"Baik Pa." Feng menamatkan panggilan telefon.Feng membuka sedikit pintu dan memasukkan kepalanya sedikit.
"Weh, aku keluar kejap." Ujarnya. Ray mengangguk. Feng berlalu pergi.
Beberapa minit kemudian Ray meminta diri untuk pulang ke biliknya. Untuk mandi, bersihkan diri. Ray menyuruh Afiq dan Arif menemani Alyss di bilik tersebut.
Mereka akur.
"Jangan bagi orang lain masuk. Kecuali keluarga aku." Pesannya. Mereka mengangguk.
Sebelum Ray keluar,sempat dia mencium dahi Alyss dan mengambil langkah ke biliknya.
Afiq yang melihat itu, dia terdiam.
'Abang dia jaga dia dengan baik.'
Bila teringat, dia tidak pernah membuat sedemikian kepada adiknya. Sampaikan adiknya berkata 'patut la single, nak ber sweet dengan adik sendiri pun tak pandai.'
"Afiq, Afiq!" Panggil Arif.
"Ha ye." Jawabnya.
"Aku nak keluar beli air dekat mesin air gedegeng tu kau nak kirim apa-apa?" Soalnya.
Afiq menggeleng. Sebelum Arif mengambil langkah keluar dari bilik tersebut, dia berpesan.
"Kay, kalau Afiq dekat-dekat dengan kau. Kau terajang je dia ni, takpe aku izinkan." Ujarnya. Alyss mengangkat tangan 'Ok'.
"Kay" panggil Afiq.
"Hmm"
"Ak-aku....
"Alyss!" Seorang gadis perempuan menerjah masuk. Segera Afiq menghalang gadis itu mendekati Alyss.
"Awak siapa?" Soalnya. Afiq memusingkan kepalanya memandang Alyss yang terbaring di atas katil. " Kau kenal ke dia." Tanyanya. Alyss menahan riak wajah yang ingin ketawa, apabila muncul idea nakal ingin mengenakan gadis itu.
"Tak! aku tak kenal." Ujarnya bohong.
"Awak boleh keluar, Ray cakap hanya keluarga sahaja di benarkan masuk." Jelasnya.
Alyss sudah berpaling kearah bertentangan, sambil mengemam bibirnya menahan ketawa. Melihat muka sepupunya kebingungan.
"Alyss, Alyss!" panggil Tesha sepupu kepada Alyss berumur 16y.
'Anak Kera ni buat apa la kat sini.'
"Afiq, biar dia masuk, dia sepupu aku." Ujarnya kesian melihat muka sepupunya ketika di halau oleh Afiq.
"Ouh sorry." Afiq memberikan laluan kepada gadis itu untuk pergi berjumpa dengan Kayla.
Tesha ada kat hospital ni, memang Alyss tak cukup rehat la jawabnya....
" Jahat la kau ni!" Tesha memukul bahu Alyss kuat. Gadis itu mengaduh sakit. Alyss ingin mengenakan Tesha sekali lagi.
"Aduh-duh-duh. Tulang aku patah Sha! Panggil doktor!" Jeritnya.
Drama je lebih...
"Ha! Kejap aku panggil. Tulang kau jangan la patah lagi, sabar aku pergi panggil." Tesha kalut. Dia berlari anak ke pintu keluar.
Tak sempat Tesha membuka pintu, orang yang berada di luar sudah membukanya. Jari telunjuk jejaka itu menolak dahi licin Tesha. Gadis itu berjalan mengundur.
"Drama la kau ni Alyss." Ujar jejaka tersebut bernama Ash berumur 18, Abang kepada Tesha.
"Bukan selalu." Ujarnya.
"Yela tu. Nah 'buah tangan'. Buah je, tangan takda ye." Ujarnya sebelum Alyss melontarkan soalan yang terlihat kurang cerdik.
"Terima kasih." Ucapnya. Ash hanya mengangguk.
YOU ARE READING
MYSTERY
Mystery / ThrillerZOEY? She Have Three Sides. 1. The Quiet Side 2. The Fun and Crazy Side 3. The Side You Never Want To See "Aku setia tunggu kau kat sini. Ingat!" - Afiq Seorang gadis cantik menjadi misteri di sosial dan public. Dia terpaksa merubah-ubahkan ident...