MMM 22

228 12 0
                                    

Melalui pasu tinggi di sebelah, Daisy memerhati pantulan yang terpapar. Dengan penuh perlahan, gadis itu menoleh ke arah belakangnya.

Tepat pada matanya, hujung pistol hitam yang sedang terarah tanpa teragak-agak ke arah muka. Nafas Daisy hampir terhenti. Dalam sistemnya sedang memproses bahaya itu, mata cantik itu naik dari pistol.. kepada tangan kasar.. kepada wajah yang terpampang beku dan serius. Bahagian mata kiri yang dicemari dengan parut memanjang. Tidak mesra.

Posisi untuk seseorang seperti Daisy, tentulah terasa semua ini terlampau penuh kejutan untuknya.

Siapa lelaki ini? Daisy masih cuba untuk bertenang. Melihat pada sepasang mata di hadapannya, gadis itu sedar akan sesuatu yang agak.. mengejutkan. Lelaki ini bukan hanya sedang mengancamnya, tetapi turut ada tona.. kebencian?

Hostile.

"Why are you here?"

Satu saat.. dua saat.. Sebaik sahaja soalan itu dicerna, kening Daisy lantas berkerut. Dengan muncung pistol yang masih mengugutnya, tidak semena-mena ada satu perasaan asing yang menghentak gadis itu.

Deja vu.

Lelaki itu hanya semakin serius dan melangkah mendekati, melekapkan senjata itu pada dahi gadis yang tidak sepatutnya berada di sini.. Pada gadis yang tidak sepatutnya.. wujud. Melihat wajah cantik itu kelihatan di antara gentar dan tenang, membuatkan mulutnya terbuka untuk melontarkan soalan.

Tidak sebelum tangannya tiba-tiba dicengkam oleh seseorang yang muncul dari tepi.

"Gabriele."

Walaupun bibirnya mengukir senyuman formal kepada Daisy, bibir itu turut sama berbisik keras nama lelaki itu. Sebastian menarik tangan kasar itu ke bawah dengan paksaan yang tidak tertunjuk.

Daisy berundur selangkah ke belakang bersama kerutan halus yang tidak mampu disembunyikan. Gabriele juga tidak menyembunyikan rasa tidak sukanya. Membalas renungan Daisy yang sepertinya agak marah dan keliru.

Telinganya mendengar bisikan amaran daripada pembantu peribadi utama Leonardo yang masih berada di sisi. Cukup rendah untuk tidak didengari oleh gadis di hadapan mereka.

"It won't be an easy death once he learnt about your actions, Gabriele."

Gabriele mendengus kecil.

Mendengarkan itu hanya membuatkan dia ingin menerkam Daisy dan menyambung apa yang sepatutnya dia selesaikan. Untuk seseorang yang selalunya diam dan tenang seperti Gabriele, wajah cantik itu dengan mudah menaikkan amarahnya. Mata perangnya semakin tajam merenung Daisy.

Sebastian lekas mahu menolak Gabriele meninggalkan ruangan itu dengan lengan bersutnya, namun Daisy lebih dahulu bersuara.

"What is this supposed to mean, Mr. Calo?"

Daisy mungkin masih tidak percaya dengan situasi tadi, namun tidak bermakna dia tidak menangkap kemungkinan maksud di sebalik tindakan pistol yang diacu padanya. Dan soalan lelaki yang bernama Gabriele ini. Emosi negatif pada sepasang mata itu kepadanya.

Sebastian masih memegang lengan yang cukup tegang itu, berjaga-jaga jika Gabriele tiba-tiba berkelakuan di luar jangkaan. Apabila lelaki itu menarik tangannya dalam sekali renjat, nafas yang tersekat kembali terhembus tatkala Gabriele hanya berpusing dan meninggalkan ruangan itu.

Daisy melihat tubuh yang mengenakan t-shirt dan seluar hitam itu, menghilang di sebalik selekoh laluan.

Ketika itu, dua orang pekerja rumah berselisih dengan Gabriele. Melihat wajahnya yang ketat bersama pistol di tangan, terus mereka semakin menundukkan kepala dan tidak membuka mulut. Ianya satu hal untuk mendapat peluang bekerja di mansion ini, dan satu hal lain untuk bekerja dengan selamat sehingga ke hujungnya, lagi-lagi di sayap yang satu ini. Caranya, untuk tidak meluah apa yang dinampak dan sentiasa menundukkan wajah dari menjolok hidung ke dalam urusan orang atasan mereka.

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now