MMM 5

438 26 2
                                    


"You may leave now."

Setelah pulang dan membersihkan diri, Daisy terus menuju ke bilik yang menempatkan Puan Jasmine.

Sebaik sahaja Sir Bunny membenarkan Daisy pergi, laju kakinya melangkah menuruni tangga ke tingkat bawah di mana meja makan asalnya berada. Nasib baik Ms. Choo masih ada. Tidak mahu rasa bersalah menggunung, dia berterus-terang bahawa dia terpaksa menemani seseorang. Reaksi wajah Ms. Choo memerahkan segenap wajah dan leher gadis itu.

Daisy menidakkan apabila wanita itu meneka bahawa seseorang itu adalah pemberi jambangan bunga.

Bercakap tentang jambangan flora itu, daripada dua menjadi sepuluh! Pelayan terpaksa membawa meja kecil untuk menampung kuantiti itu. Akhirnya, kepada Ms. Choo dihadiahkan jambangan-jambangan itu. Kad-kad yang terkepil dibuang. Ms. Choo mahu membawa bunga mawar itu ke majlis esok.

Sempat dibaca salah satunya dan ia ditulis tangan berBahasa Jerman. Tulisannya bagaikan milik seorang doktor, teka mereka berdua semalam.

Bunyi beep beep monitor menyedarkan Daisy daripada lamunan. Tangan yang jatuh mengusap lengan kiri wanita itu. Tubuh Puan Jasmine benar-benar mendodoikan rasa kantuk Daisy. Namun, ditahan kerana dia mahu menceritakan sesuatu. Seperti malam-malam yang berlalu.

"Mommy.. Mommy ingat tak Daisy sebut pasal seorang lelaki ni? Daisy jumpa dia semula tadi waktu dinner. Hari ni, dia pakai full piece of suit.." Gayanya dari rambut sehingga ke kasut, sangat menambahkan sex appeal jejaka berdarah asing itu.

Secuit kemerahan hinggap di pipi.

"Somehow i realized.. that he looked so empty and dead in the inside. Macam tak sangka, dia orang yang sama was laughing at me. Mommy rasa, gaya hidup dia macam mana? Family dia macam mana?"

".. and dia masih ugut nak culik Daisy. Mommy rasa dia actually serius tak? Sebab takkanlah dia betul-betul nak culik Daisy?" soal gadis itu sebelum ketawa kecil.

Hening.

"Hari ini, Sir Bunny ada pekerja dia, but he was still alone. I might learnt one thing, he likes silence. He asked me to be his company so we didn't actually talk. He had truffles, chocolate! Cute, kan mommy?"

Beep. Beep. Beep.

"Hari ini, he did something yang buat jantung Daisy berdegub laju sangat."

Makin memerah pipi gadis itu. Wajah disembam ke bahu Puan Jasmine.

Beep. Beep.

Nafas dihela.

"I don't know. Daisy nak sangat jadi kawan dia. I.. want to know him. What is this feeling, mommy? Daisy baru jumpa dia dua kali.. Tapi Daisy tak tahu kalau dia serius nak bawa Daisy jauh dari sini. Daisy tak nak. Daisy ada mommy. Daisy ada Hannah dengan Mommy Qal."

Daisy terbayang-bayang wajah maskulin itu. Bibir merah yang rata tanpa senyuman. Matanya dingin dan hooded. Rambut hitam lebat yang cukup menaikkan ketampanan. Berbahu lebar dan tegap. Bagai masih dapat dirasakan sensasi elektrik setiap kali kulit bersentuhan.

Senyuman terkilan. Adakah mereka akan berjumpa lagi? Adakah mereka akan dapat mengenali antara satu sama lain? Daisy akan dapat tahukah seukir nama milik lelaki misteri dan mempersonakan seperti lelaki itu? Sir Bunny. Kenapa mereka masih belum bertukar nama?

Beep. Beep. Beep.

"Good night, mommy."



Ting.

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now