MMM 4

390 24 0
                                    

"I guess he didn't tell you."

Sepasang iris hitam itu akhirnya jatuh pada pasangan setiausaha yang berdiri beberapa tapak dari meja. Tetamu yang jauh datang dari sebuah syarikat, bekerja sehingga lewat malam akibat dihantar oleh seorang majikan yang tidak matang, yang hanya memberi keutamaan kepada kepentingan peribadi.

Hidangan utama makan malamnya dihabiskan dengan tenang, telinga mendengar setiap isi rundingan, kadang-kadang rayuan. Habis sahaja stik bersama Beluga caviar, wain merah disisip perlahan.

Baru, dia mengembalikan perhatian yang sedang mengganggu waktu privasinya.

Dua pekerja itu tersentak. Nada yang digunakan oleh lelaki itu sangat tenang, namun tetap dapat didengar negatif. Siapa-siapa pun akan berasa menyampah jika tiba-tiba sesi makan malamnya diterjah untuk urusan bekerja. Kerana itu, mereka menjadi lebih berjaga-jaga. Setelah berbelas minit menghadap, kini mereka dapat merasakan kedinginan yang terpancar melalui aura dan tatapan mata hitam itu.

"Tell.. what, Mr. Gambino?"

"That i don't deal with immature spoiled brat."

Mereka.. bersetuju dalam diam. Semua masalah ini berpunca daripada bos mereka sendiri, salah seorang pengarah a.k.a pewaris kepada CEO syarikat. Keputusan yang dibuat tidak pernah berdasarkan pilihan yang difikirkan masak-masak. Bila sudah timbul isu sebesar ini, mula sahaja dia mengelak dan menjadikan pekerjanya sebagai kambing hitam.

Sekarang, bos mereka memerlukan seseorang untuk menariknya keluar dari belenggu ini. Seseorang yang mampu memberikan perjanjian hebat. Seseorang yang mempunyai kuasa dan pengaruh dalam dunia perniagaan.

Seseorang itu, merupakan lelaki di hadapan mereka.

Leonardo de Gambino.

"Mr. Gambino, please at least listen to what we have to say," rayu wanita itu.

"Haven't you been explaining enough?"

Mendengarkan itu, sepertinya ada cahaya.. namun, kehampaan melanda tatkala wajah lelaki itu hanya semakin kosong. Ah, permintaan yang mustahil. Bukan mereka tidak pernah dengar akan prestasi dan imejnya di khalayak bagaimana, susah untuk didekati lagikan untuk mendapatkan sekilas perhatian lelaki itu.

Malam itu, kedatangan mereka diterima hanya kerana menggunakan nama CEO yang pernah berurusan secara terus.

"There is no need."

Bermaksud, i will not accept the proposal.

"Mr. Gambino, please-"

"I would have reconsidered if he matures up and come to me himself. No matter how much you beg, i will not involve myself in someone else's dirt."

"Mr. Gambino, we really-"

Kali ini, hanya tangan kiri yang diangkat - arahan supaya bilik persendirian itu ditinggalkan sekarang. Tiada rayuan yang mampu menukar pendiriannya.

"Miss. Mr. Please leave this room. The president has refused to have any guest from this moment." Pembantu peribadi lelaki itu akhirnya mendekat setelah hanya mendiamkan diri di belakang.

"Mr. Gambino!"



"They have left, sir."

"Hm."

Leonardo bangkit untuk meninggalkan rumah stik itu, terus diekori oleh pembantunya. Seorang pelayan yang dikhaskan untuk menunggu dan melayan lelaki itu, menunduk dengan penuh hormat. Mr. Gambino, kenalan rapat pemilik franchise Italiv Steak House, maka semua pekerja menjadi berhati-hati dan berusaha sebaik boleh untuk memuaskan hatinya sebagai pelanggan.

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now