"Are two weeks really enough, darling?"
Tiada...
.. yang lebih baik dari 2 minggu yang datang menemani setelah 2 bulan penuh terperangkap di dalam sangkar emas yang langsung tidak berfungsi sebagai pelindung dari luar, sebaliknya sebagai tempat kurungan yang menyeksa dari dalam. Pemergian Puan Jasmine dalam sekelip mata yang membuatkan 2 bulan itu menjadi terpaling dirasakan oleh Daisy.. jika perlu dibandingkan dengan sepanjang 25 tahun hidup sebelumnya.
Kesunyian lebih terasa ketika berada di dalam istana termegah itu.. yang dipenuhi dengan keluarga cukup besarnya. Sebaliknya, Daisy berasa yang bertentangan di dalam sebuah rumah gunung yang cuma diisi dengan 4 orang manusia. Quality over quantity, they said.
Daisy menarik selimut wool lebih naik melindungi sebahagian tubuh Ji Hun di dalam dakapannya.
"More than enough.."
"Feel like i'm on my fall holiday terms. Thank you, Daisy!"
Tangan memegang batang yang mencucuk marshmellow, Leandro turut sama duduk di atas kerusi lipat mengelilingi unggun api sederhana besar di tengah. Malam ini.. Datang permintaan Ji Hun yang tidak mudah ditolak. Kata Daisy, si kecil itu sukakan suasana berkhemah. Kerana itu, terdapat alat permainan perkhemahan di dalam bilik tidurnya, termasuk api olok-olok. Memandangkan ini juga malam terakhir di atas pilihan Daisy sendiri, maka pembantu rumah membantu menyediakan segala kelengkapan.
"We could have just used the fireplace in the house." Seperti tidak kena pada kekosongan emosi di wajah, Leonardo masih tidak menolak marshmellow yang tidak berhenti mendatang kepadanya... yang dihulur oleh Ji Hun. Membakar untuk si kecil yang kelihatan gembira itu, bagaikan Leonardo sebenarnya tidak kisah dengan situasi mereka berada di luar rumah.
Leandro menahan ketawa dalam diam. Jika ini merupakan 2 minggu... atau beberapa bulan sebelum ini, tentu tiada siapa terfikir bahawa Presiden kepada Eierkuchen International sedang memanggang snek putih penuh kegebuan ini dan bukan kertas kerja bersama pekerja-pekerjanya.
"But Ji Hun wants outside door. Kan Ji Hun, kan?" Leandro memberi senyuman comel kepada si kecil yang sedang memerhati kelekitan pada marshmellow yang cair dengan separuh muka tercomot dengan sos coklat.
Tidak mengerti apa yang disoal Leandro, Ji Hun cuma menghulur sisa di tangan dan mengekek ketawa apabila lelaki itu menerimanya dan membawa ke dalam mulut. Daisy menggeleng sebelum menghentikan perbuatan nakalnya buat kali kedua.
"Buu.." Ji Hun mendongak dan menyua manisan itu kepada Daisy pula. Mata bundar yang memantulkan bulan penuh di langit, memang mudah mencairkan hati. Belum sempat ingin digigit, Leonardo lebih dahulu menjentik ke atas dan menyambutnya.
"Da.. daa..!"
Dan.. menyambung menjentik ke dalam mulut api. Percikan terang halus terus melesap naik ke udara. Difikir Ji Hun akan memuncung dan merajuk diam, sebaliknya malam itu hanya semakin galak diisi dengan ketawa teruja supaya Leonardo mengulanginya.
"Leo.." panggil Daisy, memandang wajah tampan itu yang sedang dibasuhi dengan warna dari unggun api. Setiap sudut tajam pada susuknya semakin menyerlah kemaskulinan.
"Hm..?"
"Where is the man.. or boy.. His name is Nico, right?"
Dua minggu berada di kawasan yang sama dan sekali-sekali keluar meredah naik, mustahil Daisy tidak menyedari kewujudan seorang lelaki yang tidak terlihat seperti pengawal di situ. Tidak seperti pengawal-pengawal yang menunduk sekali dan melarikan pandangan, lelaki itu sentiasa tersenyum sekejap kepadanya sebelum menghilangkan diri. Dari jauh. Kerana mereka tidak pernah berdekatan.
YOU ARE READING
Marigold Mr. Mafia [OG]
Romans𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹𝒶𝓁𝑜𝓃𝑒 Marigold Mr. Mafia - Romance | Action "𝙇𝙞𝙩𝙩𝙡𝙚 𝙗𝙪𝙣𝙣𝙮, 𝙙𝙤 𝙣𝙤𝙩 𝙚𝙫𝙚𝙧 𝙘𝙤𝙢𝙚 𝙖𝙘𝙧𝙤𝙨𝙨 𝙢𝙮 𝙥𝙖𝙩𝙝 𝙤𝙧 𝙞 𝙬𝙞𝙡𝙡 𝙨𝙩𝙚𝙖𝙡 𝙮𝙤𝙪 𝙖𝙬𝙖𝙮 𝙛𝙧𝙤𝙢 𝙮𝙤𝙪𝙧 𝙛𝙖𝙢𝙞𝙡𝙮." - SIR BUNNY to DAISY MARIGOLD...