MMM 2

654 33 0
                                    

Langit pagi yang mendung sudah lama menurunkan hujan, namun tidak pernah lebat.

Rintik-rintik, perlahan. Bagaikan emosi dan perasaan Daisy ketika ini. Kepala disandar pada tingkap kereta. Mata merenung kosong kepada bangunan-bangunan dan manusia yang berjalan. Merenung dan mengimbas kembali sebaris arahan Tuan Bruce. Ini kali pertama Tuan Bruce sejak entah bila, bersuara perihalkan Daisy. Menyebut nama gadis itu di bibir yang jarang sekali mempunyai intonasi kebapaaan.

Except for Daisy.

Seperti biasa, hati Daisy dirobek lagi. Cuma kali ini, lebih dalam. Tindakan Tuan Bruce tidak pernah tidak menyakitkan.

Daisy tidak kisah akan pandangan mengejek dan senyuman gembira di atas larangan perintah ke atasnya, tetapi dia kisah akan sebab di sebalik larangan itu. Kenapa? Kenapa Daisy dilarang pergi? Apa yang membezakan Daisy dengan kakak-kakaknya yang lain?

Sedangkan, Hannah sendiri kelihatan terkaku dan jelas kekecewaannya. Dia sedar bahawa Daisy juga penting di hari pertunangannya. Jadi, mengapa tidak Tuan Bruce?

Daisy benar ingin melontarkan bantahannya tadi di meja makan, tetapi gadis itu lebih daripada tahu untuk tidak membangkitkan amarah Tuan Bruce. Dia pernah merasa percikan itu tiga tahun yang lepas.

Mata dipejam. Kalau selalunya, Puan Jasmine yang akan mengusap belakang dan rambutnya. Setiap kali dia dalam kesedihan, Puan Jasmine akan menjadi kekuatan untuk menarik semula Daisy menjadi seorang gadis yang tebal daripada kesakitan itu.

Namun... Puan Jasmine tiada untuk Daisy. Hanya memori yang mampu memberikan harapan sehingga ibunya bangkit semula dari lena yang panjang.

Mata Daisy yang kembali dibuka membuntang sebaik sahaja kereta melepasi selengkoh. Air kelopak tanpa sengaja tersimbah ke tubuh seseorang yang sedang berjalan di laluan pejalan kaki.

Mangsa kelopak air itu automatik terhenti dengan kebasahan pada bajunya.

"Luca, stop!"

Luca menekan brek setelah beberapa saat.

"Miss Daisy!"

Payung tidak sempat diberikan apabila gadis itu terlebih dahulu menolak pintu kereta dan melangkah keluar. Daisy tidak kisah dengan air hujan yang menitis di atas kulitnya. Figura yang menggigil kebasahan itu didekati dengan perasaan bersalah.

Pengguna laluan di situ hanya memerhati. Ada yang sempat mengambil gambar, kerana situasi sebegini selalunya hanya dapat ditonton di dalam drama. Jarang golongan berada di bandar ini mengaku kesalahan mereka.

Mereka bertentangan mata sebelum masing-masing mula dihempap realiti, menyedari mereka pergi ke sekolah fesyen yang sama. Tag nama di lehernya memberitahu Daisy serba-sedikit tentang gadis itu.

Dayana. Tahun kedua.

"I'm really really sorry. Biar saya ganti balik baju awak. I'm sorry that this happens so early in the morning."

Gadis berkaca mata itu memandang Daisy, pakaian mewah di tubuh Daisy dan kereta BMW 760Li milik gadis itu. Seorang lelaki bersut turut melangkah keluar daripada kereta yang sama. Pemandu peribadi gadis itu datang dan memayungi Daisy.

"Awak.. Daisy Marigold?"

Dayana merasakan ini mimpi.

Siapa tidak kenal Daisy Marigold? Bapanya merupakan antara manusia terkaya di dunia, bukan setakat di Eurasia mahupun kontinen Asia. Rasa bagaikan di awang-awangan tatkala dia didatangi oleh gadis elit seperti Daisy.

Daisy Marigold.

Salah seorang alumni yang sentiasa menjadi model idola pelajar di sekolah fesyen mereka. Gadis ini memenangi banyak fashion award dalam negara dan beberapa award antarabangsa sepanjang 4 tahun pengajiannya. Ramai yang cemburu untuk mempunyai portfolio hebat seperti gadis itu. Ada ura-ura tentang Daisy memiliki ikatan dengan sebuah jenama besar Itali. Gadis itu juga menjadi buah mulut kerana kesopanannya, cara dia merendah diri tanpa menghiraukan latar belakang dan dirinya seorang yang tidak banyak berbual.

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now