Kedengaran bunyi alarm yang mengejutkan gadis yang sedang lena di buai mimpi. Tanpa membuang masa gadis itu meraba-raba mencari telefon nya ingin menutup alarm yang berbunyi.
Laju tangan menutup alarm, dia menekan app Spotify untuk menyenangkan hatinya yang terasa sunyi. Tabiat itu sudah terbiasa dia lakukan di pagi hari.
Dia termenung memandang syiling sambil mendengar lagu kegemarannya iaitu 'La Lune' . 10 minit dia membuang masa emasnya, gadis itu bergegas ke bilik air untuk bersihkan dirinya.
Gadis itu turun ke dapur ingin makan bersama keluarganya namun ia memandang ruang makan sunyi sepi, bermaksud kedua orang tuanya dan abang pertamanya sudah berangkat pergi bekerja.
Dia melihat jam sudah pukul 9 pagi.
Gadis itu menuju ke meja makan ingin sarapan."Morning Alyss" Yan atau abang keduanya menyapa adik perempuan tunggalnya yang ingin sarapan itu.
"Morning too Yan" Balasnya sambil tersenyum sebaris.
Mereka berdua menjamu makanan bersama tanpa bercakap sepatah perkataan.
"Hari ni last Abang kat sini" Yan memulakan percakapan selepas siap makan bersama Alyss.
"Ohh,ok" jawab Alyss.
"Alyss tak nak teman abang kat airport ke?" Soalnya dan berharap adiknya temannya pergi ke airport kerana dia akan berpisah lama dengan adik kesayangannya ini.
"Hmm boleh je lagi pun Alyss free harini,bosan juga sorang² kat rumah."
Jawab Alyssa. Yan tersenyum."Ok cun,nanti siap cepat abang fly pukul 11a.m" Jelasnya sambil tersenyum tipis kepada gadis itu.
"Ok.." Alyss menjawab singkat.Dia bangun dan pergi ke biliknya untuk bersiap.
YOU ARE READING
MYSTERY
Mystery / ThrillerZOEY? She Have Three Sides. 1. The Quiet Side 2. The Fun and Crazy Side 3. The Side You Never Want To See "Aku setia tunggu kau kat sini. Ingat!" - Afiq Seorang gadis cantik menjadi misteri di sosial dan public. Dia terpaksa merubah-ubahkan ident...