Awal pagi Alyss sudah menuju ke bilik gym abangnya kerana bosan di rumah.Tombol pintu bilik gym Ray di pulas. Bersinar mata Alyss melihat banyak peralatan baru yang baru sampai. Tetapi tetap punching bag yang di tujunya.
Alyss melepaskan baju over sizenya hanya memakai singlet berwarna hitam dan seluar hitam paras lutut jangan lupa rambut di ikat sanggul. Sexy.
Pak!
Pak!
Pak!
Alyss menumbuk punching bag itu dengan kuat. Biasalah tangan baru lepas elok sikit dengan lama tak tumbuk orang macam tulah.
Tidur Ray terganggu dengan bunyi tumbukan dari punching bag. Dia pergi untuk melihat siapa pagi² dah menumbuk ni. Dia membuka pintu gym perlahan-lahan.
"Alyss, tangan tu baru je nak sembuh. Dah dah, terputus saluran darah tu baru tahu." Tegurnya.
"Tahu la lama tak menumbuk, jangan la tumbuk punching bag tu sampai nak pecah. Ni dah kali yang ke 7 abang tukar." Ujarnya.
Alyss terkejut tiba² Ray berada di dalam bilik itu. Aktivitinya tadi terhenti sebentar dan menyambung memukul terakhir kali.
"Bila abang bangun?" Soalnya.
"Dari tadi lagi, sebab bunyi bising orang menumbuk pagi² ni. Dia tak tahu ke time ni orang nak tido." Perlinya.
Ray mendekat sambil melemparkan baju kearah Alyss. Menyuruh Alyss pakai, kalau Feng nampak nak keluar biji mata dia tu.
"Tangan tu dah tak sakit ke?" Tanya Ray.
"Dah tak." Jawabnya. Sambil mencapai botol air mineral yang di bawanya.
"Dah pergi mandi, abang nak buat breakfast sebab awal lagi ni nak pergi, sempat kot." Ujarnya. Sambil menolak-nolak badan Si adik lembut.
Eh..eh dia main tolak² pulak.
"Ye nak pergi la ni. Abang nak masak apa?" Soalnya. Jarang Ray rajin untuk masak ni selalunya makan dekat luar je.
"Entah, tengok la apa yang ada dekat dapur tu.". Ujarnya. Biasalah rumah bujang. Bukan semua bende ada. Tu pun Si Feng tolong isikan barang² dekat dapur, Ray mana sempat busy dengan kerja.
Berguna la juga, Ray ambil Feng jadi adik angkat.
Alyss mencapai tuala sebelum masuk ke dalam bilik air. Dia membuka almari pakaian yang sudah di isi dengan baju baru oleh Ray. Dia mencapai Hoodie berwarna kelabu dan seluar hitam. Simple but nice.
Dia menyemburkan perfume di tangan dan di lehernya. Skincare jangan lupa.
"Wah! sedapnya bau, abang masak apa?" Sapanya. Melihat Ray sedang menggoreng.
"Alyss duduk dulu nanti abang hidangkan." Arahnya untuk duduk apabila melihat adiknya mendekat.
Ray menghidangkan Spaghetti di atas meja. Berserta dengan air green tea.
"Macam mana sedap?" Soalnya selepas melihat Alyss menelan makanannya.
"Wala. Tak pernah tak sedap." Ujarnya dan menyambung makan semula.
Ray tersenyum.
"Hey, morning." Sapa Feng yang baru bangun dari tidur dengan tak mandi lagi. Still pakai seluar tidur doraemon dia.
Feng berjalan menuju ke arah meja makan sambil menggosok matanya.
"Morning." Ujar Ray dan Alyss.
Alyss yang sedang minum air tersedak apabila melihat seluar yang di pakai Feng.
YOU ARE READING
MYSTERY
Mystery / ThrillerZOEY? She Have Three Sides. 1. The Quiet Side 2. The Fun and Crazy Side 3. The Side You Never Want To See "Aku setia tunggu kau kat sini. Ingat!" - Afiq Seorang gadis cantik menjadi misteri di sosial dan public. Dia terpaksa merubah-ubahkan ident...