Chapter 26

25 3 0
                                    

Now saya akan jarang update sebab nak focus study. Mungkin slow laa, sambil tu boleh cari idea best. Hope readers enjoy la dengan story saya. 🤍

ʕっ•ᴥ•ʔっ

Hari ini dimana semua pelajar mengambil keputusan SPM mereka.

Alyss dengan berpakaian biasa tetapi kemas bersiap untuk pergi mengambil keputusannya. Alyss ditemani oleh Ray ke sekolahnya. Feng menggantikan tempat Ray di pejabat hari ini.

"Abang sure ke nak ikut ni?" Soalnya apabila kereta sudah di parking di perkarangan depan dewan besar sekolah Alyss.

Ray mengangguk yakin..

Ray keluar dari perut kereta sambil membutangkan baju blazer hitamnya. Over betul abang-abang paruh baya ni.

"Hensemnya. Abang siapa weh?"

Pelajar yang berada di sekitar situ melihatnya. Ray hanya mengabaikan mereka. Type dia bukan budak bawah umur.

Ray menuju ke tempat duduk Alyss, lalu membukakan pintu kereta untuk gadis itu.

"Keluar la wei, ramai yang tengok abang ni." Ujarnya.

"Tak reti sabar ke? Orang tengah ikat tali kasut ni susah pulak." Ujarnya senafas. "Sapa suruh pakai over macam ni, kain sarung t-shirt cukup." Sambungnya.

Ray memutar biji bola matanya.

Ray duduk mencangkung di depan pintu kereta, lalu tangannya laju menepis tangan Alyss. "Tepi biar abang buat. Sini kaki Alyss." Sekejap sahaja Ray mengikat tali kasut Alyss. "Ha, dah siap. Jom."

Semua pelajar melihat kearah mereka berdua berjalan masuk ke dalam dewan. Alyss terdengar beberapa pelajar sedang bercakap tentang abangnya Ray.

"Hensem siot lelaki tu."

"Weh sapa tu? hensem gila abang dia."

"Weh anak orang kaya mana ni? Tak pernah nampak pun."

"Eh jodoh lah."

Dalam diam Alyss tersenyum sinis. 'nampak lelaki hensem je terus cop jodoh. Dasar'

"Alyss kelas mana ni?" Soal Ray. "Class 5 Gold." Jawabnya.

Mereka menuju ke guru kelas yang sedang membagi keputusan SPM pada pelajar kelas 5 Gold.

Guru tersebut melihat Alyss dengan pandangan aneh. 'siapa pelajar ni macam tak pernah nampak.' gumamnya sendiri.

"Cikgu rasa awak mungkin salah kelas. Ni kelas 5 Gold." Lantas guru tersebut katakan kepada Alyss setibanya di hadapan guru tersebut.

"Betul la cikgu, saya pelajar kelas 5 Gold." Ujarnya.

"Ouh, awak nama apa?" Soal guru tersebut.

"Kayla Alyss Ilyana." Ujarnya. Ray setia berada di sebelah Alyss.

"Ouh Kayla. Tahniah Kayla awak dapat semua A+." Ujar guru tersebut dengan senyuman manis di tayangkan.

Terbuntang mata Ray apabila gegendang telinganya mendengar apa yang guru tersebut katakan. Lalu merampas kertas yang berada di tangga Alyss.

"Alhamdulillah, Terima kasih cikgu." Ujar Alyss. Alyss hanya biasa-biasa sahaja. Tiada tanda-tanda ingin menangis. Hanya wajah dingin di hiasi dengan sedikit cebisan senyuman di bibir gadis itu.

Ray sudah bersorak gembira. Macam dia pula yang dapat keputusan itu. Apa-apa sajalah, yang penting dia bangga dengan adiknya.

"Takpe la cikgu saya balik dulu." Ujarnya. Guru itu mengangguk senyuman tidak pudar dari bibirnya.

Mereka menuju ke arah kereta. Ray masih lagi memandang kertas keputusan SPM Alyss yang cemerlang.
Tiba-tiba Afiq memanggil Alyss sambil berlari anak bersama Arif.

"Hey Kay." Panggilnya.

"Tahniah. Kau dapat semua A plus, tak sangka pula aku." Ujarnya sambil menghulurkan sekuntum bunga Ros merah.

"Ape ni?" Soalnya.

"Ambil jelah, aku tahu ni tak seberapa." Ujarnya.

" Thanks." Ucapnya.

"Uuuu ada apa-apa ke ni?" Ujar Arif. Dia mengecilkan matanya melihat mereka berdua.

Ray memandang kearah Alyss. "Ada something yang abang tak tahu ke?" Soalnya.

"Hah!? No nothing abang." Ujarnya. Suara Alyss hanya perlahan tetapi kedengaran sedikit menjerit.

"Kau tak tahu ke, yang Af--

"Shut.up." Ujar Alyss. Matanya merenung tajam Si Arif.

'Mati la Afiq, kalau Ray tahu yang dia sukakan Alyss...'

"Apa yang kau nak cakap tadi Arif. Baik kau bagi tahu cepat." Ujar Ray. Matanya mengecil.

"Hah? Aaa ha sebenarnya Afiq ni suka bagi bunga dekat perempuan. Haa, diorang tak de apa-apa pun." Ujarnya. Afiq yang berada di sebelah Arif sudah merenungnya tajam.

'suka hati cakap aku suka bagi bunga dekat perempuan. Cilakaa punya kawan. Dekat Kay je aku bagi ehh.'

Ray merenung Arif tajam.

"Kau dapat berapa Arif." Soal Alyss sedaya upaya menukar topik perbualan mereka.

Dalam masa yang sama, nak tahu juga budak target ni dapat berapa.

"Sama macam kau." Ujarnya. Sambil mengangkat kedua keningnya beberapa kali.

"Bukan calang-calang orang ni." Ujarnya. Tak sangka kawannya ini telan buku juga.

"Weh jom ambil gambar." Arif mengeluarkan telefonnya dan di hulurkan kepada Ray.

Jari telunjuk Ray mengarahkan kepada dirinya sendiri. "Aku?" Soalnya. Ray hanya pasrah melayan budak-budak tu.

1..2..3..

1..2..3..

1..2..3..

Bermacam gaya di lakukan oleh Arif dan Afiq. Alyss hanya berdiri tegak seperti ingin menyanyikan lagu Negaraku.

Mask sentiasa di pakai Alyss.

"Nice thanks Ray, kitorang gerak dulu." Ujar Arif. Selepas dia melihat gambar yang di tangkap Ray.

"Alyss" panggil Ray. Matanya masih fokus pada jalan raya.

"Hem"

"Lepas ni Alyss nak sambung pergi mana? Ambil bidang apa?" Soal Ray.

Di sebabkan soalan itu Alyss terdiam. Dia tidak tahu ingin sambung pelajarannya di mana dan mengambil bidang apa.

Di sebabkan IQ Alyss berbeza dari manusia biasa. Alyss ni semua boleh, teknologi boleh, account boleh, doktor boleh, lawyer boleh. Semua boleh la untuk dia.

"Alyss?" Panggil Ray melihat Alyss termenung.

"Hah?"

"Abang tanya, Alyss nak sambung mana lepas ni and nak ambil apa?" Soalnya.

"Hmm...tak pasti la bang." Ujarnya acuh tak acuh.

"Hmm disebabkan Yan dah ambik Doktor, Feng pula ambil IT . Abang rasa Alyss pilih je yang Alyss minat." Ujarnya kepada Alyss.

Ray tahu walaupun Alyss tidak diajar oleh guru atau pensyarah, dia boleh belajar sendiri. Yang penting masa depan Alyss untuk bekerja dalam bidang apa?

"Nanti-nanti la Alyss fikir. Tahun ni Alyss nak rest tinggal dengan Grandpa dekat sana." Ujarnya. Tidak sabar untuk pulang ke kampung halamannya.

Ray hanya menggeleng kepala dengan tingkah laku adiknya. Santai betul hidupnya ya.

"Alyss ada majlis malam ni kan?" Soal Ray mengubah topik perbualan mereka.

Alyss sekadar mengangguk kepalanya.

"Nak abang teman?"

"No need."

To be continued.

MYSTERYWhere stories live. Discover now