Alyss memijak anak tangga terakhir untuk menuju ke dapur. Seperti rutin biasa, dia akan makan dan menyalam kedua ibu bapanya sebelum berangkat ke sekolah."Alyss pergi dulu." Ujarnya dan berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah megah itu.
Apabila dia melangkah masuk pagar sekolah dengan drastik sifatnya akan bertukar menjadi Kayla yang dianggap anak orang miskin, nerd dan lemah lembut kerana itu dia selalu dibuli.
Berbalik pula dengan Alyss yang selalu di hormati oleh anak buahnya yang menganggapnya selalu tegas, dingin ada masanya dia ceria dan badmood. Alyss sangat terpengaruh dalam syarikat keluarganya dan keturunan Harissco.
Alyss mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan selain daripada wajahnya yang cantik. Kerana itu Alyss di latih oleh Fanuco (atoknya) ilmu pertahankan diri. Selain itu, Fanuco turut mengajarkan Alyss cara memanah, menunggang kuda dan cara membaca fikiran dan gerak geri mulut seseorang.
"Hai Kay, kenapa minggu lepas kau tak datang?" Soal Elly yang selalu mengambil berat tentang Alyssa.
"Ouh em aku demam." Tipunya. Lalu dia duduk dan membetulkan posisi yang selesa.
"Ouh, now?" Soalnya.
"Dah ok, jangan risau lah." Jawabnya sambil mengeluarkan buku latihan Matematik.
"Hey Kay lama kau tak datang sekolah. Si Ameer rindu kau ni ha. Selalu tanya kenapa kau tak datang." Usik Adip saja ingin mencari topik untuk kenakan Ameer.
"Eh bila masa pulak aku...eiii mamat ni"
"Kay aku ingat kau dah pindah sekolah. Kenapa sekarang kau jarang datang sekolah eh? rumah kau kat mana? Kau tinggalkan dengan siapa?" Bertalu-talu soalan yang di lontarkan kepada Alyss.
"Eh kau sibuk kenapa dah pergi duduk tempat kau." Halau Elly serabut dengan Adip. "Banyak pulak soalan kau nak tanya."
Adip mencebik .
"Ishh sibuk jer hem." Adip berlalu pergi ke tempat asalnya. Elly menghadiahkan jelingan.
"Haha macam² la Korang ni, sepadan." Ujar Kayla. Dia tertawa kecil melihat telatah mereka berdua.
"Kenapa?" Kayla mengerutkan dahinya melihat Kawan²nya memandang ke arahnya serta dengan (4Aboys) Arif, Afiq,Ameer dan Adip.
"Kitorang tak pernah tengok kau ketawa Kayla, cantik." Ujar Elly terpegun dengan senyuman manis Kayla sebentar tadi.
Yang lain juga turut menganggukan kepala tanda setuju.
Selalunya Alyss hanya sekadar senyum untuk merubah sifat Alyss kepada Kayla.
Takpe la bukan selalu...
"Nah aku belanja kau, sebab kau tersenyum manis harini." Elly menghulurkan donat kepada Kayla sambil tersenyum.
"Korang dah kenapa, thanks Elly." Ujarnya sambil mengambil donat yang dihulurkan oleh Elly.
"Takde aku suka tengok senyuman kau tu tadi, tu pon masih berlegar-legar dalam kepala aku ni. Apa tah lagi bila 4Aboys tengok kau senyum auto tidur tak lena selalu teringat senyuman kau. HAHA." Ujarnya.
Ada dua orang pelajar lelaki mendekati ke arah meja mereka. "Hai, Kayla kan. Boleh kita berkenalan?" Salah satu pelajar lelaki itu menyapa Alyss.
"Yes, hah em boleh." Ujarnya teragak agak, Kayla tidak memandang pelajar lelaki itu,Kay masih lagi leka menyuap donat kedalam mulutnya.
"Emm saya Karl." Ujar pelajar lelaki tersebut dengan lemah lembut.
Alyss memandang Karl " em ok." Dia menyambung semula menyuap donat kedalam mulut.
YOU ARE READING
MYSTERY
Mystery / ThrillerZOEY? She Have Three Sides. 1. The Quiet Side 2. The Fun and Crazy Side 3. The Side You Never Want To See "Aku setia tunggu kau kat sini. Ingat!" - Afiq Seorang gadis cantik menjadi misteri di sosial dan public. Dia terpaksa merubah-ubahkan ident...