MMM 12

280 16 0
                                    

"Miss Daisy, this is the document containing a will left by the late Jasmine Marigold. This in regard to all of her property and assets, including overseas business inheritance and as well as the shares, and another will for the immovable properties outside the country to her one and only signed beneficiary. Daisy Marigold."

Peguam meletakkan beberapa helai kertas di atas meja.

"There is no inheritance tax in Eurasia. But since some estates left are categorised under Foreign Source Income, they would be subject to tax based on—"

Daisy hanya mendengar setiap pembacaan dan keterangan yang keluar dari mulutnya, dengan fikiran yang kosong. Apabila hendak memberi tandatangan untuk menerima pewarisan ini pun, Daisy hanya mengangguk memahami dengan setiap soalan.

Ketika keluarganya masih berada di Jerman, Daisy perlu menguruskan beberapa hal sendiri dibantu oleh Mona. Daisy tidak pernah terfikir, hari dia menerima wasiat ini akan datang kepadanya. Setelah dua hari lepas, dia juga sudah berhenti cuba mencari 'keluarga'nya.

Tiada orang luar yang tahu tentang kematian Puan Jasmine, memandangkan mereka masih belum pulang. Jadi, majlis tahlil masih belum diadakan.

Setelah sebuah janji termeterai, Daisy perlu meneruskan hari-hari terakhirnya di sini. Ada banyak benda yang perlu dia selesaikan sebelum itu. Dia tidak mahu pergi bergantung. Daisy juga belum bersedia untuk meninggalkan ibunya. Kalau ikutkan hatinya..

Mona datang menjenguk seketika setelah peguam menyelesaikan urusannya dengan Daisy. Beberapa ketika kemudian, Farisha datang membawa Ji Hun ke dalam bilik itu. Daisy langsung tidak bergerak dari tempat duduknya. Di tangannya, terletak buku Jane Eyre yang tidak sempat dihabiskan. Dan, sebelah tangan lagi mula mengusap rambut si kecil yang lena di atas reba.

Blank.

Empty.

Tiada siapa yang mampu membaca emosi gadis itu. Mungkin ini kali pertama Daisy benar-benar berubah seumpama patung yang selalu disebut-sebut untuk menyamai kecantikannya itu. What a grief could do to someone.

Situasi Daisy bukan sekadar kesedihan di atas kehilangan ibunya. Ianya lebih rumit daripada permukaan yang dilihat.

Gadis-gadis Marigold semuanya membesar dengan satu mentaliti yang sama.

Jika dibandingkan dengan mereka, Puan Jasmine dan Daisy sentiasa mendapat perhatian paling banyak daripada Tuan Bruce. Sebaik sahaja Puan Jasmine dibawa masuk, keseimbangan dan keadilan sebelum ini sudah goyah. Sebaik sahaja Daisy dilahirkan, mereka semua seolah-olah watak sampingan di dalam keluarga itu. Dua anak-beranak itu merupakan isteri dan anak yang dipandang penuh sayang oleh Tuan Bruce. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mereka berdua, tanpa perlu disoal.

Jadi, normal untuk perasaan benci itu wujud. Mereka mengasingkan Jasmine dan Daisy daripada kehidupan mereka, sementelah itu yang dicerminkan oleh layanan Tuan Bruce sendiri.

Semasa Daisy kecil, dia tidak memahami situasi itu. Setiap kali kakak-kakaknya berada di hadapannya, dia akan berlari kepada mereka dan cuba menarik perhatian mereka. Jika dia melihat permainan yang menyeronokkan, Daisy akan sentiasa cuba menyelit kerana dia suka meluangkan masa dengan adik-beradiknya. Walaupun di belakang Tuan Bruce Daisy selalu dilukai dalam diam, dia fikir itu cuma cara mereka bermain. Cara mereka menonjolkan kasih sayang.

Daisy sayangkan mereka. Keluarganya.

Puan Jasmine juga sentiasa tersenyum. Tentu Daisy berbuat yang sama.

Walaupun fikiran Daisy sudah matang dan sedar dengan realiti di sebalik layanan jahat dan dingin itu, dia tetap menghormati darah yang dikongsi mereka. Walaupun saban harinya penuh dengan luka dan parut, Daisy tetap melihat mereka dengan pandangan seorang adik dan anak. Biarpun dia mula disisih oleh rakan sebayanya di majlis penting keluarga ataupun sekolah, biarpun dia akhirnya cuma didekati oleh orang yang ingin mengambil kesempatan, biarpun ramai yang pernah menikam belakangnya, biarpun imejnya sentiasa cuba diburukkan oleh mereka yang membenci, biarpun biarpun..

Marigold Mr. Mafia [OG]Where stories live. Discover now