Playlist:
Moonlight Sonata 1st Movement - Ludwig van Beethoven"There were up to 75 head counts during the warehouse and casino attack as of 3 days ago, Sir."
Tangan Sebastian menyarungkan lapisan terakhir sut pada tubuh Leonardo. Di bawah lampu siling penthouse hotel, satu figura tegap berdiri di hadapan cermin tinggi, mencerminkan tubuh yang lengkap dibalut oleh sepasang sut hitam. Disediakan oleh tangan tukang jahit yang sentiasa menerima kualiti dan material yang mahal, sut itu khusus untuk menyerlahkan susuk terperinci milik Leonardo de Gambino. Rambut yang selalu disisir ke belakang dalam tempo klasik dan elegan, malam ini kelihatan agak bersinar di bawah kerlipan. Sepasang oxford hitam melengkapkan rupa formal itu.
Kemas dan bersih.
Bertentang dengan isi topik yang dibuka oleh Sebastian.
"In this modern time, it's unusual for crime groups to foolishly leak their inside into the eyes of public, right Sebastian?" Leonardo tidak terus memberi fikirannya terhadap maklumat yang datang dari bibir Sebastian, sebaliknya ayat yang agak bermundar-mandir meluncur keluar.
The law. Sistem dan undang-undang sudah berubah menjadi bayangan dengan mentaliti yang dibawa oleh generasi yang berbeza dan teknologi yang juga tidak seperti sebelum zaman 80-an. Kewujudan tali barut berjiwakan capitalisma yang menjadi salah satu dinding kumpulan jenayah itu tidak pernah lenyap, namun undang-undang dunia tidak selusuh dahulu. Kerana itu, selain daripada rasuah, kumpulan jenayah sekarang tidak seliar yang rakyat dahulu perlu hadapi dari hari ke hari.
The underground. Berada di bawah tanah, musuh-musuh itu sesuatu yang terjamin kewujudannya. Musuh yang terhasil dari setiap tindakan, pilihan dan pernyataan. Tersilap satu perbuatan, musuh akan datang berganda-ganda walaupun seseorang itu merupakan salah satu pemerintahnya. Dan dari situ, populariti yang datang dari kekuasaan dan authority, menambahkan bahaya yang tidak pernah berkurang. Melainkan mati, kerana sekali seseorang masuk ke bawah tanah, hanya roh yang boleh pergi meninggalkan tubuh di bawah. Di bawah tanah, sama ada membunuh atau dibunuh. Pilih.
The underground ruler. Terdapat satu kumpulan yang tidak lari dari setiap perkara itu. Ianya juga merupakan sebuah organisasi jenayah, tetapi.. ianya juga kumpulan jenayah yang dicipta dengan sistem organisasi. Crime organization. Organized crime. Apa yang membezakan takhta yang dipegang di bawah tanah, adalah kepala dan tulang belakang. Seperti maharaja untuk empayar. Jika yang memegangkan mahkotanya seorang putera mahkota yang memang dilahirkan, dibesarkan dan diasuh untuk mengambil alih, maka tersusun dan masyhurlah empayar. Jika putera yang berlawan bertentang arah, lalu hancurlah dalam sekelip mata.
Kumpulan organisasi ini, adalah empayar yang pertama itu. Di atas tanah, undang-undang yang dikuatkuasakan di mana-mana bagaikan bukan pemegang kontrol pada pemerintahan mereka. Kerana dari awal, mereka memegang skrol dengan pelbagai rahsia yang membawa mereka ke puncak tanpa 'menyinggung'kan sesiapa. Kecuali yang tidak senang duduk dengan kewujudan mereka, selalunya empayar ini umpama bulan purnama yang muncul pada kala malam tiba, datang untuk urusan mereka, dan hilang pabila matahari bangkit semula. Realitinya, kerajaan dan menteri pertahanan Itali selalunya tidak terasa keralatan untuk mengejar, mungkin kerana kumpulan ini benar-benar lebih licik dan tersusun, lebih lincah dari sekadar bayang-bayang.
Baik undang-undang mahupun kumpulan jenayah lain. Siapa yang kurang waras mahu mencipta hubungan buruk secara terbuka dengan empayar seperti ini? Kecuali yang memang bermasalah dengan maharaja kepada empayar ini, bak kata lainnya, secara membabi buta.
Bunyi klik halus cufflink dan jam tangan dipasang hinggap di telinga. Leonardo melihat penampilannya buat sekilas sebelum berpusing ke meja kaca luas di belakang. Baru hendak ditekan kepala perfume, tangannya terhenti di udara.
YOU ARE READING
Marigold Mr. Mafia [OG]
Romansa𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹𝒶𝓁𝑜𝓃𝑒 Marigold Mr. Mafia - Romance | Action "𝙇𝙞𝙩𝙩𝙡𝙚 𝙗𝙪𝙣𝙣𝙮, 𝙙𝙤 𝙣𝙤𝙩 𝙚𝙫𝙚𝙧 𝙘𝙤𝙢𝙚 𝙖𝙘𝙧𝙤𝙨𝙨 𝙢𝙮 𝙥𝙖𝙩𝙝 𝙤𝙧 𝙞 𝙬𝙞𝙡𝙡 𝙨𝙩𝙚𝙖𝙡 𝙮𝙤𝙪 𝙖𝙬𝙖𝙮 𝙛𝙧𝙤𝙢 𝙮𝙤𝙪𝙧 𝙛𝙖𝙢𝙞𝙡𝙮." - SIR BUNNY to DAISY MARIGOLD...