Luca memarkir kereta di tepi jalan.
Mata Daisy meliar ke arah kawasan hadapan WwFlorist. Patutlah mereka tidak boleh menghantar bunga yang ditempah. Lawatan kumpulan pelancong asing dan pelajar sekolah menengah berlaku serentak pada petang itu. Dua dinamik yang mengharu-birukan jadual asal kedai bunga ini.
Awal pagi esok, Daisy akan bergerak ke Marigold Orphanage Center bersama dengan Ms. Choo! Sejak wanita itu mengenali kehidupan seorang Daisy, itulah yang diulang mereka setiap bulan. Hubungan mereka lebih dari sekadar orang atasan dan orang bawahan. Kata Ms. Choo lagi, berada di rumah anak yatim Marigold menenangkan mentalnya memandangkan dia juga suka kanak-kanak.
Ms. Choo jarang mempunyai masa untuk dirinya memandangkan dia sebagai pengasas memang sibuk untuk mengendali segalanya. Sebaik sahaja mereka selesai dengan pelancaran CS.Line tiga hari yang lepas, syarikat menjadi lebih tenang.
Luca turun bersama kerana dia perlu menolong mengangkat kotak-kotak bunga Lilac. Bunga ini akan menjadi pengisi di majlis kecil mereka. Pintu sudah terbuka luas dan hampir terpejam mata Daisy dengan aroma bunga yang memenuhi kedai bunga besar ini.
Sebuah figura dicari di sebalik pasu bunga dan pengunjung.
"Miss Daisy!"
Panggilan itu membuatkan perhatian mata-mata teralih ke arahnya. Luca terus bergerak untuk melindungi majikannya daripada renungan panjang mereka.
Daisy tergeleng.
"Lulu, don't attract more attentions."
Tambahan lagi, Luca berpakaian formal. Lelaki itu beralih seperti yang diminta. Namun, matanya meliar ke setiap ceruk dan pelosok kedai bunga ini.
Seorang gadis dengan sarung tangan plastik datang mendekat. Wajahnya penuh rasa bersalah. Lagi-lagi, menyedari bahawa Daisy sendiri yang datang mengambil. Mereka sudah terlebih daripada tahu identiti Daisy Marigold.
"Hai, Cik Dina," sapa Daisy dengan nada lembut. Itu berjaya mengurangkan gelisah di hati pekerja perempuan itu.
"Hai, Miss Daisy. Maaf tak dapat hantar Lilac. Pekerja penuh tangan hari ini."
"Tak apa, Cik Dina. Mana kotak-kotak tu?" Bahu kiri Dina disentuh lembut.
Pekerja yang bernama Medina itu tersipu malu. Orang yang straight pun boleh menjadi bengkok jika mengenali Daisy ini. Astaghfirullah.
"Ikut saya, Miss Daisy."
Mereka melangkah menyelusuri bunga-bunga di dalam pasu memenuhi meja-meja. Tanpa kesedaran gadis itu lagi, pengunjung WwFlorist menyangka Daisy adalah pari-pari bunga. Luca yang berjalan tanpa riak di belakang gadis itu pula, oh.. Orang suruhan pari-pari!
Sesampainya di bilik gudang, terdapat empat kotak semuanya yang sedang menunggu untuk diambil.
Tanpa menunggu arahan, Luca terus menyusun nisbah 2:2 dan mengangkat menggunakan kedua-dua lengan sasanya. Kemudian, lelaki bersut itu cuma berdiri tegak menunggu arahan daripada Daisy.
Bertukar soalan beberapa ketika, Daisy dan Luca mula berlalu pergi. Tiada sebab untuk mereka berlama-lama. Sentuhan di bahu membuatkan Medina terkelu sendiri, tidak pasti jantungnya berdebar untuk siapa.
Aish, bahaya bahaya.
Sekonyong-konyong, dia didatangi oleh seseorang.
"Hello, miss."
Medina berpaling dan matanya kian membundar dengan seorang pelancong asing lelaki yang sedari tadi menjadi pusat perhatian mereka yang ada. Rambut light blonde pendeknya digayakan serabai menutupi dahi.
YOU ARE READING
Marigold Mr. Mafia [OG]
Romance𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹𝒶𝓁𝑜𝓃𝑒 Marigold Mr. Mafia - Romance | Action "𝙇𝙞𝙩𝙩𝙡𝙚 𝙗𝙪𝙣𝙣𝙮, 𝙙𝙤 𝙣𝙤𝙩 𝙚𝙫𝙚𝙧 𝙘𝙤𝙢𝙚 𝙖𝙘𝙧𝙤𝙨𝙨 𝙢𝙮 𝙥𝙖𝙩𝙝 𝙤𝙧 𝙞 𝙬𝙞𝙡𝙡 𝙨𝙩𝙚𝙖𝙡 𝙮𝙤𝙪 𝙖𝙬𝙖𝙮 𝙛𝙧𝙤𝙢 𝙮𝙤𝙪𝙧 𝙛𝙖𝙢𝙞𝙡𝙮." - SIR BUNNY to DAISY MARIGOLD...