tidak begitu cepat, tidak begitu senang, tiada tolak-ansur, tiada simpati terakhir.

Untuk seseorang seperti Gabriele, sebaliknya ini yang diberikan sebagai simbol amaran untuk memberikannya peringatan. Peringatan kepada kesalahan yang satu ini. Sebagai galang ganti kepada nyawanya hanya kerana status tinggi dan latar belakangnya. Dan mungkin.. kerana satu sebab yang lain.

Jari Sebastian memasukkan butang sut, mata masih tertala serius kepada lelaki yang diam tidak berkutik itu.

"You should have known better about this, Gabriele."  Sebastian menekankan nama di penghujung ayat. "Things would have turned south had he caught your foolish action."

Tidak menghiraukan luka pada kulitnya, baju dipakai semula. Langkah sudah dibuka melepasi Sebastian. Bahu berlanggar. Ayat lelaki itu dibiarkan bergantung tanpa balasan. Hilangnya Gabriele di sebalik pintu, Sebastian menghela nafas yang cukup panjang. Mata mengerling semula ke arah kotak pemanas itu.

Bukan kali pertama.

Gabriele meninggalkan mansion melalui pintu belakang. Pekerja-pekerja yang berselisih hanya berundur dan mengelak dari bertembung. Lelaki itu berjalan cukup laju menuju ke sebuah motorbike hitam yang tersadai. Helmet berkilat dipakai dan Gabriele terus menunggangnya meninggalkan estet itu.

Motorbike Ducati dibawa lebih laju daripada kebiasaan menyelusuri jalan raya. Lampu merah dilanggar, kenderaan lain dipotong. Angin deras menampar kulit lengan. Gabriele mengambil tidak lebih 30 minit untuk keluar meninggalkan kota Milan dan hanya dalam beberapa kerlipan mata, kakinya sudah dijatuhkan di atas lantai hitam garaj besar yang dipenuhi dengan berpuluh-puluh kereta mewah yang lain. Helmet dibuang dari kepala.

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now