MMM 11

333 24 2
                                        

Jerman.

Pada malam yang sama..

Dewan makan mewah yang disoroti dengan kemerduan pemain orkestra dan percikan kilauan dari objek kepada chandelier yang tergantung mahal menemani sesi makan malam mereka. Gelak tawa dan tarian klasik barat membuatkan dewan kecil itu penuh walaupun ianya cuma pertembungan antara dua keluarga.

Dua buah keluarga besar yang tidak lengkap. Marigold tanpa Daisy dan Jasmine. Baumann tanpa..

"Where is your eldest, Zelda?"

Soalan itu diluah tanpa menyedari tuan yang dimaksudkan sedang memerhati setiap pergerakan mereka dari tingkat atas.

Elios masih di dalam sut kerja lengkapnya, bisu menyisip wain. Matanya kian jatuh mencari seseorang, tetapi usahanya hanya sia-sia kerana sejak daripada awal dia tahu tentang jarak yang dibina Tuan Bruce. Senyuman pada setiap tetamu khas keluarga Baumann membuatkan dia berfikir panjang.

"Brother, you have arrived."

Elias melangkah dekat.

Dia kenal sungguh dengan habit abang sulungnya. Elios jarang benar mahu membuat kontaks dengan manusia jika tiada sebab atau keuntungan buat lelaki itu. Lelaki itu hidup di dalam dunianya sendiri, kehidupannya terasing sudah lama daripada rumah utama Baumann. Untuk majlis makan malam penting itupun, Elias sedar abangnya hanya datang untuk mencari.

Tanpa menoleh, Elios meletakkan gelas wain di atas penghadang dengan perlahan. Sebelah tangan masih diam di sebalik kocek seluar. Elias yang sedang mengharapkan balasan abangnya tersengap sendiri apabila tiba-tiba sahaja satu soalan itu meluncur keluar dengan yakin.

"Wie war mein lieber Verlobter, Elias?"

(How was my dear fiancée, Elias?)

Elias membuat muka pasrah. Sudah diagak. Dia kembali menghadap chandelier yang tergantung utuh.

"I'm sure Hannah is not your fiancée, brother. Elmir sure is hers. Sie sehen gut zusammen aus." Dia cuba menukar topik dengan menambah tolak jawapan.

(They look good together.)

Elios tidak terusik, lagikan mahu berasa menyampah dengan jawapan adik bongsunya. Mana satu Hannah pun dia tidak kenal. Hanya seorang gadis Marigold yang jejaka itu benar-benar maksudkan dan adiknya lebih daripada tahu.

"You went to Eurasia to see her yourself. Ich weiß, du weißt, wen ich meinte, Elias," bisiknya dengan tona yang tenang namun tetap berbaur bahayanya.

(I know you know who i meant, Elias.)

Elias menahan keluhan.

"Ex-fiancée, brother," balas Elias, berhati-hati untuk menegakkan realiti sebenar. Realiti yang tidak diterima oleh lelaki itu.

"Das war eine einfache Frage." Semakin perlahan suara abangnya.

(That was a simple question.)

Elios berpaling untuk meninggalkan rumah utama Baumann, dia sudah tiada sebab untuk lawatan sekejapnya itu. Elias sedar dia sudah mengecewakan abangnya. Entah kenapa dia menolak untuk menjawab tadi. Dia hanya perlu memberikan jawapan jujurnya, bukannya seperti kerosakkan akan berlaku.

Marigold Mr. Mafia [OG]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang